Thursday, November 30, 2017

Tiga Benda Menarik Siti Nohaliza Kena Try Dekat JB.

Hi Assalamualaikum..

Lama jugak tak kena mintak update blog. Lapang dah dada sekali rupanya tak. Hahaha. Lapang dada tu more pada kadang tak reti nak susun ayat and ‘bercerita’. Dapat pulak boss jenis main suruh je macamkan kita blogger macam dia. Biasa short notice. Tapi untuk harini dari semalam dia dah bagitau. Takde pulak alasan nak bagi. Lagipon last week yang Siti Nohaliza balik kedah tu dia ada mintak update blog, tapi memandangkan Ain pon dah register jadik power rangers, ada masa busy jugak menyelamatkan dunia. Masa bagitau tak dapat update blog kaksu tanya lagi ‘so tak boleh update la ni?’. Pastu dia reply lagi ‘eksyen’. Pastu bila kita sorry dia reply ‘k’ je. Last sekali dia kata ‘takpelaaaaa, nak buat macam mana’.. Hahahahaha. Dia punya takpe tu memang langsung tak ikhlas. Nasib baik sejenis Siti Nohaliza yang mengalahkan bini betul Datuk K, dia ramai PA and author. Tu yang nampak Dyba pon sekarang dah terbabit. Sayang betul dia dekat readers dia, bila dia busy dia akan make sure jugak blog berupdate. So korang kena la balas sayang dia ok? Contohnya pergi la beli corset dia sorang lima helai. Macam-macam ada, waist bengkung ada, one suit ada, seperate ada. Dahlah murah. RM82-170 jeeeee. Ok habis mukaddimah and iklan.



Apapa kita up gambar makanan sedap dulu. Kalau Siti Nohaliza selalu belagak KL ada Victoria Station dengan Menate, orang JB pon ada jugak tempat makan steak sedap. Maging Steakhub nama dia. Ni sirloin medium rare. Kali kedua pegi makin sedap pulak. Yang tengah lapar bawak bersabar ok? Kejap lagi lunch time dah ni. Hahaha. 


Oklah, memandangkan now Siti Nohaliza bercuti ke JB dari harini sampai Ahad. Dia nak mintak suggestion siapa-siapa orang JB if ada tempat makan sedap nak share. Sebab bila dia tanya Ain, Ain punya jawapan tak berapa memuaskan. Sebab ada masa Ain malas pikir and ingat. Kalau takat fast food or franchise restaurant tu dah kira out of list. So Ain bagi lah tiga tempat/jenis. Selebihnya korang suggest ok? Komen ke, DM ke, PM ke, apapa medium la korang nak guna. Janji message sampai. So kalau tanya Ain, ni antara 3 suggestion Ain. Kira yang sedap and Ain suka, kalau kaksu jawab macam ni dekat KL pon ada, Ain nak jawab lepasni update la blog sendiri. Konsep dia take it or leave it. Hahaha. 

1) Maging Steakhub. Bandar Baru Uda, JB. Area belakang jakel tu ha. Speciality dia ofcoz la steak. Konsep dia sama je macam menate (sebenarnya baru tau yang supply daging memang menate pon). Pilih daging/ribs/rack ke apa, then dia masak ikut citarasa kita. Citarasa tu adalah doneness ye. Jangan jadik macam sorang kawan Ain ni, bila kita kata nanti dia masak ikut macam mana kita nak, dia ingat boleh mintak daging masak black pepper ke, asam pedas ke. Geram nak tunjal. Tapi let say tak makan daging-daging dia ada jugak pasta and chicken grill. 


So kita up satu gambar lagi. Gravy untuk chicken grill tu sedap. Black pepper + mushroom. 



Bapakla sedap air durian belanda ni. Lepas minum ni terus carik kat ig. Jumpa dah tapi yang jual dekat-dekat takde pulak. Nampak orang jual baru RM7-8. Dekat sini up terus RM10. Nasib baik kau sedap.

2) Coconut Shake Bazar karat, JB. Sebenarnya mana-mana pon bersepah coconut shake ni. Tapi dekat sini yang bestnya ada pilihan biasa or gula melaka. Yang gula melaka tu sedap. Ain kalau pergi Bazar karat memang wajib beli. Kalau tak beli tu sama ada hari tu pakcik tu tak jual ataupon bila pegi dia kata ‘kelapa dah habis dik’.. Hampa. Rasanya dari harga dia RM3 sampai dah up RM5 Ain minum ni. Tapi sebab sedap takpelah.


Gambar coconut shake tu takde tapi ni sign dia. Ni gambar lama yang Ain ada. Tahun 2013. Tapi gerai dia still there. So carik jalan Tan Hiok Nee ni. 

3) The Ice-Cream Project, Jalan Dhoby, JB. Ni basically flavour + nitrogen made by order. Kita choose nak perisa apa then dia baru dia buat. Rasa pon sedap. Effect pon best berasap-asap. Dari bazar karat jalan kaki pon boleh. 



Dapat panas-panas memang heaven ni. Tapi Ain pergi malam pon ok je. Malaysia kan panas siang sampai ke malam. So apa ada hal? Haha.


Up satu lagi gambar

So ni jelah suggestion Ain. Yang lain kalau google banyak keluar. Yang 3 ni maybe tak keluar. Kadang tempat best ada jugak orang tak tau. So korang suggest la mana tempat best Siti Nohaliza kena try ok? Biar dia tau dekat JB pon banyak je tempat makan best. Bukan KL je. Sebab dia tu sikit-sikit lepas makan mesti carik pasal tanya JB ada ke? Geram betul. Oklah. Jumpa lagi dilain siaran. Kepada kaksu, selamat bercuti dekat JB. Kalau free kita jumpa time malam jela eh. Siang i busy carik duit. Hahaha. Kbye.

1 comment:

Nissa Nasar said...

Hai kak su.. Saya baru mkn kat banafee village, area jb.. Not bad makanan dia.. Byk choice pun iye jugak.. Cekodok pun ada malam2 😚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...