Wednesday, December 13, 2017

BLVD Nina (My Manager) - Tajuk Nak Gempak Je

Assalamualaikum..

One of persamaan I dengan Nina is kitorang ni jenis suka makan and share experience pasal food. Nina ni tau je mana pastry and restaurant yang cool area KL. So if salah sorang update story pasal foods dekat FB or IG, menggelupur la yang sorang lagi. Hahaha. Last time I ada ajak Nina try Salted Egg Series dekat Dotty’s, dia suka. Lepas tu masa I treat Ellis birthday dekat BLVD, Nina kasik icon cry je dalam IG alololo. Siaaaaan dia. So hari semalam, I ajak la Nina lunch dekat BLVD bila kita both dah Free sebab well you know I kan Power Rangers Kuning? Memang busy all the time. Kekadang nak set appointment apapa kena advance 2 minggu macam tu. I pulak once a week memang ada office punya sport activities so nak jumpa after office rasa macam kesian pulak dekat Shein and Sazli sampai 2 kali kena tinggal dalam seminggu.  So semalam dekat BLVD I treat her for birthday dia lah tapi super belated. Dah masuk Disember pon tapi klra aci jugak la. BTW Nina pon Libra jugak. Sama macam I. I 12/10, Nina 16/10. Beza umur kitorang 11 tahun. Keluar dengan Nina, mesti I rasa macam ongtueeeee. OMG tahun depan I 37 tahun. Kalau ikut umur GF I, 40 tahun dia dah jadik nenet ok? Tuweeeeeeeee. Masa borak dengan Nina, I terfikir balik. Umur 25 tahun apa achievement I eh? Macam takde apapa je. Masuk Gadis Metro and runner up kira achievement tak? Kah kah kah. Those days. Tu I cakap pada Nina, ‘Kawen awal Nina. Lepas tu dapat anak 3 orang before 30 and lepas tu dah boleh enjoy sebab anak dah besar-besar. Macam Kaksu ni, ada potensi ni umur 39 tahun dok tolak stroller lagi’. Adeh. But then, apapa kita kena bersyukur. Kena ingat, apa Allah bagi tu, memang dah terbaik dah buat kita. Sebab apa? Sebaaaaaaaaaaaaaaab Allah tau perkara yang tersembunyi yang kita taktau. Dia dah susun cantik-cantik dah. So apapa kena back to Him and kena trust Him apa yang Dia dah aturkan untuk kita. Paham? Ok kalau paham bila nak pakai tudung elok-elok? *petir sabung-menyabung.


This is Nina. Manager I. Macam artis ada manager. Ko ada? Hahaha. Nina ni Talent Manager Nuffnang. Bawah dia ada 50 orang talent kot? I pon tak sure. TQ Nina selalu make it easy for Kaksu bila ada job yang leceh-leceh. Semua pon dia buat untuk memudahkan talent dia. Sayang Nina!



Yang comel pendek macam budak darjah 6 tu Dyba. Dia claim dia Manager I jugak dekat Office. Selalu la cakap ‘Kaksu bukak la company, Dyba jadik secretary Kaksu la. Gaji RM7k’. Amboi dia tu. Sama level dengan DSV kot nak gaji? I wan I wan I wan I wanchu!


Nina dah cakap, makesure order jangan membazir. Tapi biasa la, tetap tak abes. Tu naseb tak ambik dessert. For today kita amek  2 lunch special + pizza. Yang ni is Phad Thai. Sedap la weh! I sukaaaaaaaaaaaaaa.


Yang ni Pesto Chicken Linguini. Pon sedap. On tu tu sundried tomato eh nina. Bukan Cili Kering. Memandai je dia cakap cili kering. Hahaha. Pon sedap! 


Set tu come with ice lemon tea + pumpkin soup ni. Harga 1 set is RM55.00


Ni dah masuk dalam favorite I dah ni. BLVD Signature Pizza. Sedapnyaaaaa. Nina pon cakap sedap. Diam je dia makan semalam. RM75.00 hoi apeni mahal sangat???

Masa makan tu, meja kitorang depan je dengan meja SM Nasa and adik beradik dia. Tu yang I minum air tak masuk baju tapi tumpah dekat baju. Punya nervous. Hahahaha. Now dekat area office I ni ada project MRT so if pepagi banyak la Mat Saleh Engineer (kot) pakai selekeh-selekeh je tapi kacak pulak I tengok. Yer la, kalau dah kurus tinggi putih pakai selebet pon hensem. Hidung pulak mancung. Astaghrifullah ni semua nak menguji iman kita je ni. Sazli pon tinggi. Naseb baik. (Pujuk hati) Hahahahaha. Tapi disaster jugak jem disebabkan MRT ni. Kekadang I stuck dalam parking selamba je 40-45 minutes sebab jalan turun dari parking tu dia tutup 1 lane. Harini I tengok tutup 2 lane matilaaaaaaaaaaaaaaaah nak. Berkulat la jem dekat parking je. I harap I bersabar la dengan dugaan ni. Sempena dekat MRT nanti ada depan office, I nak naik MRT je la pergi kerja. Kereta park dekat Kajang. Baru puas hati. Hahahahaha. Bongok. Eh, ape ni tetiba cerita pasal MRT? Ongtue macam ni la. Dia kalau cakap tu dari satu topic ke satu topic selamba je melencong. For Nina. Makan je kerja ni? Exercise bila nak start? Kita ada ni buat perjanjian dengan dia nak healthy lifestyle. Orang ajak futsal taknak. Ajak jogging. I kalau jogging tambah gemok sebab lepas tu sure nak reward diri makan sedap-sedap. Sesen tak guna. Hahahahahha.

-eNd-

1 comment:

Nur Aishah said...

kalau kami kata TUSEN TAK GUNA.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...