Monday, December 4, 2017

Makan Sedap - Selera Johor Larkin

Assalamualaikum..

Pagi ni timbang, I nak 1.5kg woo hooo. Ni tau dek Kak Kiah korang mampos dia bising dekat I but no regret. Sesekali kita kena la enjoy makan. Ye dak? Start today kena diet balik and kena pakai Bengkung Ramping everyday lah (Sehelai RM80.00 Include postage – sesambil promote). Dekat sana I mengelat tak pakai bengkung sebab nak enjoy the foods. Hehe. I rasa happy pergi Johor this time and makan semua pon sedap-sedap. Tak sempat nak explore banyak sebab a matter of time and tak boleh nak decide which and which yang sedap. Macam today, I rasa tak boleh nak get over dengan Kacang Pool. Selama ni tengok dalam IG, FB, TV tak pernah terliur pon sebab rasa amendaaaa la roti cicah dengan kuah kacang. Tapi bila dah rasa perrrrghhhh apeni apeni sedap bubuh sependa ke apa? I suka yang dekat Selera Johor Plaza Larkin tu. Yang tu SUPERB. Yang dekat Kilang Bateri tu biasa-biasa je tapi untuk lepas gian boleh la. Bagi I, makanan dekat Selera Johor tu semua pon sedap. Mee Rebus dia WORLD level la. Pakkal I dah makan Kacang Pool, Asam Pedas dengan Goreng Pisang kalau tak memang nak je makan lagi tapi Sazli macam dah nak azan dekat telinga so kena mengucap banyak. Sazli pon makan banyak jugak tu. I peratikan aje dia. Haritu beria setahun lose 14kg sekarang nko tengok balik dia punya badan dah macam belon mengembang. Nak diet and jaga makan memang kena istiqamah. Takat 2 3 bulan je takyah la. Hahahahaha. Now I a bit saiko la, banyak scroll gambar-gambar makanan dalam Handphone Gallery sebab nak tengok balik makanan-makanan yang I makan. Dalam banyak-banyak tu, boleh Goreng Pisang pon aku terliur. Ko dah kenapa? Kepada OngJohor korang memang untung sebab surrounded by delicious foods every day. Patut la Ain and Yatie debab. Tak pelik la. Kah kah kah.


Nin dia! Kacang Pool. Roti sedap, Kuah sedap. Kata Sazli kalau perah limau lagi kick. I takde der nak perah-perah limau. Tak tahan nak ngap.



Close Up sikit. Now I tengah Google Resepi Kacang Pool. Sazli request nak makan macam ni. Roti pon kena cari yang tebal debab jugak la. Baru Feel. Sapa ada resepi Kacang Pool sedap share eh dengan I?


Mee Rebus ni SEDAPNYAAAA. I rasa Abang Zai punya. Orang Johor memang pandai masak eh? Patut la I Orang Johor (Tetiba)


Asam Pedas Kepala Ikan Merah RM30.00


Wuuuuwuuu sedapnyaaaaaa. Semalam tingin, so beli la Asam Pedas dekat Food Court masa berenti dekat R&R Pagoh. Sedih sangat rasa dia. cannot compare at all. Masa makan tu rasa macam nak terbalikkan ajer meja hahaha.


Mango Susu pon sedap.


Pisang Goreng ni pon to die for? Dia macam berpakat pulak each kedai semuaaaaaaaa pon sedap. Kenapa erk?


The Entourage. This time I pergi Johor dengan Abang/Kakak Apartmet yang I stay ni. Dorang semua pon baik-baik. 


Pinjam gambar Sarah dekat entrance Food Court ni. Masa I sampai, I cakap dengan Abang Shahrul. ‘Su nak makan ni, lepas tu ni, ni and ni. Yang ni pon nak. Yang ni jugak’. Hahahaha.

But terkilan sikit sebab tak dapat rasa dia punya Lontong Kering. Katanya yang dekat Kg Melayu Majidee sedap. Haih, takde rezeki. Takper la. InsyaAllah next time. Nak kirim OngJohor datang KL takot basi pulak. See how la. Maybe mintak tolong Kaklong buatkan ke one day. Tengok macam mana. Haritu pulak ramai Followers IG yang tag and mention nama I memang menyiraaaaaaaaaaaaaap je gua. I dekat Johor 4D3N and kita lompat-lompat hotel. Masa first day dekat Legoland tu dah sunburn dah. Now kulit muka mengelupas tapi tak teruk sangat. Memang pakai Sunblock tu membantu sangat. Macam Ustaz dia tak payah pakai sunblock dah sebab takde sunburn. Kata Sazli sebab Ustaz beriman sebab tu kulit muka dia tak terbakar. Hahahahha ngek! Untuk Ongjohor, lepas I up gambar ni terus la pergi Larkin makan Kacang Pool eh? Bila makan sedap tu jangan la lupakan dinda di KL ni. Now I pandang Sushi sebelah mata je. Tak heran. I lagi suka Kacang Pool. Okbye.

Selera Johor Foodcourt
2, Jalan Garuda, Taman Dato Onn Jaffar,
80350 Johor Bahru, Johor
8.00am – 8.00pm

-eNd-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...