Monday, January 15, 2018

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Campur Kentang dan Kangkung.

Assalamualaikum..

Harini Siti Nohaliza nak share resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Campur Kentang dan Kangkung. Haaaaa rare kan resepi ni? Biasa orang campur Belimbing Buloh kali ni kita campur Kangkung pon sedap chu’olls. Resepi ni Khatig yang ajar. Bila tanya mana dia dapat, dia cakap dia ada makan dekat mana entah, dia dah lupa. Tak berapa tua dah lupa ko dah kenapa? I pon tak pernah terfikir orang letak kangkung dalam Masak Lemak tapi yang ni serious sedap bro. I agak ni mesti sedap sebab I masak dengan kasih sayang (Walaupon rasa macam nak menaga dengan Zairi and Sazli. Orang cakap beli santan segera dia bedal beli kelapa parut tu. Naseb baik ada Cici tolong perahkan santan hahahah). Daging salai 3 bungkus, santan dia beli sekilo je, mana la nak cukup? Menyirap je I. Dah almost masak rasa macam eh ni macam tak cukup kaw ni, kena tambah santan. Guna je la santan kotak, lagi pekat tapi kata Zairi kedai depan sana takde jual so dia and Sazli keluar beli santan. Balik bawak kelapa parut Ok? Tak M E N Y I R A P pulak kan? Hahaha. Naseb baik I punya assistant (Khatig) buat kerja hebat dekat dapur. Si Aliah dengan CT I dah halaukan suruh duduk hall, tak payah sebok-sebok dekat dapur sebab nanti I tambah stressed. Lia tanya ‘Maksu, ada apapa ke lagi nak mintak tolong?’ I jawab ‘Tolong berambus blah dari dapur sini. Ko pergi tempat lain’. HAHAHAHAHA. Kang nanti selang seminit tanya ‘Bila boleh makan Maksu? Bila bila bilaaaaaaaaaaaaaaaa?’ Sebelum kena telangkupkan semua bawang atas kepala beliau, baik leave me aloneeeeeeeeeeeee hahahahah. Untuk harini I share resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Campur Kentang dan Kangkung ni dulu eh? Yang lain malas nak share. Boleh eh cakap malas je? Eh boleh la. Blog I, suka hati I la. *datang la sombong dia tu. 



Daging Salai Masak Lemak Cili Api Campur Kentang dan Kangkung. Serious memang sedap. Sendiri masak, sendiri puji. Apa ada hal?



Bahan-bahan
  • Daging salai (CT beli dekat mana entah)
  • Cili Padi 20 tangkai *
  • 1 inch kunyit hidup *
  • 1 inch halia *
  • 6 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 batang serai - diitik
  • Sehelai daun kunyit
  • Sekeping asam gelugor
  • Sekilo santan + 1 kotak kecik santan segera
  • Segenggam kangkung
  • 2 biji kentang
  • Gula, garam 
Blender halus bahan yang bertanda (*)

Cara Membuatnya
  • Masukkan daging salai bersama serai yang dititik, daun kunyit serta bahan yang dah diblender halus. Gaul rata dan tuangkan santan. Masak la sampai mendidih and daging lembut. If let say warna tak cukup cantik, boleh la tambah sikit serbuk kunyit supaya kita lebih bersemangat nak makan tengok kaler kuning meriah
  • Half Way boleh masukkan kentang
  • Masukkan asam gelugor and biarkan sekejap
  •  
  • Lepas tu masukkan santan kotak. Adjust kepekatan kuah ikut cita rasa masing-masing
  • Perasakan dengan gula dan garam. Masak sekejap dengan api perlahan
  • Tutupkan api dan masukkan segenggam daun kangkung. Goyang tetek. Siap! Haha.

Senang je kan? Lawan dengan sambal ketuk and nasi panas + ulam-ulam samadengan PENGSAN. Selamat mencuba! Kbye

-eNd-

2 comments:

Mommy Cici said...

thanks for sharing Kak Su. dapat idea dah nak masak apa weekend ni. . baca je pun dah nak pengsan ni. yumms

Chooyaya! said...

mommy cici : jgn la pengsan plz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...