Tuesday, November 7, 2017

Burger and Lobster Malaysia at Genting Highland

Assalamualaikum

I dah deal dengan CT nanti dia abes confinement kita pergi makan sedap lah. Kata CT, dia nak makan Burger & Lobster dekat Genting Highland. Dia dah cakap dekat Zairi, If tak nak bawak dia pergi makan dekat Genting, dia nak pergi London untuk makan Burger & Lobster. Pergi 4 hari je. Pergi London – Makan Burger & Lobster – Balik Malaysia. So kata Zairi, dari CT ajak pergi London yang macam belakang rumah dia tu je and abes duit puluh ribu untuk flight ticket (sebab CT nak naik business class je), baik la pergi Genting Highland (sebab dia tak suka Genting) tapi terpaksa lah kan hahahah. I pon selalu jugak dengar orang cerita pasal Burger & Lobster ni cakap sedap sedap sedap. Ellis pon cakap sedap. Kata dia, masa dia dekat London, dia makan Lobster Sandwich punyalah sedap macam nak pengsan. Exaggerate sangat. I ni pulak jenis very hard to please if pasal makan. If I cakap sedap maksudnya sedap lah. Kalau I teringin sampai meroyan, merajuk, takde mood tu maknanya makanan tu memang sedap. So masa Ellis cakap sedap, I macam terfikir sedap sangat ke? Lobster I pernah la makan tapi takde la favorite mana. I suka lagi Steak dengan Japanese Foods. Dulu masa pergi Sabah, makan Lobster cicah dengan sour plum I rasa biasaaaaaaaaaaaaaa je. Ada a few time makan dekat hotel pon ada Lobster tapi I gitu-gitu je la, takde excited mana. Tak boleh imagine dia punya sedap yang macam nak pengsan tu macam mana. Until I sendiri try makan dekat sini terus rasa macam nak pinjam duit Bapak, nak bukak 1 branch Burger & Lobster dekat Pavilion supaya bila teringin, I boleh makan 8 pcs Seven Samurai Lobster Roll sampai puas tak payah share. Wei people, please. Seumur hidup sekali, korang KENA MAKAN DEKAT SINI. Ok? Kumpul la duit letak dalam tabung ayam ke apa, pergi kerja pakai sepanda ke, makan Maggie direct seminggu ke tak kisah la macam mana tapi korang kena makan dekat sini OK? Pweaaasseeeee (Bak kata Shein). Burgers, Lobster, Rolls SEMUA SEDAP! **untuk Faiz Rashid, ini bukan sponsored post eh, lempang nak?


Chili Lobster - Serve with signature brioche. RM175.00. Yang ni killer la. PALING SEDAP DALAM DUNIA I PERNAH MAKAN. Kuah dia sedap, roti dia sedap. Sambil makan tu menung je and rasa bersyukur Allah bagi I rezeki untuk makan makanan sesedap macam ni dalah hidup. Insaf terus. Thank you Allah, thank you Papa. (Over hahaha)


Kitorang pergi balik hari je. Plan nak check in 1 malam dekat sini so puas la sikit bebudak main. Sazli pon suka sini sebab sejuk. Best hisap rokok kata dia. Dia dengan Zairi geng Naga. Becinta dengan rokok. Tapi yang Outdoor Theme Park tu tak siap lagi. Katanya siap 2018. Actually nothing much pon yang ada kalau check in sini cuma saja la nak enjoy the ambient tapi sebab memasing busy and tak boleh nak cuti, so kitorang balik hari je la. Gerak dari KL dalam 10.30am and sampai KL balik petang 6.00pm. Ok je. Tak penat and still enjoy makan + ambik angin + coffee. Just nice. So korang kalau nak datang sini balik hari, gerak la pagi. If nak singgah strawberry park, butterfly park, GPO semua better check in la. So tak rushing and penat sangat.


Photo by Instagram Husband CT. Zairi suka la ambik-ambik gambar ni. Kitorang naik sampai atas bawak kereta. Adriel nak naik Cable Car. Shein pon sama. Sebok cakap 'Mama, car goes higher higher higher'. Tapi Sazli gayat. Dia taknak. CT pon kutuk la. Kata dia 'Rockstar pon gayat ke?' HAHAHAHA. Actually I pon takde la berani mana. Sekarang sama naik gayat dengan Sazli. Padahal I athlete kot? Now kapalterbang pon I takot nak naik.




Burger & Lobster ni dekat Sky Avenue tau? Kitorang tak park dekat First World sebab macam leceh nak jalan jauh + kena lalu dekat arcade mainan tu. Shein easily meroyan and distracted kalau nampak. So kitorang park dekat depan bangunan Sky Avenue tu kena RM6.00.  Kang orang lapar nak makan Lobster, dia ada yang makan machine game tu. Sampai-sampai queue memang dah panjang. Kitorang ada la 40 minutes queue. But wort to wait la. 


