Tuesday, January 30, 2018

Amverton Cove 2018 - Animal Island

Assalamualaikum..

This time kitorang pergi 2D1N je dekat Amverton. Macam last time pergi 3D2N. Dapat try all except for Aliah je tak dapat buat Paddle Boat. Padan muka! Wahahahaha. Tapi this time kitorang dapat main Paintball. Dapat one round. Padahal boleh je nak sambung, tapi semua dah semput and jenis dorang ni main macam nak membunuh betul so I sekejap dah keluar. Dari lebam-lebam badan, baik la surrender je. Menang bukan dapat 23 million pon. Untuk entry ni, I nak share yang kitorang boat ride pergi ke Animal Island. Entry lepas korang boleh baca dekat sini. Just untuk korang punya information, the Snake Show no longer available. Bagus la takde. Sebab I pon takot. Tingat last time lepas tengok Snake Show ni badan I macam menggigil lepas tu sampai ngingau-ngingaukan Ular. Takot! Actually takde apa pon, it just memang natural thing, kita manusia akan takut ular. Itu normal la. Tapi I tengok Shein ni, semua menda dia Ok je. Takde pulak takot. Sangat adventurous dia. Masa sebelum naik boat, I promise Altaav nanti kita tengok Pony tapi takde pulak, mana entah pergi. This time ada binatang lain. I pon taktau apa nama dia. Yg sekor tu macam Koala Bear tapi kecik. Shein sian letak dekat bahu paksa menda tu peluk dia sama macam dia selalu buat dekat Mama. ‘Nokom Sleep’ = Dukung Sleep. Hahahaha. Si Shein kalau dalam kereta suka la nokom sleep. Dah la berat 26kg, naik pecah dada I ni rasanya nak tampung berat badan dia. Lepas tu cakap ‘You so heavy’. Eh, kita pulak heavy. Ko la heavy T_____T


Geng Kunyit ni. Hahahaha. Hi Atig, I letak gambar you first. You suka kan?



Tak boleh la emak-emak nak ambik gambar ada je yang nak menumpang. 


Ingat tak I pernah cerita pasal Cici? Cici ni kelakar la. Dia kalau dengan I, asyik nak ketawa je. Cici ni bagus. Pandai handle budak kecik. Asal tengok budak nanges, cepat dia datang. Kata Aliah, suruh CT beli baby carrier macam dia, tapi CT taknak sebab dia cakap nanti Eva melekat dengan Cici je. Haha. Cici tu yang duduk in between Atig and Aliah. This is our group for this time.


Shein, Altaav and Adrieyl. Shein ni dia ada dah topi tapi sebok nak pakai Adrieyl punya sudahnya berebut and memasing nanges. Shein la selalu buat onar. Harap badan je debab, tapi jiwa lembut.  Kalah je nak nanges. Macam Abah dia jugak la. Haha.


Ok, sampai dah Animal Island!


Tak banyak sangat animal dalam ni. Ada la monyet, ayam, arnab and a few more jenis yang I taktau menda sebab dekat kampung I takde. Kalau Babi I tau. Haha. Nak kata Musang tak Musang. Entah. I kalau haiwan suka yang comel-comel je, sesuai la dengan I yang comel jugak ni. Ke tak? Ok takyah jawab.


Amenda la menda tu bisik dekat Shein. Probably 'Shein, sapa tu pakai baju belang-belang, macam Siti Nohaliza je I tengok?'


Shein Ok je. Dia je sorang yang pegang menda ni. I pon tak berani. I tak sure apa nama menda ni tapi if kita pegang, berbau hamis. Tu sebagai senjata dia la. Dia akan melepaskan bau macam kentot. Bau dia macam daging lembu tapi kuasa super saiya. Padu punya bau! Shein masa balik tu memang berbau haiwan. Hahahaha.


 Ni yang macam Koala Bear yang Shein suruh ‘Nokom Sleep’ tu. Comel!


Dalam Kandang ni Cuma Atig, Shein dengan I je masuk. Yang lain buat muka boring dekat kerusi. Nak nak si Aliah Ali. Muka lempeng sardine je. Panas la apa la. E!


 Adrieyl pon tak berapa suka sangat to hold animals. Semua tak sabar nak main Mini ATV. Ok dah. Jom balik!


Sebelum tu layan la Princess ni naik buat. ‘Lajuuuuu laju, buaiku lajuuuuu. Aku nak kawen dengan Anak Raja’. Abes Atig ko nak campak mana?

This time, kitorang spend tak sampai sejam dekat sini. Dulu jadik lama sebab tengok Snake Show. Bebudak pon dah tak boleh nak focus sebab memasing tak sabar nak main Mini ATV tu dah. Dengan Gym sebesar-besar alam melambai so semua dah tak boleh nak focus. Hahahaha. Harga untuk Boat Ride (Min 4 pax) for Public is RM20.00 and untuk In House Rate is RM15.00/person. Murah je. Duduk la berapa lama nak duduk dekat sini takde sapa nak marah. I suka jugak Animal Island ni sebab bersih and takde bau busuk apa. Imagine kalau bentang tikar kotak-kotak sambil picnic makan-makan best apa? Lagipon sini tak panas and redup je. Tapi kalau nak buat macam tu, tunggu si Aliah takde la. Dia tempat redup macam ni pon consider panas. Tak paham aku. Hahahahahaha.

Amverton Cove Golf and Island Resort
Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, 
Selangor,Malaysia

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...