Showing posts with label Pesanan Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Pesanan Khidmat Masyarakat. Show all posts

Friday, January 5, 2018

Sapa Nak Join I Bagi Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran?

Assalamualaikum..

Korang ada baca tak pasal kebakaran dekat Kg Baru last week? Ada 15 rumah terbakar and one of the rumah tu, kawan I kenal. Cleaner yang bekerja dekat tempat dia stay. Kesian sangat. Semua barang dekat dalam rumah dia habes musnah terbakar termasuklah duit untuk dia renew permit kerja. Sehelai sepinggang. Baju uniform yang dia pakai tu je yang dia ada. Dia ada anak umur 5 tahun, dah masuk sekolah dah. Sebaya Shein. Kak Yati cakap, dia bersyukur anak dia selamat walaupon takde apa dah yang tinggal. Kesiannya.. Kesian dia kerja penat-penat and lepas tu semua habes terbakar. Imagine kat mana dia nak tinggal dengan baju semua takde, duit pon terbakar. Ya Allah…. Tak boleh imagine I especially bila fikir pasal anak dia yang sebaya Shein tu. Mesti banyak duit yang dia nak guna untuk cari tempat tinggal and sediakan basic thing untuk dia dan anak dia. Penat kerja simpan duit, lepas tu habes musnah terbakar semua. I believe mesti tough hidup untuk dia dan anak dia sekarang ni. I manage to get Kak Yati punya bank account number. Let say kalau korang nak bagi sumbangan apapa, InsyaAllah I boleh sampaikan terus pada Kak Yati or korang boleh email I untuk I bagi handphone number dengan Bank Account dia if let say korang nak berurusan dengan dia directly. Nak publish dekat sini kang takot pulak kot ada apapa hal, sian dekat Kak Yati.



Kebakaran di Kampung Baru pada 29 December 2017. Photo taken from here.

Monday, April 3, 2017

Bantuan Untuk Hafiz Mohd Hanafi

Assalamualaikum..

Semalam Sazli bagitau I, ada sorang kawan sekolah rendah dia nama Hafiz Mohd Hanafi now ada masalah jantung and memerlukan dalam lingkungan RM65,000 (Dari jumlah asal RM68,900) untuk tampung cost pemasangan alat CRTD/Peacemaker. Now dia ada dekat Hospital Serdang. Sedih pulak bila dengar. Yerla, umur muda lagi tapi dah terlantar sakit macam tu. Ada keluarga untuk ditanggung lepas tu sakit kronik pulak. I pon haritu tau dari Lien Latif (Tauke Event4u) punya FB. Kata Sazli, if I share dekat Blog maybe boleh la panjangkan kisah ni and probably boleh bantu Hafiz untuk dapatkan dana beli CRTD tu. Kisah sakit Hafiz ni bukan setakat dia nak bantuan ni je tapi dah lama dia sakit and kisah hidup dia is more than that. Hafiz sakit since tahun 2015 lagi. Mula dari pembedahan paru-paru untuk buang 9 inch darah beku pada April 2015 sampai la sekarang masalah jantung pulak. Dah lama dah dia terlantar dekat hospital. Dari cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji sampai lah sekarang cuma dapat wang ehsan je. Kesihatan macam tu, pergerakan pulak terbatas. Dulu ceria boleh bergurau senda dengan anak-anak sekarang boleh tengok je. Imagine kalau macam tu terjadik pada kita, macam mana lah ye? Tengok anak-anak berlari mesti teringin nak main sama-sama or at least dapat peluk bila nak tido. Sekarang dia dah tak mampu nak buat semua tu… Jangan kata nak timang tinggi-tinggi hatta nak raih anak and dakap pon dah tak mampu.

Hafiz Mohd Hanafi dan masalah kesihatannya yang memerlukan bantuan dari kita semua untuk at least bantu dia dapat better life dengan isteri, anak-anak dan keluarga

Wednesday, December 31, 2014

Tiga Jenis Orang Yang Tidak Boleh Diajak Berbincang

Assalamualaikum..

