Monday, December 11, 2017

Random Story Je (Tapi Banyak Gambar Foods Lah)

Assalamualaikum..

Untunglah orang Selangor today cuti. I kena kerja sebab office dekat KL. I rasa lepas ni untuk cuti kan, kira kat mana kita tinggal lah baru adil. Macam I, duduk Ampang so patutnya cuti la sebab Ampang kan Selangor? Kepada yang bercuti, selamat bercuti di ucapkan. Kepada yang bekerja jangan nak dengki pada orang Selangor yang cuti (padahal aku yang dengki). Untuk Sazli dan Shein dirumah, Mama berharap supaya dapat mengurangkan pergaduhan dan hiduplah dalam situasi yang harmoni especially pada Sazli yang selalunya merajuk lebih panjang kalau ada issue dengan anak beliau yang sorang tu. Orang, kalau dia sayang lebih memang dia lebih bermain dengan emosi. Macam Sazli, lebih banyak spend time dengan Shein so I tau lah kenapa dia lebih beremosi kalau Shein buat perangai. Macam Mama jenis malas nak fikir sangat. If Shein cakap 'Sorry Mama' so kira close case la walaupon dia yang slap Mama walaupun Mama innocent. Macam malam semalam dekat kampung time Shein play monkey dekat Atok punya curtain, lepas tu rod curtain tu patah he came to me and said 'Mama, I slap myself. Look' Lepas tu tampar manja pipi dia. Lepas tu slap tangan dia sendiri sebab dia tau dia buat salah. I nak ketawa sebenarnya tapi ku tahan Jebat. Hahaha. Tau pon bersalah. Macam harini and semalam Sazli denda dia. 'No Ipad Day' so dia takkan dapat main dengan Ipad sampai Abah dia rasa dia dah jadik manusia sikit then baru dapat lah. Shein memula macam marah jugak tapi now dah boleh accept. Dia sendiri cakap 'No Ipad ok Abah?' Baaaagusss. Kekadang technology ni buat kita jadik less human. Takde communication and dok sebok mengadap gadget je. Shein tu kekadang sampai meroyan main Mobile Legend, berjalan pon tak focus sebab sebok mata dekat Ipad. Mama pon harap No Ipad day ni akan berkekalan lama sikit. 


Semalam buat Mihun Goreng for breakfast. GF tak suka letak ayam, daging semua and request nak letak Ikan Bilis je so there you go sayang. Mihun Ikan Bilis for you. Mak and Sazli cakap sedap. Well of coz. Pernah ke I masak tak sedap? Kah kah kah



De buat Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api. I makan jugak sikit. Tekak tingin nak makan Ikan Merah but semalam takde Ikan Merah.


First time try Durian Mille Creep. Sedap jugak. This one harga dia RM34.00. Kakak I yang order. I pon taktau dekat mana tapi memang sedap lah. Dekat KL I tak sure kat mana ada jual. If ada, bagitau I ok? I nak jugak.


I love my view. Nanti InsyaAllah hujung bulan ni Kaklong and GF akan pergi Umrah ikut group Felda Travel. Kata Mak, lepas ni kalau murah rezeki, every year dia nak pergi Umrah. InsyaAllah Mak. I tau Mak and Kaklong both happy dapat pergi Umrah sama-sama. Doa one day, kita semua dapat pergi Umrah together ok?

Tiga minggu ni memang I mengadap jem je. Last week JB - KL, a week before Kedah - KL and semalam Pahang - KL. Semua pon jammed teruk and penat giler rasa badan sebab stuck a few hours dalam traffic. Naseb la I duduk belakang tido dengan Shein. Hahahaha. Tapi still penat jugak la. Memang hectic sangat weekend kitorang. Minggu ni je la yang a bit Free sebab next week probably will be in Melaka and a week after ke Utara pulak. Ni betul busy mengalahkan Najib ni. Betul-betul Power Rangers Kuning. Nanti on January InsyaAllah baru la slow down a bit but Mama will be busy nak uruskan pasal Shein punya Birthday pulak.


Sedap Goreng Pisang Cheese ni. I jumpa secara tak sengaja. Pisang goreng panas-panas (sebab dia goreng bila kita order je), generous amount of cheese and takde manis sangat. PERFECT. RM6.00 je satu pack ni. Malam ni nak repeat lah.

Si CT yang introduce kedai makan ni, I jadik suka pulak. Gerai tepi jalan all the way nak ke Taman Kosas Ampang dekat dengan Mc Donald baru tu. Taktau apa nama kedai, tapi makan situ sedap and murah. Ada a few gerai ala-ala Thailand. Haritu I makan Tomyam Campur, Sotong Goreng Kunyit, Telur Dadar, Cendawan Goreng Biasa, Ikan Kembong Goreng, Milo Dinosaur 3, Fresh Orange 1, Watermelon Juice 1, Nasi 3, Pulut Mangga 1 = RM45.00 je wei. Bapak la murah! Dah la Pulut Mangga dia sedap. Bagi I, Pulut Mangga dia almost perfect. Nanti I share gambar gerai tu ok? Goodbye Suraya Seafood Kampung Baru.


Pulut Mangga. Wuuuuu Sedapnyaaaaaa!!

Semalam I dapat berita, kawan I punya kakak passed away. Meninggal sebab jatuh dalam toilet and ada internal bleeding dalam kepala. Mintak korang sedekahkan Al-fatihah untuk Arwah Kak Anne and doakan supaya Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. I tau Kak Anne Loved by many. Semua orang cakap dia baik. Down to earth, soft spoken and tak pernah marah. Bekas anak murid dia semua pon sayang dia and cakap dia baik. (Arwah Lecturer dekat UIA). Orang baik ni, Allah ambik cepat je kan? I ada kenal a few yang meninggal di usia muda and memang most of them jenis baik-baik semuanya. Nanti kalau I mati, ada ke orang ingat I and talk a nice thing pasal I kan?  Hurm... So ok lah. That's it for today bebeh. Sorry sebab takde specific cerita nak share. Random je. Korang pon jangan nak demand lebih-lebih. Konsep dia, apa I tulis, korang kena terima seadaanya. Paham? Kalau paham, bagus. Okbye.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...