Monday, November 27, 2017

What's Cookin at Kedah?

Assalamualaikum..

I kalau balik kampung Bapak dekat Merbau Pulas usually akan jadik Head Chef la. Depa semua suka la kalau Kaksu masak. Tapi Sazli and Bapak selalu pesan banyak kali. Jangan masin dengan jangan pedas. Yang nak makan ni semua veteran. Depa mana tahan masakan Jawa yang pedas-pedas. BAAAAAAAAAIK. I pun suka masak dekat sini sebab banyak assistant. Masak zup zap zup zap sekejap dah siap. Ada Irah and Masi Timah yang tolong dekat dapur. Naseb dedua jenis tak melawan. Kalau buat perangai macam ni dekat Jengka with Kaklong dengan De sure kena sound ‘Takat masak duduk je, Atuk aku boleh’. HAHAHAHA. Sebab I jenis masak je. Potong, cuci, basuh pinggan semua taknak. MALAS. Sebab I kan Boss? Kalau kat Kedah nanti ‘Irah, hang amek ni semua lepas tu blend. Lepas tu kuali tu hang basuh. Lepas tu nanti hang salin letaK dalam bekas. Kentang ni hang rebus dulu. Sampah tu nanti hang ikat letak kat luar’ and arahan goes on and on selagi tak siap masak. Kekadang upgrade sikit. ‘Irah, ambik eskrem kat Kaksu. Jagung naaa. Lepas tu basuh, potong atas dia. Bawak sini’. Gitewwwww Hahahahah. Masi Timah pulak kalau I masak apa semua pon sedap. I lah paling cantik, paling rajin, paling pandai masak, semua semua lah I yang paling dalam dunia ni tiada yang terpaling melainkan I seorang…. I just be myself masa kat kampung. Macam mana korang tengok loqlaq, macam tu la I dekat sana. Kalau kat KL mandi pukul 3.00pm, kat sana up pukul 5.00pm senang mandi untuk malam sekali. Jimat air. Ingat dulu Masi Timah pernah cakap dekat I ‘Su, gitu ka sapu bedak dekat muka, tak sakit ka? Hahahah sebab I jenis sapu bedak dekat muka (yang bedak baby tu) macam nak pelempang diri sendiri. I kerja memang kasar, tapi InsyaAllah cepat. Yang jadik lambat sebab semua nak masuk Instastory (tu yang Sazli berbulu je). Kah kah kah.



Ni I masak Ikan Kembong masak kicap. Blend bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi. Tumis lepas tu masukkan kicap manis + sos tiram + asam jawa. Perasa dengan gula and garam and last sekali letak bawang besar. If korang nak letak cili hijau, tomato and tumbuhan lain pon boleh. Takde hal.



Sayur Kacang Panjang + Cendawan + Telur. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi and kunyit hidup sikit. Tumis. Lepas tu masukkan ikan bilis tumbuk manja. Masukkan cendawan and kacang panjang. Pecahkan telur barang dua bijik. Perasakan dengan garam. Siap!


Gulai Ayam Kelantan Style. Saja la nak bagi depa makan Gulai Kelantan instead of Gulai Kedah biasa. Irah cakap sedap. Berani dia cakap tak sedap? Blend bawang merah, 4 hiris lengkuas, kunyit hidup, 10 tangkai cili padi, and sesudu ketumbar. Masukkan dalam santan + serai yang diketuk. Lepas tu masak la macam biasa. Masukkan ayam yang dah dimatikan air dengan asam keping and perasakan dengan garam. Ada kacang panjang boleh masuk. Kentang pon boleh. Ikut suka.

I tengok semua Makcik-makcik makan dengan gembira. Takde komplen pedas ke apa sebab I guna pon cili akar, bukan cili padi. Malam tu Makcik-makcik buat Capati. Woi! Sedapnyaaaaaaaaaaaaa. Tak pernah makan Capati sedap macam ni dekat KL. Uli sendiri. Tepung guna tepung Atta beli dekat Kuala Ketil. Makan dengan Sardine + Kentang yang I masak. I improvise letak salad and cheese. Kata Irah, ‘Syahdunyaaaaaaaaaaa Kaksu!’ Hahahahaha. I had a great time at Kampung each time. Makan Maggie Goreng and Laksa Kak Azam + Ais Kepal seronok sangat. Shein also had a great time main dengan Cik Piyah and Marsha. Tok pon I tengok semangat dia kuat. Dia memang dah tak larat apa tapi dia still boleh makan. Semangat dia memang kuat. I hope umur Tok panjang. So that I still boleh balik Kedah and jadi a part of Merbau Family.


My Kinda Capati

-eNd-

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...