Haritu I terbaca dalam status FB Fiezul, and rasa macam betol la hoi! Memang paling betul statement dia. Kata Fiezul, 3 jenis orang yang tidak boleh diajak berbincang. 1) Orang yang mengantuk 2) Orang yang tengah lapar 3) Orang yang sedang bercinta. 

Betul la Fiezul! Dia semenjak kawan rapat dengan Ustaz Ismail Kamus ni, dah makin 'berisi' dengan pengetahun. Fiezul ni memang rare la. Susah nak dapat ongbujang macam dia sekarang ni. Dah la hensem, rajin pergi masjid, rajin pergi dengar ceramah agama, hebat bersukan, menari traditional pon pandai (yang ni bonus. Hahahaha) tapi tu la, tadek GF lagi. 

Kata dia payah sebab Kaksu pesan, 'Pijoi, hang kalau nak carik GF kena up to Kaksu punya spec'. Tu yang susah tu kata dia, sebab yang lawa-lawa semua dah ada bf. Yang ada pon tinggal Intan je la. Hahahahha. Yang tukang bagi spec tu macamkan hebat sangat pon. Hahahah. Bongok la Fiezul!

So berbalik pada yang Fiezul cakap tu. I elaborate ok? 3 jenis orang yang tidak boleh di ajak berbincang.

1) Orang Yang Mengantuk

Dah kalau mengantuk, apa orang cakap memang la tak masuk dalam kepala. Buat habes ailio je. Duluuuu masa I zaman becinta dengan Sazli, ada masa I mengadu la pasal ketidakpuasan hati I pada kehidupan, dia pulak rajin la melayan. Time tu cakap over the phone la. I tak sedar time bila I tertido, tau-tau je dah pagi. I boleh je tido time dia bagi nasihat siap pagi tu I sendiri lupa apa yang Sazli dah cakap pada I. So mengajak orang yang mengantuk untuk berbincang/menasihat ni kerja sia-sia sebab yang dia tau nak tido je. Kalau time ni kena maki berbakul pon takder der nak kisah ke apa, sebab yang penting tidooooo. Hahahha.

2) Orang Yang Tengah Lapar

Hoooooohohoho. Yang ni jangan carik pasal. Orang yang tengah lapar ni kalau tak kena gaya, menda tadek apa pon dia boleh jadik hangen satu badan. Sapa pon kan? Sebetulnya bila tengah lapar, mengantuk, oksigen kurang dalam otak. So mana boleh input nak masuk dalam kepala. Energy pon dah tadek. Dah tu acane? Seeloknya kalau nak ajak berbincang, bagi dia makan dulu. Perut terisi biasanya kiter akan gembira. Macam ha.... Dah makan, dah settle down, so meh sini I nasihatkan you. Kan? Yang tu lebih baik. Sebab I pon kalau tengah lapar memang nak marah orang je. Jenis pulak yang kuat makan macammmmmm. Macam sape? Macam nko la!

3) Orang Yang Sedang Bercinta

Yang ni paling epic among all. Sebab cinta itu butaaaaaaaaaaaaaaa. Ko nasihat la macam mana, takde der dia nak insaf. Hidang la depan mata dia berjuta kesusahan kalau dia teruskan dengan orang yang dia tengah bercinta ni, memang satu pon takkan masuk dalam hati dia. Lautan api sanggup direnangi kekdahnya. So mengajak berbincang dengan orang yang sedang bercinta ni adalah sesia. Dia je la sorang yang betul. Kalau dia nak sedar pon, adalah dari diri sendiri. Kot korang rasa time korang nasihat tu dia macam sedar sekejap, jangan la berharap yang kesedaran itu akan berkekalan lama sebab possibility untuk dia kembali pada diri dia yang sebenar adalah amat tinggi. Pendek kata, sedar la 2 jam lepas tu dah. So, sia-sia.


