Assalamualaikum..
Ramai yang komen, DM and WhatsApp I cakap excited
nak try the Overnight Oats siap ada yang share gambar lagi and ada jugak yang
bagi recipe and tips as well lepas I up entry dekat blog and gambar dekat Instagram
I the other day. Kemain kan korang? Sama level dah dengan Intan bab terpengaruh
dengan makanan I. Semalam dia kantoi dengan Izzah konon tengah Google pasal
Atkin diet tapi harini Pagi – makan Nasi Tomato yang I buat, Tengahari – Makan macam-macam
dekat Aseana sempena #intancelebration7.0 seperti
Mushroom Soup, Spaghetti Carbonara and Mihun Tomyam. Cake lagi siap Keropok
Lekor bagai. Banyak jugak dia makan. Lepas tu petang I tengok dia ada pegang
Nasi Lemak yang En. Aziz belanja for breakfast tadi dekat pantry. Nak makan
lettew. Sesia je ko overnight oats bagai Intan. Kata Intan dia cheat day
harini. Cheat Day takpe, jangan jadi macam AIn. Dari Cheat Day, ke Cheat Week,
ke Cheat Month lepas tu Cheat F O R E V E R. Hahahahahha. Macam I, untuk air
manis memang la I control and tak ambik dah. Tingin sikit-sikit rasalah hujung
lidah. So I consider myself as 65% berjaya lah! Overnight oats I ambik selang
sehari sebab taknak la makan every day, nanti I takot I phobia. Macam for
today, I breakfast with Greek Yogurt lepas tu ada balance Blueberry lagi sikit
and Australian White Peach yang sedap and manis giler tu with some honey.
Alhamdulillah kenyang and sedap. Yang ni pon sedap jugak. Oats tu I like it if dia
macam a bit berkuah (soupy) tapi I rasa overnight oats patut takde berkuah sangat.
Si Intan punya dia suka kuah banjir. Sebelum serve zaaaappp tuang lagi susu.
Hahahah. Failed la Intan ni.
Greek Yogurt jenis Farmers Union. I beli 1kg dekat Cold Storage harga less than RM20.00 pon. Campur dengan Blueberries and Australian White Peach yang I beli dekat Isetan.
I
pernah cakap kan yang I suka Japanese Peach sebab manis? So, haritu I nak beli
Blueberry dekat Isetan ternampak ni. RM11.00 for 2 biji. Rupanya Australian
punya pon sedap jugak!
Tadi I nak beli lagi Peach ni tapi sebok la dengan
Saba la, Miso soup la, Japanese Rice la sebab Isetan ada pulak Japanese Food
Fair. Itu pon murah jugak. Semalam Intan beli Saba tu ada 5 keping debab besar
harga dalam RM50.00 macam tu. Puas makan and rasa memang sedap la. Dah aku pon
beria beli beras bagai, the question is WHY?????????? Adoi. Hahahaha. So minggu
depan nak kena makan nasik ke apa? Hahaha. Probably I masak nasik for Sazli je
la kot and I akan makan Saba tu je dengan Miso Soup. Memang tengah besungguh
taknak sentuh Nasi ni and harini Day – 5 without rice. Actually I takde masalah
pon tak makan nasik, but yang menjadik masalah is Dessert and Starbucks Caramel
Latte. Tu ju. Ni kepundek menda entah, tetiba Starbuck bawah ni dah ada
Affogato. Ko aperhal? Selama ni berbulan takde, dan-dan time kita nak elak
sugar, time tu jugak la dia available but don’t worry. Ku tahan Jebat. Ku
tahan. Hahahaha. Sedih. (Boleh je pulak I sebak time taip ni amagad emosi
sungguh dengan makanan). Anyway, have a good weekend! Kbye.
-eNd-
No comments:
Post a Comment