Friday, February 9, 2018

Sedapnya Fried Noodle Cantonese Style Madan Kwan!

Assalamualaikum..

Semalam masa nak bayar parking dekat KLCC lepas makan, ada survey pasal parking KLCC. Dia tanya I, apa yang I tak puas hati pasal parking, berapa RM yang I spend untuk KLCC parking weekly and how often I datang KLCC. Sebelum jawab I betulkan dulu kuda-kuda, kaki dedua belah bend sikit kasik macam half mencangkung lepas tu dongak sebut aaaaaaaaa aaaaaa aaaaa (macam Tarzan) lepas tu tumbuk dada dengan kedua-dua belah tangan selang seli kiri and kanan. HAHAHAHA. Boleh imagine macam mana tak? Macam kingkong kan? Well sistur, you come to the right person lah. Sebab I tak kerja dekat KLCC but I spend AT LEAST RM15.00 for parking dekat KLCC Monday – Friday which is jap I nak kira working day sebulan berapa. Lebih kurang la. Kata sebulan 17 hari x RM15.00/day so I spend lebih kurang dalam RRM255.00 sebulan and for Akleh (Tetiba Akleh masuk dalam ini cerita RM5.00 x 17 = RM85.00 so total is RM340.00 sebulan woot woot. Bestnyaaaaaaaa!  Banyak kan? Yang parking KLLC pergi/balik lalu je sebab nak short cut to my office tu is RM10.00 but yang lunch hour tu kitorang bahagi-bahagi la bayar. Hahahaha. Macam minggu lepas kena bayar lebih sebab Intan takde pergi Jepun so bahagi 4 je. Kaklong, Dyba, Izzah dengan I. KLCC 60 min pertama RM5.00, lepas tu berapa entah sejam. I pon tak ingat tapi biasa Friday sebab rehat lama, kirorang kena RM9.00 macam tu la. Naseb bahagi-bahagi, so murah la sikit. Tukang survey tu tanya I a few soalan and apa yang I nak for KLCC parking improve. Simple je I mintak : If passing through less than 5 minutes, charge je la RM2-3 jadikla. Sebab untuk lalu less than 2 minutes kena RM5.00 I rasa a bit mahal. Tapi nak lalu jalan biasa, I malas nak mengadap jem. Sebab biasa jem je I bertukar menjadi Mak Tiri jahat dalam Bawang Merah Bawang Putih. Anyway, entry ni nak share pasal makan dekat Madam Kwan last time dengan Dyba tapi intro dia kusssssssssssss semangat.



Sedapnya Dyba punya ni. Fried Noodle – Cantonese Style RM22.90
Biasa lah makanan orang mesti lagi sedap dari kita punya. Next time I nak makan ni. 4 pinggan. Ok. 



Actually dah a few days tingin nak makan sebab dok bolek-belek #chooyayamakan dekat IG sekali tingin. Padan muka. This one is Mushroom Chicken Rice RM22.90 jugak


TQ Dyba teman Kaksu makan. Dyba ni pagi - tengah hari – malam makan nasik and heavy semua badan macam tu jugak. Bela hantu ke?

I suka Madam Kwan ni. Bagi I, makanan dekat sini semua pon best and kena dengan tekak I. Harga pon affordable. Dulu makan dekat sini air kosong Free, now takde dah. Kalau nak kena beli air mineral. Hahahahaha. K e d e  k u t ! ! Sini Nasi Goreng Ikan Masin sedap, Nasi Bojari sedap, ABC and Cendol sedap also Rojak Buah. But as for now, memang I tingin Fried Noodle yang macam Dyba makan last time tu. Nampak sedap kan? Memang sedap pon! Makan dengan cili potong perrrrrrrrrrrrrrghhhhhh!! Dyba makan linchen you olls. Takde belas kasihan. Pinggan tu lap sikit, guna je balik (padahal masa sebelum makan, dia cakap dia tak lalu tup tup naaaaaaaaaaaaaaaaah kau, boleh setel sepinggan). Tak lalu konon, pui! Ingat minggu depan nak repeat la. Dah kat tekak dah rasa ni. Blardihel.

Madam Kwan
Lot 420 421, Kuala Lumpur City Centre, Suria KLCC,
Duta Suria, 50088 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...