So, betul tak apa yang I share ni. Kalau betul cepat Hi-5! And bak uweeet. Fiezzzulll nak uwet! Anyway, thank you untuk perkongsian ni. Hang dengan Napie suka la kang sebab dinner postpone, so A-go-go dancing pon takde la dah. Hahaha. Si Napie siap cakap 'syukur' bila Ira bagitau dalam group yang dinner postpone. Tapi takyah nak suka sangat la Pijoi. Postpone je. Bukan cancel pon. Hahahahha.

-eNd-


Sport man Fiezul ni. Bagus. Lelaki kena bersukan, baru nampak sexy.


Takat mengayuh 80km apa ada hal? 


Sejuk perut Ibu Mengandung. 

Tuesday, November 18, 2014

Toilet and Transgender

Assalamualaikum..

Memetik laporan dari Malaysiakini.com mengenai Mahkamah Rayuan iktiraf hak transgender (laporan penuh klik sini), dimana Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman keatas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan bermakna secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpewatakan dan berkelakuan seperti wanita. 


I know macam lambat dah nak ulas pasal issue ni. Dah basi. Dah more than a month pon. Tapi takper la, nak bincang boleh jer lagi kan? Biasa lah Malaysia memang macam ni. Semua ikut trend and bermusim. Semua hangat-hangat tahik ayam sahaja. Dulu sebok dengan banned Barangan Israel. Siap ada yang makan nasik lemak dalam Mc D la, pastu order dekat drive thrue lepas tu pergi maki budak Mc D yang amek order tu la and sekarang dah tadek apa dah. Banyak je yang makan KFC Mc Donald balik (ehem-ehem) lepas tu ramai je yang beratur dari malam jejak ke pagi sebab nak jadik antara yang terawal memiliki iPhone 6 di Malaysia dekat Blue Cube Sunway Pyramid. Kan? Dulu kata takkan beli la apa la… Haaaaaa… Acane?

Lepas tu trend pulak pasal Mangga Asam Boi. Lepas tu Issue Transgender and now tengah meletop pasal suami curang skendel dengan janda sebab isteri dah busuk. Sana sini hangat bincang pasal tu. I memula ada la rasa macam nak komen tapi malas pulak. Bukan tak kisah tapi kekadang pendapat kiter ni kalau disalah ertikan nanti dah jadik medan bergaduh. Malas laaaaaaaaaaaaaa. Baik cerita pasal Shein and makan. Lagi best. Kah kah kah.

Yang pasal issue transgender ni pon sebab I nak share komen-komen dekat FB I bila I up status pasal toilet. Simple. Takyah susah-susah nak fikir yang complicated issue transgender ni. Pasal toilet jer. So, sebab Malaysia dah iktiraf transgender, maknanya lepas ni kiter kena share toilet dengan dorang ke macam mana? Which toilet they supposed to go? Toilet Lelaki ke Toilet Perempuan? Ha… Cane?

I pon ada je kawan-kawan dalam golongan ni. Tadek hal nak kawan. Ok jer. Selagi dia baik, mulut tak macam cilaka melaga-laga kan orang and tak ganggu hidup I, I ok jer. Transgender ke, lelaki ke, perempuan ke sama jer. Ada yang baik, ada yang jahat. So jangan la kiter sesenang nak label asal transgender jer jahat. Asal transgender jer pekerja sex. Jijik dan membawa penyakit. JANGAN. I tak menyokong tapi jangan kiter buka aib sesame manusia. Biar dia deal dengan Allah jer. Doa kan yang baik-baik agar mereka mendapat Hidayah. Tu lebih bagus dari kiter mencaci menghina secara terang-terangan. Kang I cakap macam ni kang, ada pulak kata I subahat. Haih. Susah kan?

