Thursday, October 12, 2017

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part II

 Assalamualaikum..

Sian Intan and Dyba harini bizi kehulu kehilir untuk birthday I. Hahaha. Memula pagi setting meja untuk breakfast for office sama-sama lepas tu tolong arrange tempat I untuk letak bunga-bunga yang I dapat (once a year memang akan jadik florist lah) and jugak prezen and jugak cakes. Lepas tu sebok ambik gambar and taktau la apa menda yang disebokkan. Dyba tanya ‘Ni bila kita nak buat kerja ni?’ Lepas tu Intan jawab ‘Selagi tak habes Suraya punya birthday’. Esok pulak ada birthday lunch dekat Chili’s KLCC dengan bebudak ni. Lepas tu haaaaaaaaaaaabes. Tiap-tiap tahun, Alhamdulillah memang macam ni la kitorang dekat office bila birthday I sampai. Masing-masing bizi (yang taktau bizi apa tu). Intan memang duduknya dekat meja I je. Lepas tu I tanya dia, ‘Intan nak apa?’ Dia jawab ‘Intan nak tolong Kaksu’. Hahahaha. Si Dyba pulak bongok, dia call HR Head cakap Intan tak buat kerja. Lepas tu Intan kena pergi balik la HR. I tanya Intan, ‘Intan bizi ke dari tadi kehulur-kehilir’ Lepas tu dia jawab ‘Intan pon taktau la apa Intan buat. Macam banyak sangat kerja ni’. Yang HR Exec nama S cakap dekat Intan. ‘Pelik I, harini birthday Kaksu ke, birthday you dengan Intan? Korang dua yang nampak bizi’  Hahahaha. Tadi lepas lunch, Intan ajak makan cakes semua ramai-ramai and setting meja. Selagi tak makan kek selagi tuuuuuulah tanya bila bila bila. I tengok atas meja ada Brownies yang dorang kasi, ada Kek Coklat dari En. Herman (partner Badminton I), ada Kek dari Ana and ada Cheese Cake slice dari Dzarif. Dah ready nak potong tetiba dorang nyanyi lagu birthday song and Group Finance kasik pulak 1 more cake. Waaaaaaaa. Terharu I. Sebab Finance kasik kek. I kan jenis duduk dekat tempat je tak peramah-peramah sangat berkawan tapi bila dorang bagi macam tu, I rasa la disayangi. TQ sangat… I segan sebenarnya sebab sebenarnya I memang jaaaaaarang pergi-pergi berkawan dengan dorang (except the girl) tapi yet still ada cake untuk I.


Dari Kiri : Kaklong, Izzy, Intan (Sebok nak menyempit duduk depan I), Siti Nohaliza, Dyba, Aini, Kak Bazilah, Kak Ros, Kak Ani and Fiza. Taccchiuuuuuuu!




Time ni I tengah kunyah kek, lepas tu nak bersembur sebab kata Kak Ros ‘Cepat-cepat, ambik gambar dengan Siti Nohaliza’. Hahahahahah. Dekat kek pon tulis bebetul tu Sini Norhaliza. Hahahaha. Bongok la memasing.



Ni colleague lelaki yang belah utara tempat I. Dari kiri : Fauzuan, En. Zul, Kang Aziz and Abang Haszreen


Ko tengok kek dia T____T

Thank you for the arrangement guys. I tak expect this. Serious. If The Girls memang I expect la dapat surprise tapi from Officemate ni I tak sangka. Rasa segan pon ada sebab I takde close sangat. Macam dorang kekadang outstation sama-sama so kenal la orang-orang kilang, boleh lepak makan sama-sama and I takde. Sebab tak involve dengan operation. I kerja jaga boss je. Acane nak mix around? I selalu la nampak dorang bawak cake and nyanyi-nyanyi if ada sesapa punya birthday and I nyanyi je la dari jauh tapi bila I yang macam takde kena mengena ni diraikan I feel blessed. Seriously. Segannnyaaaaaa…. Memang kena improve la balik skill berkawan. Ko tengok eh? I yang takde apapa ni pon diraikan. Sebab tu jangan sesekali sombong sebab menda-menda unexpected macam ni buat kita realized tak rugi pon untuk berbuat baik dengan semua orang. Sungguh guys. Now, I yang segan sendiri sebab rasa macam I don’t deserve this. Memang ada I terasa sendiri yang I kurang mesra dengan kakak-kakak and kawan-kawan department lain but yet tengok la apa yang dorang buat untuk I. Ya Allah terharunyaaaaaa (dan malu of coz). Dah lama kot I dengan company ni, tetiba rasa macam satu family. Selepas 10 tahun dekat sini. Hahahaha. Syukur lah kitorang dekat sini harmoni, takde beza pangkat and memang takde puak-puak. Syukur Alhamdulillah….

Pasal harini, nanti I update lain eh? Kasik I time. Kepada Intan jangan nak push-push Kaksu update entry birthday cepat sangat. Lempang kang. Eh tapi kena be nice to Intan. Tadi lepas dia kemas meja, dia cakap ‘Intan harap, Kaksu nampak la usaha Intan kehulu-kehilir bizi untuk Kaksu ni’. Hahaha. Amboiii. Ikhlas ke tu???? Kata nak buat I happy?

-eNd-

2 comments:

FadMN said...

happy besday ct noliza.kemain entry berpart-part ye..janji hepi :)

Maie said...

Kaksu! Happy birthday.. kaksu baik dgn org sbb tu ramai org yg sygkn kaksu.. walaupun kita selalu baca blog n tgk ig kaksu je, rasa mcm dh lama knl.. u r such n lovely person kaksu..