Monday, October 30, 2017

Melaka Trip - Air Tembikai Depan Clock Tower

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu kitorang pergi Melaka ada Office Trip. Kata Sazli ‘Rombongan Cik Kiah’. Pandai je dia. Please ok, ni bukan rombongan Makcik-makcik hahaha. Best jugak jalan-jalan macam ni. Day trip je. Gerak dari KL 9.00am and before 11.00am dah sampai KL semula. Kat sana ada jumpa dengan Sarah and her twins. Tak ramai pon yang join, dalam 15 orang je. Bas muat ramai, so seat 2 tu sorang satu la. Boleh baring macam tido dekat rumah tapi kaki terkeluar la sikit. Lelaki 4 orang je HAHAHAHA. Pempuan dah monopoli trip ni. Dalam bas apa lagi? I dengan Intan buat concert la. Intan awal-awal dah berangan jadik Tourist Guide. Sekejap cakap English, sekejap cakap Melayu. Kekadang kitorang jadik DJ Radio. Mesti kakak-kakak ni bengang je tak dapat tido. Tapi bila I and Intan diam, dorang suruh nyanyi. Memang kitorang clown pon kalau office punya activity. I know all the Kakak-kakak suka je kalau kitorang bising-bising. Kata Sazli, ‘Papa tengok, Mama dengan Intan je sebok nyanyi. Yang lain diam je?’ Eh of coz la. Siti Nohaliza ma? Ni la masa I nak buat concert tapi Abang Bas punya collection lagu semua ongtue je. Lagu P Ramlee la, Ahmad Jais la. Acane T___T Naseb ada jugak lagu ongmude macam Jack, Ziana Zain yang Cinta Di Akhir Garisan. I lah Ning Baizura, I lah Ziana Zain. Terus giler kuasa tak past Microphone dekat Intan. Tapi takpe, this time takde perebutan kuasa sebab I dengan Intan je yang nyanyi. Kah kah kah. Harini I share sikit je dulu eh gambar? Tu pon sebab tingat Air Tembikai dekat depan Menara Jam tu. Haritu kitorang berlima, order 2. Ingat tak cukup sekali naik pecah punci kencing I nak mengabeskan sebab banyak giler.



Ni la Air Tembikai tu. Sedap and fresh giler! Tak sure berapa harga. Kata Dyba, 2 tembikai + 3 cendol RM27.00 je. Location dekat depan Clock Tower, sebelah dengan sungai yang ada orang naik cruise tu. Tepi jalan je.



Tengok Intan, pergi Melaka pon pakai rantai manik-manik ok? Rambut siap pakai rama-rama (you umur berapa?) Kata Intan ‘Naseb masa Intan berangan tu Kaksu dah sampai rumah Intan, kalau lagi lama habes subang semua Intan pakai’. Hahaha bongok la dia ni.

Suka sangat tu? Best jugak lepak-lepak dekat sini. Cuaca pon ok. Tak panas sangat. Sambil lepak minum air tembikai and cendol boleh dengar live band dari HRC seberang sana tu.


Seberang sungai tu la HRC. I pernah pergi sekali masa dengan Ellis dulu. Dengar live band + dinner. Pukul 1.00am dah ngantuk ajak balik. Faktor usia barangkali.



Dengan abang-abang office. Sarah dengan Fiza and Aini tak jalan-jalan area sini sebab ada Twins Sarah + Sarah tak larat. Dia pregnant 2 months. So kitorang je la gerak dulu. Kata Intan ‘Dyba, tu nampak leher tu. Aurat’. Relax je dia tegur Dyba. Macamkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan…. Hahahhaha.


Inilah 2 orang buah hati pengarang jantung. Lovehate relationship Dyba-Intan-I.
I ni kekadang dah macam dua bini. Hahahah.




Air Kelapa Botak! Sapa pernah try. It’s air kelapa je actually tapi skill giler budak tu kopek sampai jadik bulat macam tu.

Trip ni kitorang dari KL singgah R&R Seremban for Breakfast, lepas tu ke MPO. Nothing much pon dekat sini tapi dalam nothing much RM1,000.00 gone entah aku pon tak pahamlah. Dari MPO terus ke Bandar Hilir makan dekat Restaurant sedap yang I selalu cerita tu. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaa makan Udang Galah dengan sambal petai. Setiap kali datang Melaka, wajib eh makan dekat sini. Lepas tu Intan ambik Asam Pedas Siakap. Pon sedap! Memula dia cakap nak Asam Pedas yang siat selai-selai tu (Ikan Pari) tapi end up ambik Ikan Siakap. Tu mesti tak boleh decide and end up ambik mana yang dekat je. Hahahaha. Lepas lunch, activity Free and Easy. Tu yang kitorang punya Tourist Guide (Abang Azza) bawak ke A Famosa la, St Paul Hill la, semua tempat-tempat budak sekolah tapi ok la sebab takde dah belanja apa. Geng-geng Makcik beli belacan la, Cencalok la Ongtue sangat. Hahahahahahaha. Nanti kalau rajin, I share la eh gambar. KALAU. OK?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...