Tuesday, February 6, 2018

Majlis Aqiqah Anak Kedua Fouziah Gous - Zaheen Yusof

Assalamualaikum.

27 Jan lepas I bawak Shein, Dyba and Aurel pergi Majlis Aqiqah and Kesyukuran untuk anak second Poja (Zaheen Yusof) dekat rumah dia di Bukit Jelutong. Sazli takde, dia balik kampung dengan Bapak untuk ganti batu nisan Arwah Tok so haritu I handle Shein alone la sampai la esoknya and Alhamdulillah we survived. Shein kalau dengan I berdua je, takde masalah tapi kalau ada Sazli memang la akan jadik 24/7 bergaduh dengan dia sebab nanti dia akan carik pasal. Taknak mandi, taknak pakai baju, taknak gosok gigi, taknak jalan, taknak basuh berak u name it. Paling kongang dia mintak dukong sebab tiba-tiba he cannot walk *rollingeyes. Lepas tu bila I dukong dia cakap ‘You so heavy’. Ewah kita pulak yang heavy? Hahahaha. Shein tu almost 25kg ye? Kekadang dengan bag dia, handbag I dengan nak dukong dia semua memang boleh mengundang kakiku kemukamu jugak. Hari Sabtu tu I dengan kebaya butang depan semua, dia nak dukong ko ghaser? Sekali zapppp Shein tarik maka zraaaaappp terbukak la butang semua dekat depan memang lepas tu buat Tiger Show jer terus, senang. Tapi malam confirm ngigau. Hahahaha. Shein memang kalau dengan I agak ‘panas’ sebab tu if weekend kita bertiga ada dekat rumah nanti Sazli pesan ‘Nkorang berdua TOLONGLAH jangan bergaduh. Tak aman la Abah nak tido.’ HAHAHAHAHA. Stressed member. Sazli cakap kalau I dengan Shein gaduh, dia stressed lepas tu cepat mati. Ala, taknak la….. Jangan la mati pwease? Masa Sabtu tu elok je Shein bersiap dengan I. Sazli dah letak car seat dalam Snow White so senang la Shein dalam kereta. I memang depending on car seat bila dengan Shein. Kena ada then only baru I confident nak bawak kereta. Shein kekadang dia hilang ingatan pon ada. Dia fikir dia baby so dia nak duduk atas lap I time I drive T_____T So masa Sabtu tu dari Ampang – KJ – Bukit Jelutong – Royale Chulan KL. Masa nak ambik Dyba tu I guna Waze and Waze this time co-operate with me. Kekadang Waze pon perangai sama macam Shein, suka carik pasal. Tetiba no GPS. Kentot dia? I dah la memang tau jalan Ampang je. I ni kalau takde Waze memang tak sampai mana-mana la. Serious.


Dari Kanan : Adik Wani, Poja and Zaheen, Shein dengan toys Zeeshan (letak dalam handbag Mama terus and buat harta), Dyba and Aurel. Belakang : Siti Nohaliza.



Masa kitorang sampai around 3.30pm macam tu. Candy Booth pon dah melingkup and ada catering yang dah nak packing. Naseb la still ada Nasi Kukus Ayam Dara. Setel kitorang makan sorang sebungkus. Lapar giler. Hahahaha. Kambeng ada banyak! I makan kambeng teringat dekat Sazli. Sebab dia suka kambeng. I tingat dekat dia, belakang dia dengan Bapak sakan makan Nasi Kandar dekat Penang. Hahahahaha. Sebelum datang I tanya Poja, nak pakai macam mana ni? Kang takot tak sesuai dengan Majlis. ‘Wei, aku nak kena pakai apa ni? Pakai baju kurung dengan tudung ke? Kang aku pakai Baju Kurung, dah ko sorang je cantik. Mana aci’. HAHAHAHA. Berani I cakap macam tu? Fouziah Gous kot? Hahaha. Eh tapi biarlah. I rasa kalau I artis, entah-entah tak kawan der dengan Poja. Kawan dengan Michelle Yeoh je. Gittew. International artis terus. Hahahaha. 


Adik Wani dah dewasa dah dia. Dah nak masuk 30 tahun tapi gitu jugak pon. I anggap dia macam kanak-kanak je lagi. Anyways, Poja kurus giler and cantik mantop lagi. Anak dua rapat-rapat tapi badan dia kurus je. Poja ni muka kecik, orang muka kecik memang cantik. Macam I muka jenis dulang. Nak buat mendulang biji timah pon Ok punya lebar. Kalau beli foundation pon cepat habes sebab banyak tempat nak cover. Hahaha.


Shein, ko jangan nak malu-malu. Tu dekat tangan tu, semua Zeeshan punya. Kata Poja, ‘Ambiklah semua wei, Zeeshan tak suka pon’. Lepas tu Shein terus letak dalam handbag I. Lepas tu ada hati ambik Nemo ok? Dia ambik Nemo tu and tanya Poja ‘This one?’ HAHAHAHAHAH. Kata Poja ‘Oh, yang tu cannot!’ Hahah bongok.


Besar kepala ko Shein. Lebih besar dari kepala Auntie Poja. You know Shein, Once Autie Poja told Mama masa first time dia jumpa Abah ‘Ni jodoh nko Su. Confirm’. Masa tu I ala-ala jual mahal dengan Sazli, but now you are here Shein. Heeeeee :D


Tengok Dyba dengan Poja, patern senyuman sama je kan? Cantik Dyba ni sebenarnya. Kalau dia make up, sure kalah la artis-artis yang ada ni. Semua kalah. Siti Nohaliza betul pon kalah.


Ok dah. Jom balik! Sebelum Shein audit satu rumah baik kita bergerak now.

Siap amek gambar semua, kitorang pon gerak lah balik. Thanx Poja for having us. I tau Poja kalau buat Majlis, makan confirm semua sedap cuma haritu I lambat sampai banyak yang dah takde, tapi Nasi Kukus Ayam Dara tu layan giler wei! Makan panas-panas. Seeeeeedap! Gambar of coz la tak sempat ambik sebab dah lapar. Makan pon telan je. Takde kunyah dah. Haha. Dari rumah Poja dekat Bukit Jelutong terus kitorang menuju ke Royale Chulan KL. Malam ni kita check In hotel la. Saja je bawak Shein and treat Dyba and Aurel sebab dia teman I harini. Esoknya pulak kita ada wedding officemate dekat Cheras so boleh pergi dengan Dyba sekali. Royale Chulan pulak now ada promo. 1 NIGHT + 2 breakfast only RM380.00 so consider murah. Now I tak sure ada lagi ke tak. Harga tu kalau korang direct check in dekat Counter or guna website dia terus. If guna platform lain, tak dapat harga ni. Jalan kaki depan sikit nampak office I. Kita ni memang sayang sangat dengan office kita sampai hotel pon nak area-area sini jugak. Hahahahahaha. TQ Dyba teman Kaksu. TQ Shein sebab co-operate well with Mama. We did it son. Hi-five! InsyaAllah ada rezeki kita check in lagi dekat mana-mana eh? Lagipon area Ampang melambak hotel best. Sediakan ajer lah ongkosnya, zaaaaaapppp terus sampai.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...