Tuesday, November 28, 2017

Tok Chak, Kak Azam and Merbau Pulas

Assalamualaikum.

I had a great time EACH TIME balik kampung Tok Sazli di Kedah. Seronok. Sebab ianya kampung maka jadi double seronok. Walaupon I asal Felda and kampung jugak tapi ni we talking about Kedah wei. Kedah dia lain sebab kiri kanan Bendang. Bendang tau bendang? Ada pokok padi. Bestnyaaaaa. Tingat dulu kali pertama pegang padi time menguning seorang Suraya yang jendol tanpa berlengah terus terjun masuk bendang nak petik padi sudahnya selut sampai lutut. Hahahahaha. Bongok. Kot ye excited cuba bawak bertenang sikit. Lepas tu dekat sini Ayam Goreng seketul RM1.00 and Nasi Lemak 5 kupang. Ada pekan kecik dekat luar Merbau Pulas bangunan sangat klasik sebab guna kayu. Pekan Kuala Ketil pon best. Ada kedai jual selipar RM3.00 and ada Pasar Sabtu jual makanan yang murah-murah. Sini macam suci. Pekan. Lepak kedai minum kopi and roti canai harga 5 kupang. Best kan? Bangun pagi udara sejuk and segar. Sini orangnya warm… Ada jugak yang koya tapi most of them memang baik. Shein pon enjoy dekat sini main kejar-kejar ayam (and anjing pon dia nak kejar ko dah kenapa). Dia main dekat tanah, pegang pasir, main buai and I know Shein pon enjoy dekat sini. Mandi takde water heater and tak pernah kisahkan untuk tengok TV sebab our schedule is always busy at kampung. No time for TV or what not. Kita entertain diri kita dengan apa yang ada disekeliling. Kita appreciate the nature and bonding with each other. Tido beralaskan Toto and pakai kipas angina ramai-ramai dekat hall. Eh, memang seronok lah! One more, sini kita always makan sedap-sedap. Dah kenyang pon still nak makan Maggie Goreng and Ais Kepal Kak Azam. Belakang rumah Tok je. Jalan ramai-ramai dengan kanak-kanak lepas tu buat hingaq dekat kedai Kak Azam. Makan berpinggan-pinggang sekali bill RM11.00 sahaja.


Ni gerai Kak Azam. Bukak hari-hari dari pukul 11.00am sampai 7.00pm. Ada Laksa, Maggie Goreng, Ice Kepal. Best! Tudung biru tu Irah. Cousin Sazli. Beza umur 6 bulan je, lahir tahun sapa tapi dia panggil Sazli 'Abang Li'. Baik Irah ni. Terpaling rajin melayan I and memang baik sangat-sangat. Kaksu Saaaaaaaaaaaaayang Irah! 



Ni la Maggie Goreng Kak Azam. I tengok dia masak macam senang je. Guna maggie yang sama, bahan yang sama tapi bila masak tak sama rasa macam Kak Azam punya. Air tangan dia kan? Memang sedap! Yang ni Sawi semua dah kena tapis dek Marsha. Dia tak makan sayur.


Ni favorite Marsha. Sirap Laici Sagat. Sedap!


Ni I punya favorite of all time. Sedap nak mampos! Scrambler nama dia. Sejenis ABC tapi guna cuma air gula melaka je. I pepandai masa order tukar nama jadik Tornado.


Percaya tak I cakap yang Orang Kedah paling sedap masak Laksa. Sedapnyaaaaaaa!!


Balik kampung kalini dapat 2 kali makan dekat Kedai Kak Azam.


Cik Piah (Afiya) ni anak Irah. Kemain pakai crown nak lawan DSV ke? Hahahaha. Umur 3 tahun tapi mulut dia Ya Allah pot pet sangat. Masa memula Shein sampai dia panggil 'Kakak Shein, mai la sini'. Shein duduk sini 3 hari dah pandai cakai 'No, takmau!' Hahahaha. Yang baju hitam tu Marsha. Bijak. Dia je la layan Shein cakap English. Cakap English pandai, cakap Cina pon pandai sebab dia sekolah Cina.


