Friday, December 8, 2017

Seafood Sedap dan MURAH di Dol Mat Seafood dekat Medan Selera Ungku Petri, JB

Assalamualaikum..

Haritu masa pergi JB , I makan dekat this one restaurant recommended by kawan ni nama Dol Mat Seafood dekat Medan Selera Ungku Petri. Masa update dalam Instagram I pon, ada Johorean cakap dorang pon taktau kewujudan restaurant ni. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa. I yang duduk KL pon tau.. Keh keh keh. Sini sedap wei, and harga sangat berbaloi. Masa sebelum dapat bil, Sazli cakap ‘Ni mesti ribu-ribu ni’ sebab kitorang pernah jugak makan Seafood macam ni lebih kurang lauk for a group ramai macam ni jugak and bill memang RM1000++.00 but masa kitorang makan sini cuma RM560.00 je siap 3 jug of Fruit Juice. Total lauk for 3 hidang each so memang murah la sangat. Seafood dia also fresh and rasa memang puas hati la makan. Service pon cepat giler and takde tunggu lama. I ada jugak Google pasal tempat ni tapi result macam tak berapa nak ada. But korang don’t worry, I akan provide nama tauke dia and if korang nak pergi, just call dia mintak share location. Better to reserve jugak la tempat sebab sini I tengok memang penuh and agak happening sebab siap ada Buskers as well. Hingaq la sikit but bersih and comfortable jugak. Base on Waze result ni, alamat keluar is Jalan Mohd. Amin 80200 Taman Tasek, Johore. So korang boleh Waze je alamat ni (kalau Medan Selera Ungku Petri tak keluar) or Call Tauke dia dekat 017-7481626 ok? Besungguh ni aku kasik semua info. Hahahaha. Orang JB kena pergi tau? Rugi tak pergi. Dia punya level puas hati tak tau nak cakap macam mana. S E D A P paham tak sedap? Eeee pakkal la JB. Kalau KL, malam ni jugak I repeat. Macam masa nak makan dekat sini, Auntie Tauke ni yang suggest semua lauk. I ikut je apa dia cakap sedap. Sebab yang dia rekemen semua popular dishes dekat sana. Wajib try is Crispy Honey Baby Squid. If tak makan yang tu rasa macam tak complete la visit to this Dol Mat Seafood ni.


Salted Egg Crab. Ketam besar, bukan ketam bunga yang cinonet tu. It’s ketam yang biasa kita makan dekat Chinese restaurant tu. Ketam Nipah. Puas hati giler. Cukup lemak, cukup rasa. Superb!



Yang ni pulak is Cereal Butter Prawn. Dia up sikit dari Butter Prawn. Kata Sazli nak macam ni lagi la Mama. Mana nak carik dekat KL? Hahahaha. Udang gemok. Sama size dengan lengan Ain. HAHAHAHA.


Siakap Stim. Pon sedap!


Siakap 3 rasa. Pooooon sedap. Eh semua sedaplah!


Yang ni WAJIB order ok? Crispy Honey Baby Squid. I tak pernah makan dekat mana-mana. Rasa rangup, lemak, manis, masin bergabung dalam mulut and meletop. Peerrrghhhh.


Kangkung Goreng Belacan.


Tomyam apa semua pon ada. Tengok semua lauk, takde satu pon berkuah. Hahaha. Sian anak Ustaz makan tercekik. I dengan Sazli memang jenis makan tak berkuah. Itu yang lupa nak order + rasa kalau order Tomyam jadik macam banyak pulak. Semua lauk ni kita buat 3 hidang. Itu pon rasa macam ada order Butter Chicken but naseb tak sampai. Hahahahaha. Kalau taka aja mampos nak mengabeskan semua. Ni pon kitorang banyak ratah je. Nak pecah perut sebab rasa macam flooded with foods. Tengok lauk satu-satu sampai rasa macam apeni, balas dendam makan kah? Hahahahahaha. Air kitorang order dalam jug. Orange juice and Watermelon Juice. 3 jug for RM80.00 and pon sedap! Ni bukan jenis yang kedekut buah ni. It’s real fruit juice. PUAS HATI. Nora kasik 5 bintang!


Ok. Ustaz baca doa dulu. Ustaz and Ustazah ni dedua cikgu. I dulu segan jugak sikit-sikit. Now tak berapa dah. Ustazah pon sporting dia sekarang. Dalam WhatsApp group pon dah rajin share gambar semua. Hehe.


Macam ni la suasana dalam Medan Selera Ungku Petri ni. Kedai dia banyak dari hujung sana, sampai hujung sinun. Semua pon penuh. Tu dekat belakang tu ada Buskers. So sambil makan, ada jugak entertainment.


Wei, ada Ikan Kerapu jugak la! Sotong, Lala semua pon ada. Korang boleh pilih nak yang mana. Macam I cakap earlier, price wise is Ok and affordable.

So warga JB apa tunggu lagi. Malam ni terus la pergi sana OK? Nanti kalau pergi sana jangan lupa cakap korang kawan Suraya. Entah Auntie tu ingat I ke tak entah. Hahahaha. Tapi I memang suka restaurant ni sebab 1) SEDAP 2) SERVICE CEPAT 3) VALUE FOR MONEY and Malay Business. Ni bukan typical Malay Business yang service lambat semua tu ok? Ni different. If nak dating borak romantic-romantik bukan kat sini la tempatnya. Sini konsep dia cakap jenis jerit-jerit je. Parking pon so-so. Takde susah sangat and takde senang sangat. Pesan I, if nak pergi dinner sini especially time cuti-cuti sekolah ni, better call dulu Auntie ni and buat reservation so that korang takyah tunggu lama. Ok? Lepas tu kalau makan sedap, janganlah lupakan dinda disini. Call 017-7481626 Ok? Sekian honest review dari I. Korang semua kena sayang I sebab I selalu share tempat makan best-best. Paham? Kalau paham bagus. Bak duit.

-eNd-

2 comments:

Tukang tulis said...

kak sue.. thanks..sy jd kan entry makan JB kak sue ni guideance ms g johor Xmas aritu...and also g mkn kt sini..REcommended la..sedapp..

Unknown said...

Thanks a lot coz ur support..
Please come again..can get disc..
Reasonable price..lot variety
Klu nk booking table ni no baru mil
018-8714626(cik wati)& 017-7910386(afiq)..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...