Tuesday, October 10, 2017

‘Naseb la birthday Kaksu setahun sekali je. Kalau tak susah la hidup kita’.

Assalamualaikum..

Since this week is my Birthday Week so I request Intan, Dyba, Kaklong and Izzy pakai baju Tema Kenduri. Hahahaha. OMG I memang dah 5 tahun kot tak pakai baju-baju kurung/traditional pergi kerja. So harini bila pakai terus rasa macam Siti Nohaliza. Hahahaha. Kata Intan and Dyba ‘Naseb la birthday Kaksu setahun sekali je. Kalau tak susah la hidup kita’. This week I ada lesen besar lah sebab Birthday Week. Lagipon I kan kakak? So dorang kena sayang and I Princess Ok minggu ni? Hahahaha. Esok I cuti sebab housemate request nak spend time sama-sama mula dari breakfast, movie, lunch, high tea seharian. Shein pergi sekolah. Kalau dia ikut kang dramatic sangat hidup Mak Bapak beliau. Eh, esok nak pakai baju apa eh? Tak sabar nak pakai XR1 yang Sazli belikan tu… I memang suka color maroon tu. Dah la dekat Malaysia memang takde. Bestnyaaaa!! Kan best if birthday tiap-tiap bulan so I can be a Princess EVERYDAY! I kan, dah lost count dah berapa umur I. Taknak kira dah… Bukan tak boleh terima hakikat dah tua tapi I nak live my life to the fullest! (Alasan) Nak happy-happy dengan love one, nak lebih rational and nak happy-happy je lah senang cerita. Taknak dah drama-drama ni semua. Dah banyak sangat dah hidup dalam drama before this sampai boleh jadik novel la hahahahah (buat rugi masa an air mata je) so now seiring dengan peningkatan usia, kita kena rational and apapa fikir hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk Allah, untuk family and love one. I akan usaha sebaik mungkin for not to hurts people feeling, make things easy for everyone and love the world unconditionally. I nak jadi yang lebih baik dari sekarang. I nak be nice to everyone… Walaupon pada orang yang tak kasik I masuk lane padahal signal dah 10 jam kasi, pada orang yang potong queue time nak bayar di counter, pada orang yang talks bad about me behind my back and also pada mereka yang purposely sakitkan hati I. I nak be nice to them and smile. (CIta-cita tinggi). Hahaha. 


Dyba. My Young and Innocent Little Girl yang selalu try buat I happy all the time walaupon bukan Birthday Week. Sazli care sangat dengan Dyba ni. Dia cakap Dyba ni, macam adik dia sendiri dah. Kalau Intan, Sazli suka buli je. Hahahah.




Cantiknya Intan pakai baju kurung. Sopan sangat nampak. Sejuk hati bakal suami Intan. Sapa la yang bertuah tu. Kata Intan bulan ni dia budget lari sikit sebab birthday I. Hahaha. Intan cakap ‘Kaksu, Intan bank in Kaksu duit, Kaksu beli la apa Kaksu nak’. How could???

Oh, harini and esok ada Karnival Maal Hijrah dekat office I. Kita kalau ada Karnival ni memang duit tetiba je RM150-RM200 habes macam tu je sekali round. Beli apa pon taktau la. Tadi dalam pada turun tak bawak duit, tetiba abes dekat RM100.00 beli rantai and makanan T___T Itu tak bawak purse tu. Pinjam duit Kak Nozaimah. Ganti pon belum lagi. Hahahaha. Idealystclinic pon ada bukak booth. Staff FELDA boleh dapat 10% discount untuk SEMUA treatment yang dia offer also on product. Tu nanti la I share petang-petang sikit ok? Tadi jalan punya jalan terjumpa dengan Azri and wife dia Awin. Awin malu-malu je jumpa I sebab dia kata dia silent readers blog I. Masa dorang kawen dulu, I ada datang. Azri dulu kerja dekat sini tapi dapat better offer dekat DBKL so dia resign. Tengok debab dah dia sekarang. Awin pandai jaga la tu, sebab tu debab. Hehe.


Azri and Awin. Dorang ada bukak booth jugak. Jom tengok apa yang dorang ada. Korang sila la datang kasik support eh terutamanya silent readers I yang suka print screen entry I yang controversy lepastu broadcast dalam WhatsApp. TQ sebab buat I makin popular. Hahahahah. 


Plain Shawl Chiffon. 1 RM10.00, 2 RM18.00


Oh Most Wanted Look Magic Foundation. 1 RM79.00, 2 RM150.00. Ada 2 tone, 01 and 02. Nora Danish pon pakai ni tau?


Starter Kit ni 1 RM16.00 and 2 for RM30.00


Minyak Tenang Anakanda. 1 RM39.00, 2 RM75.00. Sesuai dipakai oleh babies untuk kembung perut, sembelit, selsema and batuk. Product dari Nona Roguy. I tengok testimonial macam gempak je. Ada sorang baby ni kena penyakit Chronic Kidney Disease yang menyebabkan system pertahanan badan dia lemah, lepas guna mintak ni al-hamdulillah dia boleh tidur tenang. Kalau tak meracau je. So sapa yang ada baby, boleh try eh?


Advance Crazy Pro. Polish kereta. 1 RM60, 2 RM100.00


Comel je Awin ni malu-malu dia jumpa Kaksu.

Korang boleh check testimonial dekat IG @mr.azri_mohd and IG @awinadawiyah ok? Sebarang pertanyaan boleh terus la tanya dekat dorang. Dorang ada dekat Platinum Park ni harini dan esok, 10.00am – 4.00pm. Ada banyak lagi yang lain, boleh la sesapa yang berdekatan datang singgah sini. I tau I ada readers jugak dekat NAZA Tower sebelah ni. Ha meeeeeeh. Kalau nak datang jumpa Siti Nohaliza DM je dekat IG ok? Hahahahahha. Oklah! Princess mintak diri dulu. Nak santap sekejap lagi. Ishk, saspen betul la apa bebudak ni nak surprise nanti hari Khamis. Nervous pulak I.

-eNd-

1 comment:

Dyba Dbuh said...

abg saz, nk NMD 1 ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...