Monday, February 26, 2018

The Daily Grind With Nina

Assalamualaikum..

Haritu I ada early dinner dengan Nina (My Nuffnang Manager) dekat The Daily Grind Ampang Hilir  – Ingat Fattah Amin je ada Manager, I pon ada Okbye. Haritu dah pergi dengan Ellis tapi tak sempat nak makan the Old Fashioned Waffle sebab dah kenyang, so bila Nina tanya kat mana nak jumpa terus cakap The Daily Grind la. Although I tengah try to cut my sugar intake very hard, I ada cara lain untuk mendapat kepuasan. I order, lepas tu suruh Nina habeskan. Lepas tu I gembira sebab ada orang boleh makan on behalf of me and I takyah makan. Padan muka Nina, gemok la kau sorang-sorang dekat situ. Hahahaha. Nina tu I peratikan ajer dia order Choc Hazelnut setel, makan Sloppy Joe settle, dessert lagi. Lepas tu weekend dia makan lagi dan lagi siap cake bagai amboi dia tu. Badan macam tu jugak. Why ha? Why? I ni kalau direct seminggu je makan nasik, daaaaaaaaaaah memang terus gemok. Phobia sangat I kalau berat dah angka 6 dekat depan sebab nanti peha I dah macam balak. I cannot. Nanti I look fat. Lepas tu mulalah emo rasa macam dunia tak adil pada I and terus tak suka dekat Sufian Suhaimi sebab haritu dia masuk Melodi, kenapa taknak shave???? (Tetiba) hahaha. I target nanti by raya berat I dah 55kg, kita tengok berjaya ke tak eh? Ni ada berapa lama lagi ni nak puasa. InsyaAllah boleh. Start dah kena pakai HOC consistent kalau tak takot debab. Anyway, RM130.00 sehelai FREE postage abd FREE bengkung modern still ada sampai 28 th Feb tau? Ada lagi 2 hari. *sesambil iklan. Dah, jom tengok apa kitoarang berdua makan haritu. 


Nina makan Sloppy Joe. RM33.00
Kemain meriah. I tengok dengan Onion Ring, cheese semua perrrrghh. Siap fries. Adeh.



I nak elak carbs, so I makan Portobello Paleo Burger. RM35.00 harga dia. 'Bun' dia, dia guna Portobello Mushroom. I rasa macam yang I makan haritu lagi sedap.  This one I rasa a bit healthy la compare dengan burger lain. Takde fries tapi ada terung tu dia grilled. Salad pon dressing macam vinaigrette je I rasa. 


Satu untuk aku, satu untuk engkau. I suka presentation dekat The Daily Grind ni. Cantik kan?


Dah siap makan, dessert time! If orang datang sini memang biasa order Old Fashioned Waffle ni. RM18.00 harga dia. Meriah nyah. Ko tengok dia punya cream tu, perrrrghhh. Makan plak dengan Vanilla Ice Cream and Maple Syrup. Ni kalau zaman I tak kisah pasal sugar ni, memang sorang pon boleh habes.


Suka eh Nina?

Nina bab makan, dia memang lebih kurang sama dengan I. Suka makan makanan yang cantik-cantik and always craving for sugar. Tak makan main course pon takpe, asalkan ada dessert. Jenis boleh hidup hanya dengan makan dessert. Tapi I agak Nina ni metabolism dia jenis tinggi so makan apa pon, dia ok je. Lagipon lengan dia kecik. So takde masalah. Makan la banyak mana pon, gitu jugak pon T_____T Kata Nina, nanti kalau I dah dapat desire weight, kita kena celebrate. Celebrate pon M A K A N jugak. Lepas tu hasut-hasut I cakap 'Ala takpe Kaksu, esok diet balik'. Sambil nak suap-suap I. Ah takdeeeeeeeeeeee. Penat semalam aku lari 4km, lepas tu pagi makan Overnight Oats dengan linangan air mata, malam suruh I makan dessert sewel macam ni, memang tak aaaaaar. Alhamdulillah malam tu I berjaya selamatkan diri dari hasutan syaitonnorojim. Hahahaha. Tapi over weekend, I failed. Sian I. So I decide, if weekend I takyah strict sangat la. Biasa-biasa je. I boleh makan dessert apapa yang I nak tapi sesudu je. Huwaaaaaaaaa. Anyway, TQ Nina sebab makankan waffle on behalf Kaksu. Kaksu doakan Nina kurus and menten berat tak naik-naik walaupon makan banyak. Ok?

The Daily Grind
26, Persiaran Ampang
55000 Kuala Lumpur
03-42657600

-eNd-

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...