Eh, apa Siti Nohaliza buat dekat kedai Kak Azam ni? Hahahahah.


Dua beranak ni (time tengah baik). Shein, abang-abang sangat you duduk makan maggie goreng and ice sagat dekat kedai. 


Shein suka jugak maggie goreng ni. Sesuap masuk cakap nice, sampai abes. Tak larat jugak nak balas. Last-last Mama beliau jawab pukal. 'Nice nice nice nice nice nice nice'. Terus kena smack dengan Shein dekat tangan.


Tepi kedai Kak Azam ada parit ni. Air jernih! Shein geram nak terjun. Bukan Mama tak tau.  Cik Piyah, awat hang debab sangat? Jawapan : Sebab kuat makan. Ada sehari, gaduh dengan Shein sebab Shein ambik Capati dia dari dalam pinggan dia. Hahahahahha. Elok la korang berdua sama naik debab.


Best la Shein layan iPad sambil berehat dekat buai. Ni depan rumah Tok.


Sazli confident je bagi gambar ni dalam group Food, Travel (BBI Clan) cakap 'Ms Reham, this is Kedondong'. Tu Jambu Batu la wei!


Irah ada jual eskrem Malaysia. Dok berulang la dekat peti ais (selagi tak abes). Ada jagung oreo, lemon frozen, asam masin and honeydew. Semua pon sedap. Perisa-perisa lain pon ada. 


Ni la pekan kecik sebelum masuk Merbau Pulas

Classic kan? Photo credit to Ms Sazli.


Ni la rumah Tok Chak...

Korang tengok gambar pon dah tau kan kat sini best? Tapi memang best la. Tu la, I doa biar Tok Chak panjang umur so that at least sesekali kami boleh balik sini. Kalau dia takde, sure sunyi. Bapak apetah lagi. I tau Bapak tengah sedih sebab Tok Chak dah tak sihat and terlalu uzur tapi Tok pon dah terlalu tua. 98 tahun dah. Dia hidup tapi macam tak berdaya. Makan pon pakai syringe. Kencing pon dah guna tube. Seksa sangat I tengok. Hatta nak angkat tangan pon Tok tak berdaya. Kesian Tok. But semangat dia kuat. I know dia fight. Bercakap dengan Tok pon suara dia keluar ikut tekak je. Dalam. Ingat dulu, masa Tok still sihat (but dia dah banyak lupa), baru je introduce cakap I isteri Li - Anak Jan (Ramzan) dia cakap 'Segak ....'. Lepas 5 minute I lalu lari-lari kejar Shein 'Ni sapa ni yang gemok ni?' HAHAHAHAHAHHA. Rasanya dulu I pernah cerita. Ada this one time, I lepak dengan Tok baring dalam bilik borak-borak pasal dia. Masa dia muda, kawen dengan sapa, sapa first love dia and all. Banyak kitorang share and Tok cakap Tok sayang I and nanti nak bagi gelang emas ewaaaaah. I pon sayang Tok. Kita pegang tangan and becinta sangat. Lepas tu I mintak excuse nak pergi toilet sekejap. Datang balik, terus panggil Tok dengan suara paling manja sekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaali 'Hang sapa?' Huwaaaaaaa. I nanges tau? Bapak gelakkan ajer. Rindu pulak those days masa boleh borak-borak dengan Tok. Now Tok dah tak larat macam dulu.. Untuk Tok, no matter what, Su doakan supaya semuanya dipermudahkan untuk Tok. Amin....

-eNd-

2 comments:

Nur Aishah said...

hhahhahhaa aduyaiii hat gemok tu yg tak tayaann! maktok jgn buat pasai..sat maktok kata sue segak.sat perambat kata gemuk. remuk redam ati dia maktok ! hehhee. smoga allah mudahkan urusan maktok n sue sekeluarga. ameen

Chooyaya! said...

Tokchak la ngek! hahahahaha