Tuesday, October 31, 2017

Melaka Trip - MPO and Makan Sedap

Assalamualaikum..

Sebelum entry Melaka ni jadik kenangan, baik I masukkan cepat-cepat dalam blog time panas-panas lagi. Untuk birthday Intan ni dia tanya I, ‘Kaksu, entry birthday Intan ada berapa part? Intan nak banyak-banyak jugak macam Kaksu’. Ewah, senang je nak mintak-mintak. Pergi la update dekat blog sendiri. Yang I punya pon mau makan sampai Part 20 lagi dia pon nak banyak-banyak jugak. Hahaha. Ok sambung citer trip Melaka, kitorang masa nak pergi dah plan la nak pakai baju apa la, kasut apa la. I tanya Intan, ‘Intan, kasut Intan pakai kasut apa?’ Lepas tu dia cakap pakai sport shoes. I belagak cakap ‘Tapi bukan Adidas NMD kan?’ Kata Intan ‘Bukan, tapi Nike harga RM400.00 Ok Kaksu!!’ Terkeluar suara jantan dia time ni. Hahahah. Bongok la Intan. Baju pon kitorang pergi beli sama jugaaaaaaaaak yang tak tahan tu. Beli dekat H&M yang loose je so that nanti tak belengas and ketiak lecak sangat. Intan ambik warna lain sebab dia lantik diri dia jadik Ketua. Lantik diri sendiri, pon boleh jugak. I excited untuk this Melaka trip 1) Boleh jumpa Sarah 2) Makan sedap dekat Bandar Hilir. Selain dari tu, of coz la I happy dapat spend time dengan Dyba and Intan. Masa naik bas, ada la rasa takot sebab I kan memang penakut naik kenderaan. Memang macam tu. Kapalterbang lagi lah! Bas pon macam dah lama tak naik je. Dulu masa balik Jengka dari KL pon ada naik bas. Pon takot. Tapi yang Melaka ni, macam sekejap je dah sampai. 2 hours kot? Kitorang isi masa dengan karaoke lagu ongtue so tak rasa lama pon. Tau-tau je dah sampai.



Sebelum Bas bergerak. Photo taken by Abang Driver bas la. Dia pulak sporting je melayan.




I masukkan gambar ni dalam IG lepas tu Intan komen ‘Very nice Malaysia’. Hotak hang! Hahaha. Eh, tapi cantik la view KLCC ni. Orang oversea datang KL suka la park depan office kitorang and ambik gambar KLCC dari sini. Dengan panas-panas. I wonder, macam tu la kita kalau pergi luar negara kan? Dorang takde rasa apa dah, kita yang beria.


The Entourage. Kakak-kakak and Abang-abang semua pon sporting. Dorang dah paham benar dah perangai I dengan Intan. Bas pon selesa. I suka. Aircond dia sejuk and bas ni pon takde besar sangat. Intan cakap pada Abang Driver, ‘Bang, kalau penat bagitau la. Saya boleh drive’. Haha.


Ha tuuuuu dia kita punya Tourist Guide. Berangan je kerja-kerjanya.


Ok, dah sampai MPO. Bagi I banyak-banyak Outlet yang I pernah pergi, I suka Genting dengan Johor. Yang MPO ni dia up sikit je dari Penang punya Outlet. Biasa-biasa je.


I punya sunglasses memang I makan. Beli hilang dah 3 kali. Dah la harga memasing alahai. Malas nak fikir. So beli lagi. Tingin nak pakai aviator RayBan tapi kata Intan muka I macam kumbang. So beli Dior je lah. Patern lebih kurang macam yang lama punya.


Dyba beli jugak. Tapi bukan yang ni. Dia beli jenis Police. Kata Intan ok la, sebab Dyba kan memang suka berkawad?


Lawanya kasut kitorang. Korang kalau nak boleh check out dekat @zgsports. Rare specis Adidas NMD ni. Dekat Malaysia takde tau? So if carik dekat mana-mana Adidas Outlet, memang takkan jumpa.


Sarah bawak twins. Sampai sekarang I tak boleh beza Adam and Adyan. Kalau nak cakap panggil je dedua nama. Senang. Kembar seiras ni.

Kitorang habes dekat MPO dalam 2.00pm macam tu and terus ke Bandar Hilir. Jalan takde la jem sangat this time. Biasa I pergi Melaka manjang jem je. Sempat la nap sekejap sebelum telinga I diganggu dengan suara sumbang Intan nyanyi lagu Ongtua. Lepas tu I tak tahan, join sekaki nyanyi nyanyi lagu Apo Kono Eh Jang. Hahahahahaha. Dari MPO ke Bandar Hilir ada la sejam jugak kot? Bas parking area depan Taming Sari tu and kitorang jalan kaki menuju ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung (ni nama main hentam je ni). Tapi if datang Melaka, sini la tempat yang I akan tuju. Bapak sedap weh! Tachiu kepada Boss HR sebab belanja makan. I ingat bayar sendiri so I, Dyba and Intan bukan main makan berhidang ambik segala-mala jenis lauk. Kah kah kah. Orang lain ambik lauk letak dalam pinggan je. Adeh.


Udang Galah Masak Lomak Cili Api


Ayam Kampung Goreng Panas


Sambal Petai Cili Api


Asam Pedas Siakap SEDAP NAK MAMPOS


Hati Gorenng. Bad choice Intan.


Nah kau, semeja lauk makan 3 orang.

Siap makan, terus free and easy lah. I pon taktau yang lain pergi mana. Dengar cerita pergi borong Belacan and Cincalok. Hahaha. Sarah, Twins, Fiza and Aini lepak dekat Mahkota Parade je sebab Sarah pregnant, tak larat nak renyah-renyah sangat so dia nak tempat ada aircond je. I pulak dengan Dyba, Intan, Abang Azza and Abang Nuar play tourist la. Jalan-jalan dekat A Famosa, St Paul Hill and Clock Tower je lepas tu minum Air Tembikai. Selamat duit takde keluar apa. Kah kah kah. Nanti next entry I share gambar-gambar masa kitorang play tourist ok? Okbye!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...