Friday, January 26, 2018

Las Carretas With Ellis

Assalamualaikum..

Setelah 16 tahun tak jumpa Ellis, finally malam semalam dapat jugak jumpa dia. Manjang bizi. Phuket la, Krabi la, Chiang Mai la, Ipoh la.. E! Dia kalau ada Helper, memang panjang la langkah. I tanya Ellis ‘Mommy tak marah ke you asyik berjalan ke Baby?’ Lepas tu kata Ellis ‘Mommy tak larat nak marah dah. I buat pekak je’. Hati Kau kental Roy. Yang dia berjalan tu back to back ok? Balik 3 hari lepas tu jalan lagi. Hahahaha. Kalau I dah nak nanges dah sebab takot Mak marah tapi Ellis sejenis kebal or maybe bebal la perkataan paling tepat. Ellis ni memang tau? Kata Mommy dia, menjaga dia macam menjaga anak dara. Kena check pukul berapa dia balik everyday hahahahah. Adoi. I boleh imagine macam mana susahnya hati Mommy bila anak dara  balik lambat tapi korang tau kan jenis orang yang marah la macam mana pon, dia macam tak masuk dalam hati dia. Tak memberi apapa kesan. So baik takyah buang air liur marah sebab buang masa. Haaaa Ellis is one of them la. Tapi dia baik la. Contoh macam haritu masa nak dinner, dah janji ni nak makan sedap. Tetiba Ellis cakap ‘Baby, I kena beli susu Umar and Mommy suruh beli beras. Pergi Giant Ampang Point eh? I nak beli barang dekat sana. Dinner sekali je la Baby’. Tak terkeluar pulak bijik mata I menjeling dia? Hahahaha. Amenda nak bawak aku dinner Ampang Point? Taknaaaaaaaaaaaaaak!! I nak a fancy dinner. Kan dah promise? Tapi actually sini ok je. Ada Boat Noodle tapi I don’t want Boat Noodle. I nak makan kambeng! Si Ellis ni memang tau? Dah pakai cecantik macam ni, dengan dia pakai seluar kembang baju lengan kembang ala Mexico tetiba dinner = Ampang Point. Tak meroyan pulak I? Hahaha. I biasa datang Ampang Point pakai selipar jamban, seluar tido corak kotak-kotak, T-Shirt and tak mandi. Kah kah kah.


So finally, stick to our original plan. Makan dekat Las Carretas Ampang. I suka sini sebab dia Mexican Restaurant and sesuai dengan tema baju Ellis yang kembang lengan tu. Hahaha. Actually I suka sini sebab air dia semua sedap-sedap! Yang ni is Crusted Australian Lamb Rack. I mintak medium rare. Cooked perfectly! Sedap gilos! RM75.90 nett.



Kitorang order jugak Crema De Champinones. Gittew nama Mexican. Mat Saleh sebut Mushroom Soup je. Jangan lupa add Truffle Oil untuk enhance dia punya flavor. RM18.90 harga beliau. 


Ni bukan Pizza tau Dyba. Yang ni nama dia Tostadas De Setas. Ada button Mushroom dengan tomatoes and arugula atas roti tortilla. drizzle dengan Parmesan and garlic emulsion. Terbaik! DRM19.90


Close up sikit.


Dessert kitorang makan Brownies. Tak sedap sangat. So taktau harga berapa. Hahahaha.


Air kitorang ambik Virgin Margarita (My favorite) RM13.90 and Virgin Colada RM11.90 je. Moctails dekat sini memang SEMUA SEDAP. Dulu I pernah datang sini dengan Ellis untuk minum air je. Sebab sedap and murah. Moctails tempat lain harga takde dapat belas-belas macam ni. 


Ni Ellis ambik gambar I guna iPhone X dia. Eksyen betul. I pakai sehari je sebab WhatsApp tak back up sebab handphone I ni ada problem jadiknya tukar balik pakai henpon lama. So dok dalam kotak lagi sampai sekarang. Malas I nak fikir. Lantak la.


Tachiu Baby for the dinner, nanti tahun 2019 la jumpa eh? Ke acane?

I had a very wonderful night with Ellis. Sesekali catch up rasa macam tak cukup masa nak borak. TQ Baby… U tak boleh lupakan I walaupon you ada kawan ‘Ambank’ you Ok? Dah la bejalan je. Lepas tu bulan 5 nak pergi Melbourne pulak. Dia cakap last untuk tahun ni. I bagi sign F je. Hahahaha. Dah la takde menda langsung belikan I masa jalan-jalan kan? U memang. I ni pergi Langkawi pon belikan you coklat. Mana la keadilan dalam dunia ni. Ni pergi Melbourne I nak Pandora Ring. Dekat Malaysia mahal RM450.00 harga dia. I nak 10 sebab nak pakai semua jari. Ok? Understand?

Las Carretas
22, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Ko tengok? Dengan Beras, Minyak segala dia beli. Tu pon masa makan, Kaklong dia call suruh beli gula dengan garam. Hahahahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...