Thursday, February 22, 2018

CNY Bangi Getaway - Part II

Assalamualaikum..

So, sambung balik la pasal CNY Bangi Getaway. Macam I cakap, takde apa activity pon. Konon nak lepak main card la apa la, takde deeeeeer. Kid’s sebok swimming or main Nerf-Gun lepas tu gaduh-kawan-gaduh-kawan and kitorang banyak lepak-lepak je. I pulak lepas masak, masak lagi. Ada sehari Lunch pukul 4.30pm ko mampu? CT and Aliah kekadang tetiba hilang je dari radar sebab dorang ada anak kecik. Tidokan anak, dengan dorang sekali tido. Ongtue sangat. Tapi I dengan Sazli la paling ongtue sebab last day Si Atig, Aliah, CT and Zairi still lepak dekat hall atas cerita pasal hantu, I dengan Sazli dah selamat sampai Hong Kong. Pelik jugak, dekat sana takde apa buat pon tapi badan macam penat. Maybe sebab mandi kolam. Shein tu dah naik lebam dah muka sebab tan. Dorang kalau boleh 24 hrs nak berendam dalam swimming pool. Shein suka ni swimming pool so memang rumah kita nanti kena ada swimming pool lah ni. Hehe. Tapi tak dapat la swimming pool besar macam rumah CT ni. Haritu siap kira berapa meter lebar (x) panjang. Good thing pasal selalu bawak Shein swimming is now dia dah pandai floating dah. Berenang macam anjing tu. Badan kat bawah, kepala je dekat atas. Nampak dia macam nak lemas tapi dia survive but still kena awasi dia la. Takot dia tetiba penat nak kayuh ke, lemas tak pasal. Yang asalnya tau dia boleh floating tu sebab masa first night kitorang dekat sana, kid’s main lari-lari dekat tepi pool lepas tu Bapak-bapak dah cakap ‘Ni mesti salah sorang akan jatuh ni, tengok anak sapa yang jatuh kolam’. Tengok-tengok Si Shein hahahah. Semua la berlari dekat dia kot dia lemas. But dia boleh terapung and pergi ke tebing. Takde nanges apa. Maybe bila emergency macam tu, baru dia tau yang he can float kot? I time tu dah membuta. Sazli masuk bilik cakap ‘Mama, Shein jatuh kolam. Tapi dia pandai berenang’. Tak lama lepas tu Shein datang ‘Mama, I’m wet. Change shirt pwease?  I nak gelak pon ada. Hahaha. Padan muka. Buas sangat lagi kan?


Dulu Shein suka sangat bukak dia punya floats tu dekat adult punya pool (macamkan pandai swimming sangat), sampai I terfikir nak belikan dia swimming suit yang siap ada pelampung tu (takkan tenggelam) but ni dah pandai floating ni kira ok la. Yang floats dia tu, ikut suka dia. Ada masa dia pakai, ada masa dia taknak. Ikut mood dia.
 


Cantiknya I ambik gambar Rayyan. Pandai la I ni. Hahahaha. TQ iPhone X sebab quality gambar memang superb. I banyak ambik slow-mo. Cool giler! Bebudak ni buat macam-macam aksi. Si Rayyan pandai swimming. 


Altaav problem sikit dengan pool. Dia boleh je jump dulu tapi tau la kan ikut perangai Mummy beliau – DIVA. Nak swimming tapi tak suka orang splash water and tak suka air kena dekat muka. How? Si Adrieyl, Rayyan and Shein memang gurau kasar jenis simbah-simbah. Menjerit la si Altaav.


Aliah, Ajlaa, Atig and Eva. Altaav dekat belakang. Kitorang jenis cakap lepas je. Bahan-membahan tapi takde sentap. Sejenis manusia yang ikhlas Alia and Atig ni, memang baik. Lia tu Diva sikit. Kalau orang tak kenal maybe akan cakap dia macam-macam. To be frank, dulu ada la setahun-dua kot I tak jumpa Lia sebab I ada kecik hati sikit but always doa dengan Allah, keep me close dengan orang yang ikhlas dan baik sahaja. Since last year kita catch up balik and Alhamdulillah now selalu jumpa. Sayang Lia! 


Actually Mr David and Shariffah pon ada join kitorang dari Friday – Saturday tapi takde satu pon gambar I dengan Shariffah ada. Macam hilang dari kewujudan. I sebok snap gambar orang lain je. Tu Sazli apa kes pakai pelampung dekat kepala?


Eva Medina. Anak CT and Zairi. Dia ni kalau nampak I macam dia nak lempang-lempang je I sampai tangan mengepak. Takde chemistry dengan I. Dengan Alia singa tu nak pulak dia. Tak paham la macam ni. I yang wajah lembut keibuaan ni yang dia tak bekenan. Hahaha.


Sazli – Khatig – Zairi. Betul lah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dulu masa memula kenal Zairi I rasa macam dia ni P O Y O je. Cakap macam taknak kalah hahahahah tapi padahal inilah dia manusia baik yang I kenal. Tolerate, kelakar lurus bendul, down to earth. 


