Monday, January 29, 2018

Kyochon, Cookies Subway and Intan

Assalamualaikum..


Dah lama dah tak pergi Pavilion. So last week kitorang pergi lah sebab nak makan Kyochon. Lepas tu Si Izzah tingin nak makan Subway Cookies. Subway Cookies kan murah dan sedap? Nak pulak kalau makan panas-panas. 3 keping baru RM5.00. I suka yang Double Choc dengan Choc Cookies. Ada juga Macadamia dengan White Chocolate. Intan la ni selalu buat I confuse. Macadamia jadik Macamadia. A few times jugak I termintak Macamadia. Kan ke vongoks tu? Confident je. Kalau Kaklong lagi ngek. Godiva jadik Govinda, Nachos jadik Chachos. Si Dyba pulak Bergedil jadik Girdle, Guava jadik Iguana, eh macam-macam la. Tu tak kira yang buat-buat bangang bila bercakap. Salmon jadik salmun, sushi jadik susi. ‘You are so rich’ jadik ‘You are so rist’ – lidah terkeluar yang jenis tak boleh sebut S tu. HAHAHAHA. Banyak main bebudak ni. Lama-lama jadik habit tau la. Tak pasal-pasal orang tengok lain macam sebab weird bunyik. Kaklong lagi la cakap kuat-kuat. ‘Kochep, nanti wastep’ Wastep = Whatsapp. Adeh. Kekadang cakap dalam lift yang orang ramai. Rasa macam nak masuk dalam kain orang. Hahahahaha. Ngek la. Anyways, tengok gambar ni, macam tingin pulak nak makan Kyochon. Ingat dulu first time makan, rasa macam tak tahan pedas dia. You know la Korean punya spicy, dia jenis deep yang tekak rasa nak terbakar tu. Melayu punya spicy, dia takat lidah je. But itu dulu, now kitorang dah hebat. Hebat sangat sampai now I dah ada gastric. Makan lambat je angin menggelegak dalam perut, lepas tu sendawa tak lepas, sudahnya muntah baru lega. I am so old. Tak tahan la hurt burn ni. Dulu pregnant 9 months menda angin tak lepas ni la buat seksa. Tu serik tu nak pregnant lagi. Tapi cita-cita anak nak 4. How?


Kitorang makan 4 orang. Confident order 3 jenis 16pcs/type. Banyak kan? So each type makan sorang 4 la. Total 48 pcs of drummet. Hoyeah! Yang ni Soy Garlic and Spicy.



Yang ni sedap. Fav Kaklong perrisa honey. Biasa yang honey dia lagi besar sebab crust dia lebih tebal. Yang ni habes 16 pcs kitorang ngadap.


Makan denmgan Nasi Goreng Kimchi + Fried Eggs.


Salad ni lebih kurang macam yang I selalu buat je. Tengok dia guna garden salad + tomatoes


Tudung by @be_anggunscarves macam biasa. RM25.00 sehelai. Boleh check out IG dorang and order terus dengan Tuan Tanah. I takde share dalam ini bizniz.


Izzah sekarang melawa ok? Tak lama lagi Malique Naufal dapat Adik la nampaknya (Now only 4 months)


Ni apa drama dua orang ni?


Siap makan, carik Subway Cookies. Makan pepanas. Perrrrghhhhhh!!

Intan dah 2 minggu on off pergi office. Dia dah abes exam dah. Minggu ni cuti lagi sampai minggu depan sebab holiday. Tu pasal dia selalu takde now kalau kitorang keluar. Lepas ni dia cakap dia dah tak boleh cuti sampai lepas raya. Dia cakap la. Intan ni bukan boleh percaya. Cuti 4 hari nanti tetiba je esok dah naik kapalterbang. Dia sorang pon jadik. Ni esok dia nak pergi Tokyo dengan Osaka for 9 days. Alone. Kata dia ikut local trip. I dah kirim beli Chocolate Royce dah dekat dia. Kat Jepun kan murah? Nanti boleh la buat spa chocolate. Tak buat makan dah, sebab dah banyak sangat. Biasalah eksyen. Hahahahahaha. For Intan, happy holiday. Makan susi salmun tu jangan la lupakan I disini. Untunglaaaaaaaaaaaaaaa dapat main snow.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...