Wednesday, December 6, 2017

Ellis's Birthday Lunch at BLVD

Assalamualaikum…

Happy Birthday Ellis! I tak biasa panggil Ellis as Ellis. I called her Baby. Lepas tu tetiba kawan-kawan I pon panggil dia Baby sampai kekadang kita shopping sama-sama pon Promoter panggil dia Baby. Hahaha. Kemain dah tuwe-tuwe nak berbaby bagai. Semalam sempat treat her birthday lunch dekat BLVD. Why BLVD? Sebab paling dekat dengan Office I and kita pon dah lama plan nak lunch sama-sama dekat sini but tak kesampaian. Bukan BLVD tak best tapi dekat sangat dengan office I sampai rasa macam tak special dah + I biasa jugak lunch dengan Kak Kiah dekat sini sampai taktau dah nak makan apa but recently dorang ada ubah menu lagi so yeah dapat try la makanan baru this time. Dah Ellis cuti, I ajak la dia lunch sama. Dia cakap dia cuti semalam sebab malu nak datang kerja nanti semua orang wish dia alololo sejak bila pemalu entah. Memula I macam nak send flower bouquet je dekat Office dia macam last year tapi since dia cakap dia cuti, so hantar terus ke BLVD lah. Suka la Birthday Girl dapat Flower. Last year I hantar Flower + Chocolate Bouquet different delivery. Saja nak bagi dia rasa special on her special day.. Happy Birthday once again Baby! Yang keberapa tu? Hahaha. If I tanya umur dia berapa mesti dia shut up kan I. Alaaaa tak kisahla. Age doesn’t matter but kena ada quality of life and look young. Makan kena jaga so that badan kekal sihat and tak gemok. Kena check lah BMI sesuai tak dengan umur + tinggi and dah masuk 30-an jangan lupa start makan supplement + drinks lotsa plain water + diet. If dapat, exercise at least twice a week. Yang ni I pon susah nak buat tapi haritu ada cakap dekat Sazli macam nak beli 1 gym punya equipment. Tak kisah la treadmill or yang cycling punya janji dapat 30 minutes sehari pon dah ok. Macam Ellis dia sama cam Dyba. Makan la sekor lembu pon, cake sebijik sorang takyah share, nasik siang malam TETAP kurus. Mana la keadilan dalam dunia ni. Benci. 


Semalam kita lunch tiga orang. Ellis, I and Kaklong. Ellis tanya, nape tak ajak Dyba, Intan and kawan-kawan I lain. Meriah sikit. I cakap Ok je nak ajak. Bak RM700.00. Hahahaha.



Macam biasa, each time datang sini WALAUPON takkan dapat habes and WAJIB tapau, I tetap akan order this Truffle Fries. Sedap giler weh! Tak habes sebab dish lain pon come with fries. Tu je sebabnya. Yang ni half portion. Harga RM25.00


Harini punya Lunch Set ada Duck Aglio Olio. Siap dengan Salad and Ice Lemon Tea. RM55.00 harga dia. Not Bad lah bagi I. I macam teringin nak makan Duck lately so kebetulan ada ni, maka order lah. Gambar nampak biasa-biasa ala kadar je kan? Tapi sedap woh! Aglio Olio yang dah infuse dengan Malaysian Taste bud sebab letak cili padi. Memang kaw!


If dalam menu ada Steak Sandwich, memang I order la. This one pon sedap jugak. I macam dapat rasa ada honey mustard dalam dia. Bun guna sourdough perrrrrghhhh lazat. Meat pulak cook perfectly macam yang I suka – medium rare. TQ BLVD buat Steak Sandwich sedap macam ni.


Close up sikit saja tambah dosa kasik korang terliur. Sazli kata dekat I, Kalau I letak makanan sedap-sedap dalam Blog/IG and FB lepas tu ada orang terliur nanti I dosa. I agak dia yang terliur sebenarnya tapi nak tuduh orang lain. Hahahaha. Steak Sandwich ni come with Fries. RM55.00 harga dia.


Pizza ni Ya Allaaaaaaaaaaaaaaaaaaah punya sedap! Crust sedap, topping sedap semua lah sedap! This one is BLVD Signature Pizza. Ni I rasa baru ni dalam menu. RM75.00 harga dia. Mahal tapi SANGAT SEDAP.  Tengok dah tau. Topping dengan cendawan and Fois Gras. Sapa taktau apa Foie Gras boleh baca dekat sini.

BLVD ni memang serve luxury food macam foie gras, caviar and truffle. Susah nak dapat ni. Usually hanya fine dining restaurant je yang serve makanan macam ni. Foie Gras ni sebenarnya ialah liver of duck or goose yang memang sengaja digemukkan. Sebab digemukkan kerana nak dapatkkan liver yang fatty and gemok la of coz. Kekadang dia punya gemok sampai kena hemorrhoid. Kesian jugak. I pernah la baca. Memula rasa kesian tapi kalau kesian jatuh haram pulak makan so tak jadik la kesian sebab sedap hahaha. Kata Kaklong, tak pernah makan Pizza sedap macam ni. Siap tanya bila boleh makan lagi. Boleh sayang… You doakan I murah rejki ok? Nanti boleh selalu kasi you makan sedap-sedap. Lepas tu tiap kali makanan sedap depan mata terus doa ‘Ya Allah terima kasih kasi rezeki makan sedap harini’. Terima kasih Allah je ke, abes I? Hahaha. Makan sedap ni tingat dekat Sazli. Was thinking nak tapau untuk dia tapi pizza ni makan panas-panas baru sedap. One day InsyaAllah nak bagi Sazli rasa this pizza too. 


Kitorang order semua lepas tu sharing makan. Dalam plate ni cuma Steak Sandwich je takde.


Makan 3 orang macam ni, memang tak abes la. Si Ellis pulak tetiba cakap full. Tadi tak cakap full. E! So rezeki la Dyba and Intan dapat rasa sorang sikit Pizza and Fries. Intan siap komen dalam IG ‘Kaksu, tak abes tapau. Jangan membazir’. Lepas tu I tanya Dyba ‘Dyba nak fries?’ Yang menjawab dari jauh is Intan. ‘Naaaaaaaaak!’ Hahahahah.


Slice cake for Birthday Girl. Yang ni is Double Chocolate Cake. RM20.00 1 slice.


Birthday Girl with her cake (^_^) Happy Birthday Baby. I love You!


Hope you like the flowers.


Birthdays come around every yearbut friends like you only come once in a lifetime. I'm so glad you came into my life. Happy Birthday Baby!


Bagi Kaklong makan sedap-sedap sebelum dia pergi Umrah dengan GF hujung tahun ni.


My Baby Love.

Siap lunch dalam pukul 2.00pm. Just nice. I pulak office sebelah je so dekat and tak banyak masa abes atas jalan. Kata Ellis ‘Baby, ni pre-celebration je tau? I nak dinner dekat Troika’ T____T Hahahaha. Ok, InsyaAllah…. Happy dapat jumpa Ellis on her birthday jugak. Hope you suka semua yang I buat for you today. If you tak suka, I merajuk. Hehe. Thank you Baby sebab baik dengan I, faham I and tahan dengan angin I. Ni la manusia yang I tak pernah tengok dia marah langsung. Cool je. Dah la selalu lembap. Orang cakap 12.30 sharp, dia 12.50 baru sampai menyiraaaaaaaaaaaaaaap je aku. Pakkal la birthday dia, kalau tak I marah lagi. Ellis ni cool sangat sampai hidup macam takde urgencies langsung. Ni kekadang dah lambat ni, dia drive cool je siap borak-borak pasal menda yang dia rasa kelakar tapi padahal tak kelakar. I kalau dah lambat, Michael Schumacher pon kalah. Habes semua divider I langgar siap nak terbalik kereta. Hahahaha. Ni maid dia lari lagi. Tahun ni je dah 3 maid. Semua lari. Masa Kaklong dia bagitau I maid dia lari, I macam takde kesian pon tapi I ketawa. Padan mukeeeeeeeeeeeeeee. Hahaha. Good luck cari Maid baru eh Baby? Hahahahah.

BLVD House
Ground Floor, NAZA Tower
Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC
50088 KL

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...