Adriel and Shein ni is BBI buddy. Kawan sekolah Shein. Adriel 1 tahun tua dari Shein.


Macam ni la keadaan dalam restaurant. Memang full house and always queue. Maybe kitorang datang hari cuti (Ahad). IF weekdays tak sure macam mana. Besar restaurant ni and selesa.



Live Lobster. Besar-besar OK? Shein tak cakap Lobster dah. Dia kata Monster Ultraman. Ikut suka kau lah nak.


Ni menu dia. Tak banyak sangat pon. Burger ada 3 jenis, Lobster ada 3 jenis, Lobster Rolls ada 3 jenis. Dessert tu I nak Durian Tempura, tapi tak available pulak. Harga semua ada dekat situ and korang boleh tengok. Chili Lobster takde dekat London punya Branch eh? Malaysia je ada. Ni kalau Abang Yut tipu I, maksudnya I pon tipu korang lah.


Adriel ni suka tau buat muka kalau ambik gambar. Kata CT ikut Papa dia. Hahaha.


CT cakap harini dia last pantang. Ikutkan esok baru 45 hari tapi kisah pulak dia? Hahaha. Baby Eva tu tidoooooooo je kerja. Bagus, takde meragam.


Dalam Hot Pot ni ada sekor je Lobster. Each dish memang sekor Lobster. Makan dengan roti apa tu? Bapak sedap makan panas-panas. Bagi I, this portion boleh makan 2 orang. Roti dapat 4 keping, mintak extra lagi dua kena RM6.00. Lepas tu house water RM6.00 jugak. Ok la. Tak sampai RM200.00 kan? Yang ni korang wajib try ok? Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa **dan air mata pon bercucuran.


 CT Order ni. The Original nama beliau. Harga ialah RM155.00


Ada salad, ada fries and ada sos. Boleh pilih nak grilled or nak steam. Sos pulak ada clarified butter or lemon & garlic butter. Lobster yang dorang guna is Canadian Lobster. Ni pon dah sebesar penampar buaya. Imagine yang jenis Monster Shein cakap tu besar macam mana. Dekat Menu pon takde harga. I agak dorang pon tak sampai hati nak letak harga kot? Dia tulis 'ask for more details' je. Kah kah kah.


OMG OMG OMG ni memang sedap giler giler gileeeeeeeeeeeeeeeeeeer. Seven Samurai. RM98.00 also come with fries and salad. People. THIS IS SO GOOD.


Close up sikit. Ya Allah sedapnya.... I ambik suku dari ni. Padahal Zairi punya tapi I nak jugak rasa - pedulik apa. Roti dia pon lembut, and isi dia pon sedap. Woi! Bubuh sependa ke apeni? Ko aperhal sedap sangat???


Sazli order The Original Burger. RM88.00. Berat 224g. Sama je dengan The Mayfair cuma beza berat patty dia je.


Beef patty 100% made of Australian beef, serve dengan cheese, lettuce, tomato, pickles, onion and top with secret sauce. 


Close up sikit. Kata Sazli, ni memang dia suka burger macam ni. Tapi kenapa sampai RM88.00 harga dia Mama. Mama pon cannot answer why. LOL


Yang ni The Mayfair. Sama je rasa semua. Berat patty je lain. Rugi tak ambik The B&L Burger. Yang tu combination beef and lobster meat topped with truffle sauce. Perrrghhh sure sedap wei. Next time makan yang tu la. So CT bila repeat? Minggu depan boleh?


Ramai yang komen dekat Instastory and IG untuk tau berapa harga etc. Senang nak allocate budget katanya. So I letak receipt dekat sini untuk korang buat reference ok? I memang tak pernah letak resit I makan/shopping dekat mana-mana sebelum ni tapi sebab ada yang nak tau detail macam tax la apa la so I put here. OK? TQ yang happy untuk I dapat makan sedap-sedap and I pon doa untuk korang semua supaya murah rezeki, dapat makan sedap macam I. Ada yang kata 'Takper la Kaksu, Kaksu boleh makankan untuk kitorang yang tak dapat rasa makan macam Kaksu. Semoga Kaksu murah rezeki'. Adeh... Sedih pulak.


Thank you Mr Husband bawak isteri makan sedap. Suami kalau tak berkira nak feed isteri and family dengan makanan yang sedap, belanja shopping and holiday, memang Allah cakap rezeki mereka akan berlipat kali ganda. Isteri dan anak-anak tu lah punca suami murah rezeki. So amacam, bila nak repeat? HAHAHAHAHAH.






