Assalamualaikum..
Hari Jumaat haritu I jumpa dengan Kak Kiah korang
for lunch. Lama giler tak jumpa sebab dia sekarang bizi dengan project dia
seluruh Malaysia dari bulan puasa tu ari sampai la sekarang so I taknak la
kacau. I kasik dia space and setel dulu hal dia, lepas tu bila duit dalam bank
dah ratus ribu baru carik I semula hehe. Dari Jendela Anny pon tak boleh dia
nak commit sebab ada la technical problem sikit antara I dengan sponsor I so
penulis undangan yang sejenis tulis consistent tak dibenarkan so yeah gitu la
kisahnya. I cakap pada dia, baik dia jumpa I sebelum bermacam lagi spekulasi dan
gossip tular melibatkan I dengan dia disebarkan. Walaupon I Siti Nohaliza
olok-olok tapi I know ada je suka gossip-gossip pasal I kan? Korang memang kan?
Suka je bikin panas. Entry takde kena mengena dengan Kak Kiah pon korang
belasah komen. Gambar I bahagia bersama keluarga pon komen mana Anny. Ko dah
kenapa T____T Now that Kak Kiah dah settle down so InsyaAllah lah kami akan menghantui
la hidup masing-masing seperti dahulu kala semula. InsyaAllah. So, Jumaat tu I
nak carik berries for Bunda (Kat Isetan murah, RM8.90 je 1 pack) and tingin nak
makan Saba so kitorang pergi la Isetan. Kaklong and Intan dediam berdua dah
deal nak makan dekat tetengah tu. Ada Korean Food Fair now dekat Isetan so
dorang jual banyak la Korean Foods and all lepas tu dekat tetengah tu ada pulak
tetiba stall kecik yang jual Korean Foods. Kak Kiah kata Korean Foods hanyir,
so dia nak makan dekat Aseana. Jadiknya Intan, Dyba and Kaklong besuka ria la
makan dekat sana tanpa I. Masa OTW balik memasing bekompang cakap sedap la apa
la so I mintak dorang teman I pulak makan dekat sana nanti and al-hamdulillah
dah dapat rasa. Sedapnyaaaaa!! If korang nak try, boleh pergi Isetan KLCC ok?
Tapi sampai Rabu je. Lepas tu takde dah.
Ni
Beef Bibim Bap. Terpaling sedap yang I pernah makan dekat Malaysia ni. Serious.
RM20.00
Portion
besar and cukup untuk dua orang.
Close
up sikit. Nampak pon dah tau sedap kan?
Campur
dengan sambal yang dia kasik tu. Sambal ke? Ingat ni nasik lemak? Sayur dia
banyak dah macam kebun sayur dah. Tapi bagus la makan banyak sayur. Baru badan
sihat.
Ni
Intan and Dyba share. Chicken Bibim Bap.
Yang
ni Ramen. Macam Maggie goreng pon ada cuma dia upgrade la letak sotong kurita.
Pon sedap. RM15.00
Close
up sikit. I rasa korang boleh je buat sendiri dekat rumah, tapi makan kat rumah
mana best. Makan Isetan la best. Hahaha.
Izzy
punya dia order Japchae. It’s a glass noodle. Kata Intan suhun. Pon boleh.
RM15.00 jugak. Macam Suhun Masak Kicap pon ada ni. Hahahah.
Ni
side dish dia kasik. Ada Kimchii dengan Ikan Bilis. Kata Kaklong Kimchii
Hamnida. Sesuka hati kasik nama baru.
Masa
Kaklong makan, Intan cakap ‘Itadakimasu!’
Tu cakap Jepun la ngek. Dah la cakap kuat. Confident je. Semua bahasa keluar
time order. Masa cakap Thank you Intan pergi cakap ‘si sher’ (TQ dalam mandarin). Yang waiter tu redha je.
Dyba,
Intan and Izzy. Enjoy makan memasing. Habes licen. Kebulur ke apa korang ni?
Kaklong
ni sikit-sikit rindu Korea. Dia cakap nak pergi lagi. Tapi naik kapalterbang
pon takot. Acane?
If korang suka makan Korean Foods boleh la datang
sini. Tapi mulut kena ringan la bertanya. Macam haritu Intan sikit lagi nak
rasa dia punya sake. Eh bukan sake. Sake kalau Jepun. Kalau Korea apa eh dia
panggil? Kata Kaklong ‘Intan tu ada ke
ajak Kaklong minum arak’. Intan cakap, dia pon taktau. Sebab tu kena tanya.
I takde banyak masa nak tengok betul-betul je. Kalau tak mau banyak jugak beli
ni. Macam Air Susu Pisang tu pon 6 kotak RM20.00 kira murah la. Kalau dekat
Korean Mart rasanya lebih mahal dari ni. Kena ada time la nak tengok and
belek-belek. Datang time lapar pon ok sebab ada banyak kaunter yang kasik rasa.
Intan and Dyba suka la. Try tu, try ni. By the time makanan sampai dah kenyang
dah.
Wuuuuu
rindunya. Tapi takde pulak rasa nak beli. Biasa pon macam ni. Takde mencari,
dah depan mata taknak.
Ni
la yang kitorang makan buat ulam masa dekat Seoul dulu.
Tu
la tempat kitorang makan dekat tengah-tengah Isetan. Halal eh? Jangan risau.
Memacam
ramen ada. I tak tahan la now makan pedas.
Pepero
pon murah. RM19.99 je. Kalau kat Langkawi berapa RM eh?
Gambar
Bonus : Kak Kiah and Siti Nohaliza
-eNd-
2 comments:
adoi murahnye pepero tu..saya baru balik lgkawi..kat sana paling murah sekarang rm23.90/rm23.50
Ayu norfaizi : eh? mcm tu kaksu kena beli la esok.
Post a Comment