Friday, February 9, 2018

How We Spend Our Thaipusam Leave

Assalamualaikum..

Last week cuti Thaipusam kitorang bawak Shein keluar lunch. I tanya dia nak makan apa and dia cakap ‘I want shiken Mama’. Ok nak makan chicken kita pergi Kyochon la. Situ memang Shein punya favorite. So kitorang bawak Shein pergi Pavilion. Queue lebih kurang dalam 15 minutes macam tu then only dapat tempat duduk. Shein punya mood agak baik masa harini, Alhamdulillah. Cuma masa sampai tu, dia suruh Abah dia pegang handbag Mama sebab dia nak mintak piggy back – you so heavy. Hahaha. Selalu kalau mintak dukung I, Shein akan cakap macam tu. I dengan heels naik escalator dukung dia. Naseb la dia ok lepas I cakap daaaah and turunkan dia, ask him to walk. Shein ni kekadang auta lebih. Mintak dukung tunjuk kaki ‘sakey = sakit’. Boleh je. Kalau mintak dia ambikkan air pon, half way nak sampai dapur eh tetiba boleh pulak sakit kaki. Haritu dia nampak Sazli sakit kaki sebab Sazli dok mengerang dia tanya Sazli ‘Abah, are you sakey?’ Hahahahaha. Dia kalau Abah or Mama sakit, memang very concern. Tengah mengamuk pon lepas tu I cakap I sakit he will stop. Tapi I taknak la guna trick tu nak kasik dia bertenang sebab macam tipu pulak. Cuma bila I senggugut and pegang perut baring dalam bilik, Shein datang and kiss dekat perut. Alahai anak…. J Sejuk hati Mama. Tapi bila dia buat perangai yang dia sendiri taktau apa dia nak, lepas tu tantrum kecik besau je I tengok dia. Haha. Shein ni kekadang susah jugak nak bermuzakarah. Ikut kepala dia je. Cuma bagusnya Shein ni, lepas dia tantrum usually dia akan rasa bersalah lepas tu mintak maaf. Lepas dah ok nanti dia punya peramah lain macam. Kejap Mama, kejap Abah. Bila kita buat tak layan cakap ‘Showie Mama, hug me’. Mana aci…………….!!


Ni before foods sampai. Mata melekat dekat iPad. Memang tak berkenan perangai Shein ni tapi kalau dekat kedai  makan, untuk ketenangan boleh la bagi dia iPad.





Sazli pon suka Kyochon ni. Each time keluar makan, kalau tanya nak makan apa = Kyochon. Dia cakap sini semua orang enjoy the foods. Semua orang tu = Shein. Hahaha.


I order 8 pcs for Honey Chicken, 8 pcs for Spicy and 12 pcs for Soy & Garlic. Habes ok 3 beranak makan? Hahahahaha. Yang Honey chicken ni, sampai je terus Shein transfer letak dalam plate dia. SEMUA.


Shein memang suka makan drummet dekat sini. Total Shein sorang makan is 11 pcs. Hahahaha. Adoi Shein. Masa siap yang ke 10 pcs, dia dah mintak to wash hand. Ingatkan dah abes la. Lepas tu boleh tunjuk nasi pulak. Abes 3 suku nasik, I tekan-tekan perut dia tengok penuh tak. Lepas tu I cakap ‘You done Shein, if you not stop eating you will explode’. Naseb dia cakap ‘Ok Mama’. Tau takot.


Garlic and Soy drummet.


Siap makan, sebab Shein baik and behave kitorang bawak dia pergi Toys R Us. Shein macam biasa la, kalau suruh dia ambik apapa dia akan terus ke section Ultraman and akan pilih rasaksa. I cakap ‘One only Shein’ lepas tu dia nego dengan I tunjuk jari debab dia ‘Three Mama’. Hahahaha.


Tak boleh! You can only get two. Abah cakap It’s ok to take two.


Yayyy happy la Shein dapat new monster. Harga dalam RM39.90 kot seekor. Shein memang suka monster dari Ultraman. Eh, cakap pasal Ultraman, memang betul la tahun ni dah takde Ultraman show dekat Genting tu. Alaaaaaaaa. Kalau tak boleh makan Burger & Lobster.



Siap dekat Toys R Us, Mama pulak nak beli baju kerja. Nampak deco ni dekat Pavilion for CNY, cantik sangat!


Sebelum balik, I makan llaollao froyo. One of my favorite. Sedap! Kata Kaklong macam susu basi. Sabar ajer la.

Shein punya mood memang OK sangat harini except masa OTW nak balik, dia boleh marah-marah. Tak ingat la apa dia. Dia mintak blanket dia ke apa entah. I kalau Shein meroyan I memang lantakkan ajer. Sazli suka melayan, blakang kekadang dia pulak yang spoil mood sebab Shein taknak bagi kerjasama. Macam harini, lepas Shein tampar I, I buat-buat nanges lepas tu dia rasa bersalah hisap jari cium blanket, tau-tau gone selesai tidoooooooooo. Hahahahaha. Sorang-sorang je dia dekat seat belakang. Apoda Shein. But anak kita ni, tak kisahlah macam mana dia buat hal, at the end of the day, itulah jugak yang put smile dekat muka kita kan? Itu jugak la yang kita rindu. Macam lupa dah kena paksa dukong, kena melayan kepala angin dia. Hahaha. TQ Papa sebab bawak Mama and Shein jalan-jalan. Macam biasa, Mama Shein la yang happy lebih. Actually I bukan tak biasa pergi jalan and makan dekat mall. Weekdays time kerja boleh kata hari-hari kot tapi bila dengan family, exited dia lain macam. Macam extra happy. Kalau Shein tak buat hal, laaaaaaaaaaagilah best!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...