Siap makan, CT nak Churros pulak. Ni betul punya balas dendam. Shein sebok la nak duduk dekat depan stroller tu. Dia ingat Stroller Eva tu trolley airport ke?


Sazli tanya 'Nape Mama pendek?' HAHAHA. Eh, I tinggi 162cm normal la untuk Malaysian. 





Siap makan churros, bawak Shein and Adriel main game. Habes sorang RM50.00 lepas tu keluar lah ambik angin sekejap. Sazli pening duduk lama-lama dalam building.


The Boys. Sebelum ni stranger but now tambah lagi kawan yang baik macam Zairi and CT Sekeluarga. Hope we grow old together, makan sedap sama-sama and holiday keliling dunia sama-sama. Citer macam hebat je keliling dunia, naik kapalterbang pon takot. Kitorang berangan nak pergi Soneva Jani sama-sama. Berangaaaaaaaaaaaaaan kan FREE?


Tengah syok lepak, hujan la pulak. Masuk balik building, lepak minum coffee.


Borak-borak and bahan-membahan. Kite 4 orang semua kaki kutuk and takde terasa ke apa. Click sangat. Kata Sazli, 'Suraya ni ongkampung belagak. Makan nak sedap je'. Lepas tu CT Kata 'Su, dia cakap ko ongkampung'. Lepas tu I gelak je and cakap 'Takper, I Ongkampung Up ok. Please?' Lepas tu gelak-gelak. Hahaha.

Siap coffee, kitorang turun la dari Genting ke KL. Turun tu happy je la sebab dapat makan sedap + jalan-jalan. TQ to our husband for this trip. Short but sweet konsep dia. Emak-emak happy, anak-anak pon happy. Badan pon tak penat sangat. CT semua pergi ke rumah nenek dia dekat Bukit Beruntung. Eh? Lupa lah dekat mana. Haha. Kitorang balik KL and terus ke Intermark sebab Ms Shariffah kirim Burger. Dia nak Mayfair Burger. Siannnnn tak dapat ikut. Takper, nanti kita naik lagi OK?




Rayyan ada Halloween Party - Dungeon of Nightmare at Kidzania. Kalau tak, dapat la makan sama dengan kitorang.




Shariffah pesan 'Ms Sue, please take care of my burger'. Burger dia yang dia kisahkan? Tak guna betul. Hahahahaha.

So sekianlah cerita kami 2 family ke Genting Highland untuk makan dekat Burger & Lobster sempena siti abes confinement. Bagi I, citarasa kita ni subjective. Maybe ada yang cakap sini biasa-biasa je. Tapi sejenis tekak I, yang I pernah makan dekat sini, I classkan sini as luar biasa sedap. Harga pon boleh tahan mahal. Tapi sebab sedap, so takper lah. Puas hati. Korang kalau ada rezeki, boleh la makan dekat sini. Lepas tu kalau makan, ingatkah dahku disini Ok? Pada yang terliur, I nak mintak maaf. I tak bersalah. Dah korang yang suruh I review tempat makan best, so acane kan? I share info je. Hehe. Tapi memang sedap lah. Dyba, birthday Dyba kita makan dekat sini je la eh? Alang-alang Dyba Celebration 2 tahun tak buat sebab kena bulan puasa, next year kita makan kat sini la. Kepada Intan, simpan sebulan RM30.00 and by the time bulan 6 dah ada RM240.00 boleh dah ambik Chili Lobster tu tak payah share. Ok? Hahaha.

Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands,
69000 Genting Highlands Resort, Pahang
#burger&lobsterMy

Operating Hours (daily)
Mon to Thurs 
11.00 am to 10.00 pm 

Fri & Eve of PH 
11.00 am to 12.00 am 

Sat 
9.00 am to 12.00 am 

Sun & national public holidays 
9.00 am to 10.00 pm

-eNd-

3 comments:

mama tisya said...

tula ms p london dlu xkesempatan nk try..dh ada kt genting tk juga masuk....tp rmi ckp sedap...ada rezeki bole la cuba..mmg peminat lobster...aritup singgah GPO & check in juga

Dyba Dbuh said...

setuju.....marilaaah kumpul duit at least 300 la nk mkn sini..tp bday girl kena contribute ke ^.^

Chooyaya! said...

mama tisya : u kena pg la yg dkt genting ni. lagipon yg chili pot tu dekat london takde.

dyba dbuh : ikut rules, birthday girl kena contribute. jom kita buat tabung untuk makan kat sini. balik hari pon takpe. sebulan rm50.oo nak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...