Wednesday, February 21, 2018

Kisah Overnight Oats Chooyaya

Assalamualaikum..

I terpengaruh dengan Instagram @mom.learns.to.cook sebab dia suka buat overnight oats. Cantik je dia buat. Dia letak macam-macam dalam tu. Ada avocado, banana, dried fruits also macam-macam seeds dia letak. Kadang-kadang dia letak mango and strawberry as well. Chocolate and granola pon ada. Gambar memang semua cantik-cantik lah. Dalam jar cantik, dalam bowl pon cantik, tumpah pun cantik! Hahaha. Dari caption dia, I faham yang dia makan for milk booster and sebab dia selalu lapar. Dia menyusukan anak dia. So I pon curious maka I Google. Apa kebaikan overnight oats ni selain dari rupa yang cantik. Rupa-rupanya banyak kebaikan. Most important overnight oats ni berfungsi mengawal berat badan. Kan I dah put on weight sikit sekarang ni? Yang paling sepatutnya di highlight kan is oats ni bagus untuk jantung, dapat mengurangkan cholesterol dalam badan dan membantu sistem pencernaan. But I rasa kita kena tengok jugak apa bahan yang kita letak dalam overnight oats kita. Kalau dah letak Full Cream Milk + Flavored Yogurt + Nutella segala mana yang sihatnya kan? So kena pilih ingredient yang healthy as well. Korang boleh tengok dekat sini 35 overnight oats recipe untuk weight loss. Kat situ dia ada cakap kena elak dari letak agave syrup. Agave syrup ni macam bars, nutella, jam semua tu. If it’s pure honey takpe. Untuk yang nak turunkan berat badan, boleh letak lotsa chia seeds. Chia seeds memang bagus untuk mengurangkan berat badan. Macam I, semalam makan memula rasa macam nak muntah jugak but slowly, lama-lama baru I enjoy. I rasa I boleh telan pon sebab I letak buah dalam tu and mixed nuts yang I letak tu, dia ada rasa macam-macam. Ada berries kot? Entaaaaaaaaaaaaah. I kalau bab foods dia jadik lain macam, I memang nak makan yang sedap je. Yang tak sedap I taknak. Hahahahaha.


Rupa my overnights oats. Ni kalau letak strawberry ni lagi cantik ni. Sedap ke tak belakang cerita janji cantik. Hahaha.


Bahan utama untuk buat overnight oats obviously is oats la kan? Macam I, I guna Rolled Oats yang Organic. Quacker Oats I tak sure healthy ke tak. Yang tu pergi study sendiri. Amboi dia tu, semua info I nak suap kan? Lepas tu I guna Greek Yogurt, Low Fat Milk, Chia Seed, Mixed Nuts and buah-buah macam Blueberries, Pisang and tadi I ada beli Australian White Peach (sebab ada promo dekat Isetan. RM11.00 je dua biji debab bra cup A hahaha). Blueberries dekat Isetan memang murah. RM7.80 kot satu packet tu? Tak sure. Greek Yogurt lebih bagus dari yogurt so better guna Greek Yogurt ok? Lupa nak cakap, I also put some honey. Ada yang cakap tak bagus sebab sugar tapi madu asli bukan process sugar so suppose to be ok lah. Liquid untuk soak oats tu boleh guna almond milk or coconut milk as well. Ada yang komen dekat IG cakap pakai fresh milk lagi bagus and ada yang cakap pakai almond milk double bagus dari fresh milk. Malas pulak aku nak study. Hahaha. Meanwhile, guna je dulu apa yang ada. If korang baru nak start buat, memang akan terasa macam mahal sikit tapi takpe, boleh pakai lama. Macam I Greek Yogurt beli 1kg terus, Rolled Oats pon 1kg jugak share dengan Intan sorang half sebab dia biasa la, apa I buat semua dia terpengaruh. Lagi-lagi bab makanan sihat ni tapi semalam pagi makan overnight oats, lepas tu aku tengok lunch spaghetti dua pinggan, eskrem Mc Donald lagi. Acane?


Patut tengahari makan Salad Intan, baru boleh ngam dengan breakfast rolled oats.

Ok, macam oats ni dia bagus untuk menjaga jantung sebab oats mengandungi sejenis serat larut dipanggil beta-glucan yang berfungsi untuk menjaga jantung. Selain dari tu oats jugak dapat menjaga usus dan bagus untuk sistem pencernaan (kalau jenis susah nak berak, bagus la makan oats ni), membantu mengawal berat badan selain dari mengandungi protein, carbohydrate dan jugak fiber. Banyak kan kebaikan dia? Untuk bahan lain nak letak tu rajin-rajin la korang Google sendiri eh? Macam I, lagi cantik my overnight oats, lagi la bersemangat nak makan. Macam semalam almost give up sebab tak jumpa jar. Sudahnya Intan guna jar kecik bekas Sambal Hitam and I pulak guna jar spaghetti prego. Naseb la hari sebelum tu I ada buat spaghetti and botol kaca dia tu tak buang lagi. Terus I rebus untuk buang label + gam dia and konon-konon sterilized la. Hahahahaha. Tapi dah siap buang label semua cantik jeeeeeee. Satu KLCC I cari jar takde yang macam I berkenan. So sekian sahaja cerita pasal overnight oats dari I. Semua menda nak citer dalam blog kan? Macam takde life je Suraya tu. Eh biarlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dengki nape? Hahahaha.

-eNd-

4 comments:

Iryani Mohd Lajis said...

Nak mkn oats gak la

masdila said...

kak su dekat Daiso AK tu byk botol cantik2 kak

aisha said...

cari bottle kat daiso atau DIY.. comel2 je botol dia..

Nur Dalila said...

cari jar dkt kaison or daiso kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...