Si Eva ni copy muka Papa dia je. Sian CT yang pepenat mengandung, last-last ikut muka Zairi sorang. Kata Sazli ‘Kalau aku dukung Eva, rasa macam dukung nko je Zairi’.


Shein ni sekarang kalau ambik je gambar dia lepas tu sebok nak tengok ‘Wanna see Mama, pwease’


Kata Sazli Shein macam I. Jenis cakap, nampak gigi bawah je. HAHAHAHA. Betul la!


Altaav and Daddy


Ms Diva Aliah Ali. Orang dah cakap dah muka ko tu ada ubat jerawat, naaaaaaaaaaaak jugak. 


Bebudak ni suka la main campak-campak. Memula Mr David larat la nak campak, lepas tu Atig take over and lepas tu Zairi. Nak campak Shein la paling problem sebab beliau debab.


Kesian Si Eva dibuli Papa dia. Kemain eh bersantai tepi kolam? Kata Sazli, dia tengok Eva macam tercekik je guna pelampung kepala ni. I agak nanti kalau anak I, memang Sazli tak bagi la guna menda ni.


Tengok Shein. Kemain suka dia. Ada sekali tu nampak dia macam nak lemas je time floating. Sebok nak bercakap. Ingatkan apa rupanya ‘Mama, mama. Aeroplane!’ Oooo nak bagitau Mama nampak plane.


Good job Shein! Nanti boleh enroll swimming class. I agak, tak lama lagi dia dah boleh buat breaststroke kot? Mama beliau yang dah lama bekecimpung dalam area berenang sampai sekarang still takde confident. Memula ok, tapi bila tau kaki tak sampai dekat lantai, terus menggelupur.


Alololo manja sangat ni
#kunyit


The Best Never Rest – Poyo je caption

Eh, baru perasan takde gambar Kak Cici. Kak Cici ni CT punya helper. Dia ni jenis rajin tau? Buat kerja je tak henti-henti. Masa pagi kitorang dekat pool, tengok dia dah bepeluh-peluh buat kerja macam-macam lepas tu Sazli cakap ‘Kak Cici, sudah laaaaaaaaaaaaa. Berkemas je’. Eh, melawan ye? Dia cakap ‘Ya enggak apa’. Taknak dia berenti. Lepas tu kata Zairi, ‘Takpe, aku ada cara. Kak Cici! Sini tolong pegang Eva’. So bila dia pegang Eva berenti la dia buat kerja. Lepas tu perangai susah nak suruh makan. Asal tanya cakap ‘Ya nanti aja’. Gittew. Lepas tu CT jerit la ‘Kak, ko taknak makan takyah pegang Eva ye?’ Zaaaappp macam lipas kudung ambik pinggan terus makan. I pon taknak kalah. Nak jugak perasan Mem. Haritu sebelum balik I kasik la duit raya lepas tu Kak Cici taknak ambik. Beria taknak ambik sampai ditolak-tolaknya tangan kita lepas tu I cakap ‘Kak Cici, kalau Kak Cici tak ambik, nanti Su taknak la pergi rumah Kak Cici di Bandung’. Baaaaru la ambik. Hahaha.

Baik la Kak Cici ni. Dia kalau nampak bebudak kena marah nanti dia tanya ‘Kenapa Adik itu menanges? Jangan dipukul. Kasihan. Biar saja Kak Cicik jaga’. Sebab kata Kak Cici, anak dia ada 4 sebenarnya. 3 orang semua meninggal waktu kecik. Demam je. Baya-baya Shein tu la. Jadiknya dia kalau nampak budak kecik kena marah, iya lagi kasihan. Dia cakap macam tu. Lega I bila tau CT and Zairi ada helper baik macam Kak Cici. Haritu I tanya dia ‘Kak Cici rindu Su tak?’ Dia cakap ‘Iya, rindu. Hari-hari Kak Cicik tengok gambar Adik dalam handphone’. Awwwww. Haritu gambar kitorang dekat Melaka banyak dalam henpon Kak Cici. Dia yang ambik. 30 snap, 1 belum tentu elok. Gegar la apa la. Hahahaha. Atig pulak kalau dengar je I mintak tolong Kak Cici buat apapa mesti dia sound ‘Ko ingat apa, kadam ko ke nak suruh-suruh?’ HAHAHAHA. ‘Oi, dia yang offer la nak suruh tolong apa lagi. Aku cakap la. E!’

Dari pemerhatian I. Sejenis Atig dengan Sazli ni, kalau ada Helper memang tak berapa nak helper la jadiknya. Mau aku yang lagi penat. Sikit-sikit suruh rehat masuk bilik (walaupon dapur tunggang langgag dah dia ingat Mak Tiri dia nak kemas?).Tapi I dengan Aliah rasanya terbalik, memang kitorang perangai Mak Datin kaya sikit aaaaaaa (sebab kekadang lupa diri hahahahhaha). Sekejap panggil, sekejap panggil. Hahahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...