Tuesday, November 7, 2017

Seri Muka Durian and Kuih Koci Sedap

Assalamualaikum..

Ishk, macam tak boleh nak get over la kesedapan Seri Muka Durian dari @nzdelicacy ni. Serious sedap gileeeeeeeeeeeeeeeeer. Satu office sekarang asal ada potluck request nak ‘Kuih Durian dengan Kuih Koci kawan Kaksu’. Hahahaha. Haritu masa birthday Kak Jue, kitorang order setalam Kuih Seri Muka Durian + 50 pcs Kuih Koci, sekejapan dah gone. Memang tak sempat nak ngulang. Datang lagi sekali tinggal bekas je. Huwaaaaaaa Batu Belaaaaaah. Naseb la Dyba ada simpankan untuk I siap-siap. TQ NZ Delicacy, dah la selalu je layan order last minute dari I. Esok nak suruh delivery, petang ni pukul 4.00pm baru nak order. Naseb baik I Siti Nohaliza kata Si anak tauke dia (dia ni asalnya blog readers) so layankan aje. TQ Awak selalu layan Kaksu punya permintaan. Sekolah Shein pon if ada Potluck I order dari sini la. Ikut spec BBI. No fish cake, no fish ball, so soy sauce, no ketchup, no MSG semua no no no but yet, rasa still sedap. Haritu I order Nasi Dagang masa Birthday Shein. Haritu macam minggu lepas je padahal Dec last year. Hahaha. Untuk Friday punya Pot Luck kita order Nasi Dagang + Nasi Putih lauk Gulai Ikan Tongkol and Gulai Telur Rebus + Timun perrrrghhhhhhh sedapnyaaaa. Tak sabar nak makan! Asalnya nak order Nasi Dagang je tapi kata Intan ‘Kaksu, Nasi Dagang tu pulut, tak semua orang makan’. Padahal dia sorang je ongtue tak boleh makan pulut. Mengada. Seri Muka Durian tu makan pulak. Tu pon pulut padahal. Kuih Koci pon pulut hitam ok je. Menyentan-nyentan Si Dyba masa discuss. Dyba cakap ‘Birthday dia, kena ikut cakap dia. Birthday orang pon kena ikut cakap dia’. Hahahaha. Sebab kitorang order next ni sempena Birthday Officemate kitorang. Sekarang asal birthday je kita memang makan kek and makan-makan. Kali ni buat untuk 4 orang sekaligus sebab kalau tak, takkan la hari-hari nak makan kek? Nanti gemok. Kat office ni semua orang nak kurus. Yang tak kisah gemok Intan sorang je.


Seri Muka Durian sedap giler by Nz Delicacy. Sumpah sedap!



Pukut dia lembut, durian dia sedap. Tak manis sangat. Just nice.


Sebekas macam ni harga cuma RM45.00 je pon. If potong bite size tu dapat dalam 64pcs. So seketul tu harga dia jadi 70 sen je.


Kuih Koci pon Nz Delicacy punya specialties tau? Sehari kekadang order I tengok dalam IG bekondi-kondi. Bila dah makan, baru la tau kenapa dapat banyak order, sebab sedap! 


Kasi close up sikit. Fuiyooooo sedap tu! RM0.50 je seketul. Kitorang ambik 50 haritu baru RM25.00. Patut makan sorang je 50 ni baru puas. Takyah share. Hahaha.


Mihun goreng ni sebekas RM45.00. Ok la buat tambahan menu. Pon sedap.


Selain dari Kuih-kuih yang I share ni, NZ Delicacy ada jugak buat kuih-muih lain macam Karipap, Buah Melaka, Cara Berlauk, Roti Jala, Seri Ayu, Nona Manis, Kuih Koci Pumpkin. Pumpkin apa eh? Haaa Labu. Wajik dengan Pulut Kuning pon ada. Nasi Tomato, Nasi Dagang, Nasi Lemak ehhhhhhhhhhhhhh larat pulak aku nak tulis satu-satu. Hahaha. Pendek kata semua ada la. Yang takde Mak Pak je. Harga pon murah. Tengok pada lauk. Kalau macam Nasi Dagang and Nasi Putih lauk Gulai Ikan Tongkol, Gulai Telur + Timun with Jelatah and Sambal Cuka tu makan 40 orang baru RM6.00 harga. Memang murah la bagi I. Beria explain kan I? Gigih. I nak share pasal NZ Delicacy ni sebab I nak memudahkan kerja korang. Kot nanti ada Potluck zaaaaappp order je dekat sini. Dah. RM45.00 dapat dah mihun sebekas. Makan 10 orang pon cukup. Nak masak sendiri boleh tahan penat. Tu kalau malas la, kalau rajin boleh je masak sendiri dengan kasih sayang. Nanti suami sayang boleh la mintak handbag Dior (Tetiba).

Instagram @nzdelicacy
Hp : 016-3304667

-eNd-

2 comments:

adda syuhada said...

sedappppnya nampak..! hehehehehee.. :)

Chooyaya! said...

adda syuhada : memang sedap!