So back to our topic tadi. Bila I baca balik komen, nak gelak pon ada. Semua bangang sekor-sekor. Si Apai la paling bongok. Dia kata tak kasik Transgender kongsi toilet dengan lelaki sebab nanti takot kena rogol. Bongok la Apai. Hahahha. Nah, korang baca. Macam ni la I sayanggggggggggg sebab tadek gaduh-gaduh.

But sebelum tu ada komen dari Kak Lenny yang seorang doktor. Kata dia, Transgender ni term Mat Saleh. Bukan orang Islam. Transgender dalam Islam ialah Khunsa. Khunsa ni dilahirkan ada 2 sex organ, so dalam Islam untuk elak dari confuse he or she kena pilih either to be a women or a man dan tak boleh jadik dua-dua. Kalau sex organ lebih cenderung kepada lelaki, dia mesti jadik lelaki. Hidup, berpakaian dan amalkan cara hidup seperti lelaki. Bukan rasa nak jadik lelaki so dia pilih jadik lelaki or bukan rasa dia nak jadik perempuan so pilih nak jadik perermpuan.

Mat Saleh pulak cakap, Transgender ini ialah kecelaruan identity dimana seseorang dilahirkan mempunyai sex organ normal but they tend to choose the opposite gender. Transgender, homosexual, bisexual semua ni adilah penyakit or disease which must be treated properly in Islamic and medical way. These entire problems are from psychiatry actually. **Mulut melopong.

So jom tengok apa dorang komen pasal issue toilet and transgender ni. BTW, yang Yasmin ni is my ‘transgender’ childhood friend yang kerja kapal gaji banyak giler. 5 angka sebulan sesenang je dia nak dapat. Lepas tu dia amek cuti tanpa gaji and balik kampong jaga Mak dia. Jaga mak dia tu ialah buatkan rumah yang selesa untuk Mak dia, masakkan, suapkan nasik, mandikan, pakaikan baju Mak dia yang sakit and tak boleh urus diri sendiri. Sampai duit simpanan dia dah menyusut, then dia kerja balik. So adik-beradik dia yang lain pulak jaga Mak dia. Dia buat semua tu. SEMUA. Kekadang I rasa, kiter yang perempuan pon kadang-kadang tak boleh nak buat macam ni so mintak tolong readers I jangan judge dia ok? Doakan yang baik-baik je untuk dia semoga satu hari nanti, Allah bagi Hidayah terus dia jadik lelaki macho gagah perkasa. Aminnnnn…..

-EnD-


\


Ini status I


Kata Kak Tini, dia tak boleh nak hadam dalam otak pasal share toilet dengan golongan ni. Sebab bagi dia, lelaki tetap lelaki. Next!


Sarah kata, dari segi security tak ada. Kata la kalau ada lelaki yang menyamar jadik transgender and lepas tu masuk dalam ladies, tak ke bahaya? Buatnya dorang pervert ke kan? Make sense Bb. I up gaji U. 


Kata Diana Green Apple,  dia tak kisah pon share toilet dengan transgender. Bukan masuk toilet sama-sama janji jangan pengotor. Lepas tu dia musibatkan perempuan yang letak pad atas rentokil. So padan muka perempuan pengotor dah dapat musibat. Yang ni I terpaksa setuju. Eeeuwww geleman. 

Kata aD pulak, Sebab kiter boleh tengok tetek dia, tapi dia tak boleh tengok tetek kiter. Hahaha. Bongok aD. Kesitu pulak. Tapi memang betul. Aurat kan? Sebab kat toilet la biasa nak betulkan baju la, butang la. Kang nampak tetek dah dosa.


Pastu Apai sebok nak komen, kata dia kaum lelaki takkan benarkan Transgender share toilet dengan dorang sebab nanti dorang kena rogol acane? Apai ko dah kenapa? Ko kan lelaki sejati, takkan la transgender pon kalah kot???? Mungkin Apai goyang sebab transgender ramai yang makan sos cili. Menurut kajian peribadi Maksu, sapa makan sos cili laki kuat dari yang makan sos tomato. Haha. 

