Monday, October 23, 2017

Resepi Mudah Tapi Sedap - Nasi Goreng Lada Kering

Assalamualaikum.

Masa bagi Kaklong Nasi Goreng Lada Kering yang I masak semalam, dia terus reminiscing back our memory dulu masa I first time buat Nasi Goreng Lada Kering ni. Masa tu tak kawen lagi kan Kak? I buat kena letak atas surat khabar sebab oily giler. Bajet macam nak buat sambal tumis so letak minyak banyak-banyak (sebab takot cili tak masak nanti sakit perut) and lepas tu letak nasik. Bukan Nasi Goreng Lada Kering dah tapi Lada Goreng Bernasi Minyak. Hahahahaha. Tapi sedap la Nasi Goreng ni. Dulu masa zaman kecik-kecik I remember Mak buat macam ni and memang sedap! Lagi sedap sebab tinggal makan je and tak payah buat apapa. Hehe. Dah seminggu Ikan Bilis yang Sazli dari En Kahar from Sabah beli dok ada dalam peti tapi I tak buat-buat jugak Nasi Goreng ni and finally I dapat kekuatan untuk buat semalam. Malam tu sediakan perencah and esok paginya tinggal goreng je. I ikut resepi yang tulis dalam Facebook. Simple je and The Girls and Sazli cakap sedap. Cuma I rasa macam berminyak sikit. Next time kena kurangkan minyak lah. I rasa la jugak sesudu dua. Dapat jamah pon dah ok, lepas kan tingin. I masak 4 cawan nasi malam tu and dapat bekalkan Sazli and The Girls. Suka la dorang semua and request nak lagi. Main order je. Bayaaaaaaaaaaaaaaaaa laaaaaa. Penat ok masak? Intan minggu depan sempena birthday week Intan, Kaksu nak request Intan buatkan Kaksu Nasi Goreng. Boleh? Dyba goreng telur. Izzy bawak timun. Kaksu dengan Kaklong this time nak jadik tukang makan je.


Nak buat Nasi Goreng Lada Kering ni kena menggunakan kekuatan tangan. Kalau guna blender dah jadik tak sedap lah. Bagus untuk membentuk muscle. Kata Kaklong ‘muskel’. Haha.


Bahan-bahan
  • Lada Kering (direbus sampai lembut) dalam 15 tangkai
  • Bawang Merah 6 ulas
  • Bawang Putih 3 ulas
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Ikan bilis
  • (Semua ni tumbuk lumat)
  •  
  • Ikan bilis goreng
  • Scramble Egg
  • Nasi Sejuk
  • Minyak untuk menumis
  • Garam


Cara Membuatnya
  • Memula panaskan minyak. Jangan banyak sangat. Biasa-biasa je macam nak buat nasi goreng biasa. Lepas tu masukkan bahan tumbuk. Masak sampai la cili pecah minyak and masak. Kang tak masak, sakit perut pulak kang diucapkan padan muka.
  •  
  • Masukkan nasi sejuk. Gaul rata and lepas tu masukkan scramble egg. Perasakan dengan garam.
  •  
  • Tabur ikan bilis dengan jarak sejengkal dari paras nasik. Siap!! 




Nasi Goreng Lada Kering yang dimasak dengan kasih sayang (sebab stay up late sediakan perencah and woke up early untuk goreng)




Close up sikit. Nampak je bangang tapi sedap ni. InsyaAllah. Kalau tak sedap pon kena cakap sedap. If not, I murka.


Suzalina cakap nak Egg Sandwich. So buat sekali la. Dia tu kurang sihat, apa dia nak makan or tingin I buat la. Untung dapat Adik baik macam I ni. (Mula la tu nak sombong hahaha). This time I letak tomato, timun and bawang yang I dipotong kecik-kecik. No cheese and less mayo sebab takot gemok. Lada hitam jangan lupa.


I buat 3 tingkat. Memula roti, letak tomato and tuna dalam tin lepas tu lapik roti and letak inti egg sandwich and lapik roti. Baru kenyang makan and puas hati. Roti sapu dengan butter.


Party la dekat Pantry.

Korang nanti try la. Senang Mak Enon. Tapi ingat eh, minyak kena kurangkan. I selalu rasa kena letak banyak minyak sebab takot cili tak masak. Salah theory tu. But still edible la. Masa yang dulu I buat lagi la disaster. Sampai kena letak atas surat khabar. Hahahahahaha. Ikan bilis if letak kemudian yang garing pon I rasa lebih sedap kot? Macam GF I masak, dia suka letak sawi. Rumah I takde sawi last night and rasanya sepanjang duduk rumah ni memang takde pernah keep sawi unless nak buat mee/mihun goreng. Kepada yang terliur, esok boleh la korang buat. Kalau taknak pedas, bijik cili tu keluarkan. Macam semalam walaupon kaler merah tapi takde yang komplen pedas. Samaada takot nak komplen atau memang tak pedas. Hahahahaha. I masak, mandatory eh kena puji. If tak puji nanti I merajuk. Okbye. Oh yang tadi I cakap  tabur ikan bilis jarak sejengkal dari paras nasik tu takde apa pon sebenarnya. Saja gurau. Hahahahahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...