Monday, February 5, 2018

Apeni Sedap Sangat???

Assalamualaikum..

Semalam lepas pergi Tasik Titiwangsa (yang Shein moody all the way sebab I tak kasik pakai seluar Superman), kitorang makan dekat Suraya Seafood Kampung Baru. Sini memang all the time pack. I nampak ada a few dah Suraya Seafood ni. Kaya betul dia. Dah la nama nak Suraya je, sama dengan I. Bila mintak discount sebab nama sama, dia tak kasik pulak. Berani betul dia kan? Hahahahaha. Eh betul. Suraya punya franchise ni I nampak ada satu dekat area luar tu ‘Suraya Classic’ kot? Tak berapa sure and Suraya lagi satu yang dekat area Masjid Kampung Baru lepas tu Suraya yang Siti Nohaliza pulak dekat Ampang. HAHAHAHA. Bahan diri sendiri tak kelakar okbye. Ok ok. Sini memang kata kalau nak makan ala-ala Thai, sini la tempat dia. Memang layan habes and Pulut Mangga kalau nak makan, mai sini lah. But rasa takde 100% sama macam dekat Phuket. Nak sama macam dekat Phuket kena pergi sana la kan? Dekat sana perrrrrggghhhh perggghhhhh perrrrrrghhhhhh. Ok anyway, semalam I ternampak kakak meja sebelah makan yang Satay Ikan Thai sama sebijik macam yanG Atiq beli dulu Cuma dekat sini dia takde pulak makan dengan sebiji lada macam dekat Thailand. Rindu woh! I terus selamba tanya, mana dia beli. Rupanya ada yang dekat sebelah orang buat Somtam sana. Makanyaaaaaaaa.


Zaaappppp I ambik 3 terus. Ikan (yang 4 segi tu), beef ball and hotdog. Semua ni harga RM6.20 je. Murah!

Memang sedap OMG tak sangka ada sedap macam ni dekat Malaysia. Rasa macam terubat rindu je. Next time datang sini, I nak beli lagi la. Ada macam-macam jenis lagi macam Tomyam Hotdog jugak. Yang tu I takde rasa lagi but if korang baru first time makan, ambik yang 4 segi tu la. Sedap gileeeeeeeeeeeeeeeeer! Adoi, memang kena repeat ASAP la ni. PERHATIAN KEPADA ALIAH AND KHATIG sila balik KL cepat. Bejalan je kerja. Bawak aku makan dekat sini cepat! Lepas tu dekat area sini ada Air Avocado Coklat jugak. Boleh tahan la sedap beliau. Eh, Kampung Baru ni I rasa dia punya happening bila time malam dah lain machiam laaaaa. Orang KL tak datang sini memang rugi but kena tahan la dengan hazab nak parking. OK? Nak makan sedap kena la bersusah payah sikit. Ye dak? Okla. Tu je nak citer. Okbye.


-eNd-

No comments: