Tuesday, February 13, 2018

Broccoli with Eggs

Assalamualaikum.

Korang kalau ada Instafamous yang IG dia video and gambar masak-masak, share la dengan I eh? I nak yang bukan level Chef sebab senang nak refer. Yang I follow now is @adamdidam @raffieyusoff dengan @mom.learns.to.cook (Selle Suep). I suka dorang sebab semua masak simple-simple and I rasa I boleh follow. Amateur tapi nampak cool pulak. Macam Adam tu masak simple sangat sampai I rasa I masak macam lagi sedap je, ke acane? Hahahaha confident giler I. Dia masak banyak Thai style. Tapi yang masak simple ni la sebenarnya bagi inspirasi dekat kita untuk masak sebab kita rasa cook not really hard. Gittew. Yang Raffie Yusoff dia punya video kemas je and cooking method dia macam simple tapi result superb. Selle Suep pulak gambar dia semua cantik-cantik. Pandai dia ambik gambar and makanan dia pon colorful and cantik. Kalau I jadik dia, tak makan dah semua. Tengok je. Sebab cantik sangat, sapa suruh? Macam semalam I buat Broccoli + Eggs ikut dari IG Selle Suep ni la. Cumanya I rasa dia punya nampak macam lebih sedap je. Haha. Tapi semalam Sazli kata sedap so kira lulus la. Saz cakap, dia makan tu je dengan nasi. Yang I bekalkan kari daging tu, Abang Hasan yang makan. I tak sabar nak ada oven besar sebab nak masak masakan yang jenis bake and also nak buat roti and kek sendiri. Tu cita-cita I (impressed please). So, I kena dapur yang besar lah also kena ada island sebab senang nak berangan. Macam sekarang ada je oven dekat rumah tapi konsep dia sekarang ni I nak oven yang macam rumah CT sebab kata Aliah, yang tu oven mahal. Hahahaha. Macam CT, oven tu dia tak guna pun. Buat perhiasan je. Cuma sesekali dia panaskan air, buat milo. Eh tu oven ke microwave. Confuse dah I.


Broccoli with Eggs

Senang je nak buat. Memula tumis bawang putih sampai naik bau lepas tu masukkan broccoli. Letak dalam dua sudu air untuk lembutkan broccoli tu. Pecahkan telur and biarkan masak. Jangan kacau-kacau sampai jadi scramble egg pulak, nanti tak sedap. Dah nampak garing telur tu baru mix dengan broccoli. Last sekali baru letak garam/serbuk cukup rasa and renjiskan dengan black pepper. I guna yang black pepper berperisa tu. Siap! Semalam I bekalkan Sazli sekali dengan kari daging and Air Belacan (Ke air asam? Whatever you called it lah). I kalau makan kari, suka makan dengan Air Asam Belacan ni. Belajar dari Ibu Martuaku.


Kari Daging + Air Asam Belacan + Broccoli with Eggs

Air Asam Belacan tu nak buat dia. tumbuk lada besar + cili padi (but kasar-kasar je) with belacan. Masukkan air asam jawa dalam kuantiti yang banyak sikit. Masukkan tomato dengan bawang merah. Perasakan dengan gula dan garam ikut selera masing-masing. Daging bakar pon I suka makan dengan air belacan ni tapi kasik letak kicap baru ummmpph! Sedapnyaaaaa. Actually lebih kurang dengan resepi air asam je kan? Tapi air asam orang tak letak belacan and bahan-bahan semua hiris. Dulu Kaklong penah buat air asam letak kerisik dengan daun kesum racik halus-halus. Air Asam ni banyak resepi dia. I ok je mana-mana janji letak kicap manis. Hahaha. Memang hantu kicap! I makan semua menda pon nak kicap termasuklah makan laksa. Pelik kan? Sapa geng angkat tangan!

-eNd-

1 comment:

- f a r a - said...

I follow sis @rosmills. recipe dia memang semua kene dekat tekak melayu i ni. ��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...