Friday, January 5, 2018

Sapa Nak Join I Bagi Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran?

Assalamualaikum..

Korang ada baca tak pasal kebakaran dekat Kg Baru last week? Ada 15 rumah terbakar and one of the rumah tu, kawan I kenal. Cleaner yang bekerja dekat tempat dia stay. Kesian sangat. Semua barang dekat dalam rumah dia habes musnah terbakar termasuklah duit untuk dia renew permit kerja. Sehelai sepinggang. Baju uniform yang dia pakai tu je yang dia ada. Dia ada anak umur 5 tahun, dah masuk sekolah dah. Sebaya Shein. Kak Yati cakap, dia bersyukur anak dia selamat walaupon takde apa dah yang tinggal. Kesiannya.. Kesian dia kerja penat-penat and lepas tu semua habes terbakar. Imagine kat mana dia nak tinggal dengan baju semua takde, duit pon terbakar. Ya Allah…. Tak boleh imagine I especially bila fikir pasal anak dia yang sebaya Shein tu. Mesti banyak duit yang dia nak guna untuk cari tempat tinggal and sediakan basic thing untuk dia dan anak dia. Penat kerja simpan duit, lepas tu habes musnah terbakar semua. I believe mesti tough hidup untuk dia dan anak dia sekarang ni. I manage to get Kak Yati punya bank account number. Let say kalau korang nak bagi sumbangan apapa, InsyaAllah I boleh sampaikan terus pada Kak Yati or korang boleh email I untuk I bagi handphone number dengan Bank Account dia if let say korang nak berurusan dengan dia directly. Nak publish dekat sini kang takot pulak kot ada apapa hal, sian dekat Kak Yati.



Kebakaran di Kampung Baru pada 29 December 2017. Photo taken from here.



One of the victims is Kak Yati and anak dia,



I tau readers I semua baik-baik. Ingat tak apa I selalu pesan? Be Kind and Have Courage? Buat baik tak kisah lah pada sesiapa pon. Jangan kira agama, bangsa, keturunan semua. Kita semua kan makhluk Allah? Disisi Allah kita semua sama je. Takde pon dia cakap Orang Malaysia Bantu Orang Malaysia je. Foreigner tak payah tolong. Bantu lah sesiapa dalam kesulitan dan kesusahan InsyaAllah nanti bila masa kita susah dan dalam kesulitan, InsyaAllah urusan kita pulak dipermudahkan Allah. Kan? Bantuan tu pulak jangan diukur dengan berapa nilai yang kita bagi. Sikit pon takpe, asalkan ikhlas. OK? Lagipon kalau kita bersedekah, pintu-pintu rezeki kita lagilah terbukak luas. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita akan dapat. Lebih-lebih lagi kalau kita bagi bantuan pada orang yang benar-benar memerlukan. Macam I la, tingin sangat nak Macbook Air. Kot ada sesiapa yang kesian boleh jugak bagi sumbangan. Hehe. Eh macam tu pon boleh ke? Gurau jeeeeeeeeeeeeeee.

I nak share sikit hadis pasal sedekah.

Nabi SAW bersabda:
Bersedekahlah kamu sekalian, karena sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka“.
Bersedekah itu tidak hanya harta, jika memiliki makanan, pakaian, atau hal apapun yang bisa bermanfaat untuk orang lain juga termasuk sedekah.
Nabi bersabda: “Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma“. (Muttafaqun ‘alaih)
Sedekah dapat memadamkan panasnya alam kubur
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya“. (HR. At-Thabrani)
Sedekah dapat menambah harta kekayaan
Jangan takut berkurang rezekinya karena bersedekah. Karena sedekah itu akan meluaskan, melapangkan dan membuka pintu rezeki. Nabi bersabda: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah“.
Allah SWT berfirman dalam QS. Saba ayat 39: “Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki“.

Banyak kan manfaat yang kita dapat dengan sedekah? Hatta dengan bersedekah sebiji kurma pon dapat jauhkan kita dari api neraka. Tak dapat sedekah banyak, sikit pon takpelah. Lebih-lebih hari Jumaat macam ni. Penghulu segala hari. Sekian perkongsian dari Ustazah Siti Suraya. Ok dah. Kalau sesapa nak bagi sumbangan atau bantuan kepada Kak Yati boleh email I dekat surayasulatin@gmail.com Ok? Nanti I akan share No HP and Acc Bank Kak Yati. Semoga dengan bantuan kita yang sedikit, akan bantu Kak Yati dan anak dia meneruskan hidup dengan lebih selesa. InsyaAllah.

-eNd-

No comments: