Monday, November 13, 2017

Because I Am Power Rangers Kuning

Assalamualaikum..

Kalau I cakap I busy menyelamatkan dunia sebab I kerja Power Rangers Kuning, korang tak caya tapi memang dah direct ok 5-6 minggu weekend pack? Event, wedding, sports/office activity and all termasuklah plan bawak Shein bersuka-ria sebab dia sejenis Mama tak boleh nak duduk rumah (nanti meroyan). Minggu ni pon sama jugak dah full dah. Sabtu Shein ada birthday party Salma and kena pakai costume (ni semua cost) and Ahad pulak ada birthday Qaleesya dekat MAEPS - Goat2Go Farm. Amenda la activity ni sebab siap Mama and Abah involve pakai Tshirt sama ni. Adeh, Shein punya kawan kelas kalau birthday ni seram if nak letak benchmark. Ingat tahun ni I nak buat birthday Shein yang best sikit. See how… Kena bincang dulu dengan Sazli macam mana sebab Shein suka blow candle and dah faham dah erti birthday macam mana. Macam last week on Saturday I ada Badminton Tournament under LO Cluster. Macam biasa lah, kalah. Kah kah kah. Racket dah RM1,000 pon kalah jugak. Tak paham aku (Racket pinjam Abang Long punya – Bila nak pulang?). Masa last game, main for fun je. Partner dengan En. Herman, lawan dengan Abang Amin and Atin. Main gelak-gelak je. Tergolek-golek atas court sampai terkepit-kepit tahan nak terkencing dalam seluar. Tapi I enjoy je main. Takde stressed apa sebab memang dah tau kalah. Kalau orang tanya, ‘Memang ke kalah?’ Jawapan : ‘Eh, mestilah kalah’ (Muka Bangga) atau ‘Kitorang saja bagi opponent menang sebab semangat kesukanan’. Hahahaha. Semangat kesukanan Opah kau?


Ni la team I. Ikutkan kuat je (cecece) tapi sukan biasa lah ada menang ada kalah. Double Lelaki A, Double Lelaki B, Double Wanita, Veteran and Mix Double. I main Mix Double. Sampai lambat sebab biasalah Star kena sampai lambat, you know?



Sampai rumah, Sazli past baton jaga Shein. Dia nak pergi tengok Final Kedah Vs JDT dekat Stadium Shah Alam dengan Abang Aserk and Apis Gemok. Kata Apai degan Galak – Suruh Maksu datang Stadium sokong JDT, Nanti Kedah sure menang. Pundek la. Hahahahaha. Apeni Papa, gambar pon goyang. Tahniah JDT sebab menang. I asal Johor ok? So I bangga JDT menang.


Petang tu macam migraine attack sebab maybe dalam court tu panas. I kan tak boleh panas bahang. Walaupon Ongkampung dulu masa kecik main panas OK jeeee tapi bila dah Siti Nohaliza ni dia manja sikit. But still keluar bawak Shein pergi Ampang Point sebab dia dah ambik bagpack dia, bukak pintu and cakap ‘Mama, let’s go outside. Pweeeeease?’ So I pon pergi la bawak dia makan dekat Taiwanese Restaurant. Yang ni Dumpling. Sedap!


Yang Shein makan tu Red Velvet Parfait kot? RM9.90 beli dekat Hokkaido Cheese. Tu Train pau Mama. RM45.00 eeeee benci la. Shein ni toys melambak dah. Dengan I, kalau dia nak I beli je. Malas nak bising. Kalau dengan Abah, Abah dia pandai kawtim. I menggunakan konsep ‘I kasik you happy, you kasik I happy’. So Mama dapat makan Dumpling dengan aman damai.


Esoknya, Mama and Shein pergi wedding Elinor and Yusuf – Baca dekat sini. Balik tu ada appointment dekat Bubble Gum so kill time kita lepak la coffee-coffee dekat Coffee Beans Ampang Point.


Siap dekat Bubble Gum dalam sejam lebih. Shein teman mana buat Hair Treatment, Manicure and Pedicure also threading dekat Lavinas pulak. Belajar dari sekarang buang masa dekat salon eh Shein. Kot esok lusa dapat GF jenis clingy nanti Shein also need to do this. Mama manja dengan Shein, more than Mama manja with Abah. Serious. Dengan Abah, Mama independent sangat. I kalau tido, Shein pok-pok and kiss all the time. Kaki bersilang. Peluk muka melekat. Tunggu lagi 3 tahun Shein, baru ko tau Mama manja macam mana. Now ada masa, you control Mama nanti lagi 3 tahunnnnnnn you wait *evillaugh


I ok je buat ManiPedi dekat sini. I tak cerewet. Janji kuku I bersih and kilat. Cukup.


Dah hensem! Tu cincin pinjam Didi punya (Owner Lavinas)


Oh, I nak share dengan korang, I buat treatment Power Mix. Best gileeeeeeeeeeer sebab nanti rambut wangi and lembut je. Murah je korang. Treatment + Wash + Blow kapok-kepok Mak Datin baru RM60.00 je. Pergi try. Memang worth it. Location Lavinas bebetul keluar parking Ampang Point tu. Open everyday 11.00am – 8.00pm. Pergi je walk in.

Balik dari Salon, terus pergi rumah Kaklong dekat Bukit Antarabangsa sebab nak makan lauk yang Kaklong masak + Shein cakap nak jumpa Kaseh. Tahan pulak tu mata dia tak mengantuk. Sampai rumah Kaklong still boleh main badminton dalam rumah. Mama battery dah almost drain so pukul 9.00pm ajak Shein balik. Tu pon dia mintak dukong la, eskrem la, Amsyar la and macam-macam condition. Balik umah, mandikan Shein and dia sendiri tertido dekat Sofa. Hahahaha. Penat layan GF harini eh Abang? Hahahaha. Tak sangka Shein dah boleh layan and kawan dengan I. Kita dua orang pon Ok je. Cuma Shein ni ada masa kena ikut kepala dia. Tu yang Sazli cakap dia pendek umur sebab darah tinggi kena buli dengan Shein. Shein ni kekadang explain level hantuk kepala dekat dinding pon dia taknak dengar. Aduhai anaaaaaaaaaaaaaaaak. Tapi perangai sikit-sikit tu Mama still can handle lah. InsyaAllah…. Shein, Thank You sebab jadik Mama punya Friend. Cuma Mama hope, you improve sikit perangai. Ikut macam Abah, got very high tolerance level. Nanti isteri akan bahagia kalau kurangkan EGO. Betul ni Mama cakap. Lelaki dengan EGO memang tak boleh dipisahkan tapi if kita remember one thing – kita bahagiakan orang lain, in return Allah will give you double. Jadi Isteri pulak jangan Queen Control. Tak baik. Lelaki tu sifatnya memimpin and leader. If takot bini and bini semua buat keputusan acane? Lelaki pulak jangan la EGO and Diktator. Tak baik jugak. Untuk Shein, Mama doakan supaya jadik lelaki yang baik. Bahagiakanlah wanita-wanita dalam hidup Shein. Mama…Your Wife…. Ok? Aduh. Sebak pulak fikir Shein nanti nak kena kawen.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...