Lagipon Apai, Taste trangender kekadang melebih kiter wanita sejati. Nak lelaki yang perfect. Dorang only consider yang smart, intelligent man for more intellectual talk, (kau dah out Apai so tak payah risau kena rogol). Lelaki yang suka membaca dan berfikir, ATHEIST man, rugby player sebab 'rugger' born to be tactical person. Look bukan priority but yang penting BETIS KERAS. So Apai cuma ada BETIS KERAS aje. Ko bukan taste Transgender. Haha.


Rlong Chuya plak cakap No. Dia kata kena back to Islam. Yang ni ramai yang komen serupa.


Last but not least, Kak Shina share pasal maksud khunsa and transgender.

-End-

Monday, October 27, 2014

Anak Cermin Diri Kita Sebenarnya

Assalamualaikum..

Semoga hari ini akan jadi hari yang lebih baik lagi dari hari-hari yang lepas. Semoga kiter terus diberi kekuatan untuk menangkis semua aura-aura negative dalam hidup. And for myself, semoga terus diberi kekuatan dan lebih kesabaran untuk membesarkan Shein. Untuk kesilapan yang pernah Mama buat sepanjang membesarkan Shein, semoga Allah ampunkan Mama and semoga lepas ni Mama akan jadik lebih sabar lagi. No more tarzan-tarzan. Mama pernah berjaya satu masa dulu and why not teruskan kejayaan tu sampai bila-bila kan?

As manusia biasa, kadang-kadang I admit, kesabaran tu depends on situation. Bila dah serabut over something else, mula la kesabaran melayan Shein punya karenah menipis. Banyak contoh, tapi malas nak ingat. And bila baca article yang Adik Dyba share ni buat I think twice. Betul. Macam mana didikan kiter pada anak-anak, itulah yang dia akan jadi. Bila Shein tengok Mama selalu  moody over menda-menda kecik, so itulah yang dia akan jadik. Anak kiter, ialah cermin diri kiter sebenarnya. Kan?

Mana yang boleh baiki, kiter baiki. Yang perlu ubah kiter ubah. Cuba sikit-sikit. Tak perlu drastic sebab nanti macam tebiat nak mampos mati plak. Haha. Slow-slow takper, tapi konsisten. Yerlah kan? Shein makin besar, makin banyak akal. Kekadang sakit dada nak menegur dia jangan panjat sofa, nanti jatuh. Jangan bukak tutup laci kuat-kuat nanti tangan tersepit. Jangan lari laju-laju dalam rumah nanti jatuh, langgar meja semua kepala bocor baru dia tau, jangan pecahkan make up Mac Mama, jangan ambik telur dalam peti ais lepas tu sepak macam bola and many more of jangan.

Kadang-kadang tu jadik tinggi suara sebab kiter risaukan perkara buruk berlaku pada dia. And nak control tantrum some more bukan tugasan mudah. Syukur dalam tinggi suara I, Sazli pulak back up dengan kesabaran dia. Alhamdulillah. Kalau dah Sazli pon sama naik hantu macam I, Shein taktau la macam mana. Thank you Papa for indirectly help Bubu. Itu pon dah tolong namanya. Sazli pon bila I dah tarzan dia diam je… Dia mungkin tau yang I pon dah banyak sabar dengan Shein.

Nakal budak 20 moths kan? Tau la macam mana. Level dia tengah nak explore all things. Ikut kepala dia je. Tak diikut nanti marah. Macam tu la. Takper. Korang baca article ni. Kita sama-sama ubah and perbaiki mana yang patut. Ingat pesan I, Ubah sikit-sikit takper. Janji konsisten. Jangan berubah 360 darjah lepas tu meletop  blast segala naik tangan dekat anak pon tak guna jugak. Ok? Kiter sama-sama. Untuk yang dah memang lahir penyabar takpe. Ini untuk sepsis-spesis kuat meroyan macam I je. Kah kah kah. Lekas give me five!


