Friday, June 13, 2014

Resepi Ayam Goreng Kunyit Pasti Sedap!

Assalamualaikum.

Malam tadi I masak ayam goreng kunyit sebab teringin tengok gambar dalam Instagram sapa entah. Kata dia, the best nasik ayam goreng kunyit somewhere dekat Jalan Pahang area Pusrawi lama. Sapa pernah makan? Kata Kaklong, dekat pasar Ramadhan Jelatek tu pun, ada satu kedai ni hari-hari orang penuh. Dia jual nasik ayam goreng kunyit ni je la. Nasik putih + ayam goreng kunyit + kicap kipas udang merah. Beratur panjang giler! Harga dalam RM5-6 satu bungkus. I tak sure sangat. Tak pernah pergi.

So malam tadi I pon try la masak and memang masak sejenis je lauk and makan and hidang sama macam yang dalam Instagram tu jugak. Dia letak nasik and tabor je ayam goreng kunyit tu atas dia and letak kicap. And surprisingly masa makan memang sedap! Lagipon I dengan Sazli sesama jenis suka makan tadek kuah. 

Cukup sejenis lauk tu jer. I makan dengan kicap, Saz tak. Kata dia kicap ‘kill the taste’. Dia memang kurang makan kicap. I je hantu kicap. Semua menda mesti kena letak kicap hatta laksa and tomyam serta mee kari jugak. Hehe.I dah try satu resepi ni and I rasa sedap and kena dengan tekak I. So tak salah kalau anda pembaca diluar sana untuk mencuba resepi saya ni. Saya pasti anda akan sukakannya. (Tetiba nak saya saya). Poyo.

Bahan-Bahannya

  • Ayam bahagian dada potong dadu. Tadek tulang. I ambik dua keping
  • Dua sudu nampla (Sos ikan)
  • Sesudu gula
  • Sesudu kecik serbuk kunyit
  • Setengah sudu lada hitam (optional)

 Campur kesemua bahan ni and perap la sekejap. Lagi lama lagi sedap.

  • Selabu setengah bawang besar gemok macam Shein - dihiris
  • 6 tangkai cili padi. Kalau nak lagi pedas letak la 10 tangkai tadek sapa marah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • Sebatang serai -  dihiris
  • 10 tangkai kacang buncis dipotong seinci
  • Setengah batang carrot dipotong memanjang
  • Setengah cube ayam
  • Sedikit garam/nampla
  • Sesudu cuka makan
  • Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya

  1. Mula-mula panaskan minyak and goreng la ayam yang dah diperap tadi tu. Goreng garing boleh, nak goreng garing manja pon boleh. Nanti bila ayam tu dah masak, kiter boleh nampak ayam akan kering and bubble-bubble buih air tu dah tadek. Angkat ayam. Toskan.
  2. Menggunakan minyak yang sama tapi kuali yang lain untuk elakkan kesan hanget (sebab ayam tadi ada gula, so nanti ada kerak-kerak nanti tak hensem la ayam kiter) masukkan dulu bawang putih yang diketuk.
  3. Pastu masukkan semua bahan hiris macam bebawang and sayur mayor. Masuk sekaligus. Ada orang suka letak kacang panjang and bunga kobes. Terpulang. I tak letak sebab tadek. Padahal ada nampak semalam kat Max Value tapi sengaja taknak beli sebab itu semua kos!
  4. Pastu masukkan ayam yang kiter goreng awal tadi. Perasakan dengan garam or nampla, setengah cube ayam, gula lagi skek and cuka makan. I letak rice vinegar je. Balance buat sushi dulu. Belasah. Sedap jugak pon. Haha.
  5. Last skali masukkan la dalam setengah bijik lagi bawang besar sebab bawang besar awal-awal tadi dah layu. Sazli dia suka makan bawang.

Siap!

Letak nasik atas pinggan and taburkan la ayam goreng kunyit ni and percik kipas udang merah. Simple satu lauk je and sedap. Sangat sesuai untuk isteri yang malas nak masak 2 3 jenis lauk tapi masih jugak nak impress suami.

Selamat Mencuba!


Nasik putih dengan ayam goreng kunyit. Perrrrghhh!

-EnD- 

10 comments:

A.L.I.N.A said...

mmg sedap nasi panas mkn cam gini..kt sini ade 1 kedai kalo saya malas sgt masak mmg gi beli ayam kunyit ni je..balik masak nasi jer..siap order ayam kunyit pedas..x pedas x umppphhh!!!!!mkn mcm ni mmd diet ke laut

Lavender violet said...

kaksu buat kite lapa T_T
okee esok nak buat kite tag kak sue kat ig hahaha

Irfa said...

NI LAGI BAHAYA
MAKAN SIMPLE MACAM NI X SEDAR ABIS LICIN SEPERIUK NASI, HUHU

Chooyaya! said...

ALINA : ha ah. time ni makan sepinggan pon ras atak bersalah. gemok pon xpe.

Chooyaya! said...

lavender violet : ok, kaksu tunggu. alip lam lam ha. sapa tipu dia dosa.

Chooyaya! said...

Irfa : kan??????

Nudra Shafini said...

Salam..yang,air tgn i bknle sedap mna pn tp resepi ni i cube..pergh..hubby menambah2..puji kemain lg..hahaha..tq 4 da resepi tau..muahhhh..mmg terbaik

Nurul Shuhada said...

ok, perut dah berbunyi tengok ayam nie.. Thanks for resipi yer..

Chooyaya! said...

Nudra Shafini : Seriously? Yayyyyyyyyy!!! kalau masak dengan kasih syg InsyaAllah sedap!

Nurul Shuhada : Welcome. Bak duit. ahahaha

aina alia Makabah said...

sedapnya... suke sangat peberet ni.. kt area opis saya ade food truck. MAT ROCK ayam kunyit...sedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...