Assalamualaikum
Masuk bulan doblas dah ni. Baik setelkan Intan
punya birthday sebelum masuk 2018. Kemain birthday dia sampai ada Part III tau?
Melampau lawan Tauke. Tapi takper la, birthday setahun sekali je so kita kasik
chance. Janji jangan sampai 7 Part macam birthday I dah. Untuk Dyba tahun depan
kita buat 5 Part pulak Ok? Hahahahaha. Tahun ni I rasa birthday Intan paling
meriah compared dengan tahun-tahun lepas. Dulu dapat bunga + cake jenama King
je (Lepas tu Intan cakap – Ni je?) Hahahaha. Sekarang dah makin tuwe, baru la
meriah sebab now pon dia ada peminat jugak walaupon bukan blogger. Hope Intan
happy apa yang kita arrange untuk dia and jangan nak jeles dengan Kak Ani dah.
Kak Ani mana ada photoshot tetengah hujan macam ni? Ni kalah Amelina dengan
Ewan dalam lagu Memori Daun Pisang. Photoshot guna camera phone Izzy ni kita
buat dekat area office I je. Dekat assembly area tingkat 1 kalau tak silap.
Tengok kawasan luas ni if arrange ala-ala candle light dinner memang cantik,
tapi kalau hujan nanges la nko kat situ. Ada jugak I berangan if I buat concert
dekat sini pon ok ni. Concert yang tak tahan tu. Padahal ada anxiety ada hati
nak buat concert. Suara pon ala kadar tapi dia punya cita-cita kemain. Anyway,
TQ to husband Izzy, Mr Ady Lazarus sebab tak pepasal terlibat. Dia la yang
menyelamatkan kitorang haritu. If takde Ady, maka nanges lah tak dapat nak amek
gambar cantik-cantik. Baju + Seluar dah baru ni melibatkan kos beratus RM,
kalau takde gambar rugilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Bila tengok dalam gambar
cantik pulak combination baby blue + white + purple ni. Memula dia request
tudung corak, tapi kata Dyba tak cantik sebab tak sama so kita tukar tudung
purple. Purple macam mana pon tak kisah janji purple. Hasilnya cantik! Caption
untuk each gambar is from Intan. Enjoy reading peminat Intan semua.
Tak sangka umur dah 33
ni kawan-kawan masih setia treat Intan macam princess walaupun sementara… Bolehhhhhh
la…
Tak sangka kawan-kawan
I sayang I, appreciate I. I sedih tapi seronok. Yang paling utama si Suraya tu,
dia selalu mempalat2kan Intan tapi sebab kekangan masa so takde masa nak
melawan dia. Sebab I banyak benda lain nak fikir so malas nak lawan dia gaduh.
Kak Su ni dia macam kakak I, suka duka I dia
tahu.. Kadang-kadang time I tengah sedih tup-tup dia WhatsApp I tanya I ok ke
tak, tapi macam biasa la I egois.. Cakap takde apa-apa.
Padahallllllllllllllllllllllllllllllllllll..
TQ Maaaachi I love u. (Machi ni Shein
panggil I kekadang. Cousin dia panggil I Makcik, dia nak panggil Makcik jugak)
Si Dyba pulak tempat I
bergaduh… Memang kalau berebut apa semua dengan dia.. Dia pun sekarang bukan nak mengalah.. Nak menang
je. Padahal Intan kan kakak? (Bukan Kakak ke yang patutnya mengalah?)
Yang Si Ezy pulak memang
jenis menolong.. Suruh buat assignment, suruh cari info.. Sappppppppppppppp
siap.. Sesuai la dengan nama dia, ezy come ezy go. Ni waktu birthday I.. Dia
la tukang runner, set table la, order makan la, bunga la.. Tau-tau dah ada
depan meja.
Yang si Kak Long ni
kalau dia takde macam tak lengkap, macam kalau I buat lawak bodo takde sorang
memahami isi hati. I tapi Kak Long lain… I masuk je dialog P Ramlee.. Zapppp
dia sambung..
si Izzah pulak dia ni
ada ke takde ke sama je.. Sebab dia kan takde dua bulan aritu..? Bersalin..
Ni la kawan-kawan I
yang suka hiburkan hati.. Kalau dorang takde I rasaaaaa macam tak kisah pun.. Hahahha
takde la.. I rasa mcam tak lengkap.. (Eeee dia ni memang belagak la!)
Terima kasih sahabat-sahabat
I and Adik-adik I.. Terima kasih kerana sanggup terima kebaikkan, keburukkan
dan kelamahan I.. Bye.. (Tetiba cerita pasal kawan..)
Assemoga Intan Part I
Assemoga Intan Part II
-eNd-
No comments:
Post a Comment