Credit to Syed Putra Haizam Page on FB
Satu hari, anak lelaki saya umur 3 tahun dimarahi oleh umminya. Masa tu dah hampir jam 12 lebih tetapi anak saya ni masih aktif bermain. Umminya minta dia untuk dia masuk tidur. Dia enggan dan teruskan bermain. Saya tidak tahu apa yang berlaku, tiba-tiba dia terus berlari ke dalam bilik tidur. Masa tu, saya ada dalam bilik tidur tu. Dia masuk dan terus menghempaskan pintu. Dalam keadaan bilik tidur yang gelap, dia kemudiannya menarik kerusi, sambil mendongak ke syiling rumah. Saya memerhati dari jauh dengan hairan “Apa hal pula dengan budak ni?”. Setelah meletakkan kerusi itu pada satu kedudukan yang dia sudah berpuas hati, dia terus duduk di atas kerusi tersebut. Kedudukannya menghadap kiblat?!. Tiba-tiba dia mengangkat takbir sambil menyebut “Allahu akhbar!”. Subhanallah. Dia solat 2 rakaat dalam keadaan duduk atas kerusi?
Setelah selesai memberi salam, dia mengangkat tangan berdoa dan menyapu muka. Setelah itu, dia kembali menolak kerusi ke kedudukan asal dan terus datang baring tidur disebelah saya, Dia peluk saya. Dalam hati saya “ Masya Allah, mana dia belajar semua ni?”. Baru saya teringat, rupa-rupanya apabila saya pulang ke kampung isteri saya di Sungai Buaya, setiap hari biasanya tepat jam 2 pagi, bapa mertua saya akan bangun untuk menunaikan solat tahajud. Biasanya, setiap kali bapa mertua saya bangun untuk solat tahajud, anak saya akan terbangun. Ini kerana, bapa mertua saya berjalan menggunakan tongkat disebabkan oleh sakit lumpuh. Bunyi derapan tongkatnya menyebabkan anak saya selalu terbangun ditengah malam.
Anak saya akan meluru ke dapur dan memerhatikan bapa mertua saya menunaikan tahajud. Hari ini dia telah tiru-tiru datoknya solat tahajud. Subhanallah. Wahai ibu bapa jaga akhlak di depan anak-anak kita, mereka sedang memerhatikan kita. Mereka akan buat apa yang kita buat. Kalau kita pemarah, anak kita akan ikut jadi pemarah.
Kita selalu hairan, kenapa perangai anak saya macam ni, kenapa macam tu.. tengok2 balik.. rupanya, apabila suami lalai dari perintah Allah, isteri mula tidak taat pada suami, anak2 mula derhaka pada mak ayah.. keluarga menjadi kucar kacir.. ummat jadi tenat.. negara jadi mundur.. rahmat Allah xdtg.. bala mula turun..
Cerialah depan anak-anak. Tegur mereka dengan hemah dan kasih sayang. Tahan marah dan sabar dengan mereka. Memang pahit. Tapi, yang pahit itulah bila ditelan menjadi ubat dan penawar. Dunia dah tak lama. Nikmat bersama mereka juga sementara. Jadikan mereka anak-anak syurga. Akhlak anda dengan mereka hari ini penyebab akhlak mereka esok. Bersabarlah dengan mereka.
ya Allah kurniakan taufiq kami utk dtg pada amal agama yg sempurna dalam kehidupan kami dan ummat ini, ini semua salah kami.. kalaulah Nabi saw masih ada dgn kami..
Aminnnn…..
-EnD-
A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on
One of contoh perbuatan Shein ikut I. Bila time sapu sampah, kemas rumah muka serious je. And automatic jadik sombong. Orang panggil pon buat tak layan. Haaaaaa kan???