Showing posts with label shein Iskandar (5 tahun). Show all posts
Showing posts with label shein Iskandar (5 tahun). Show all posts

Monday, November 19, 2018

Shein, Kaklong, Intan, Mondis eh Semua ada lah!

Assalamualaikum..

Hari Selasa lepas I cuti sebab nak setel banyak menda. I ada appointment dengan Dr Abdul Jamal – Ortho dekat Gleneagles, lepas tu nak repair Shein punya iPad and nak cari Pyjama untuk Shein sebab esoknya dia ada Slumber Party at School. So dari pagi – petang tu memang pack la time I. Shein pulak tetiba ajak tengok movie masa dekat KLCC tu, so kitorang sampai rumah dah pukul berapa. Sama macam kerja jugak… Dekat gelap baru sampai rumah. Nak buat kerja Part Time Power Rangers Kuning pon tak sempat. Actually bagus kalau bizai ni, sebab takde masa nak fikir bab-bab yang buat kita sedih ke, yang serabutkan kepala ke. Ye dak? Sama konsep dia kalau badan dah terlalu letih, tido je. Takde masa nak fikir pasal hantu nak kacau ke sebab I ni sejenis penakot nak tido sorang. Mula la fikir, ni kalau aku pejam mata ni, sure jap lagi hantu datang tenung la apa la. Kalau kaki terkeluar dari selimut pon I fikir, ni nanti mesti hantu datang kuis, bangang giler. Hahahahaha. Pagi tu macam biasa lah, I hantar Shein pergi sekolah and dari sana terus ke Mondis Jalan Genting Klang untuk hantar iPad Shein yang rosak screen ni. Kedai pon tak bukak lagi, so memerap la dalam kereta layan perasaan. Yang screen iPad Shein ni memula dia kelabu, lepas tu macam TV takde signal, last sekali terus kelam. Memula I gigih taknak repair sebab geram dekat Shein ni, iPad dia sorang je dah berapa banyak dah musnah tapi kata Sazli, sian pulak Shein takot mata dia sakit pulak tengok screen macam tu so repair je la. Mondis ni actually ada dekat Ampang Point jugak tapi sebab I dah janji nak datang yang Jalan Genting Klang so I pergi je la dekat sana. Kata Cina Mondis tu, actually nak pergi yang Ampang Point pon OK je. Cis! So I deal dengan dia kata nak ambik iPad I nanti dekat Ampang Point je, so takyah la I datang yang Genting Klang. Susah la nak dapat parking, lagipon yang tukang jaga parking ni muka seram je, takot I. Haritu iPad Shein yang lama, sampai sekarang tak repair sebab nak kena tukar motherboard ke menda entah. Kalau nak tukar motherboard tu kena RM350.00 and haritu pon yang LCD Screen tu pon kena RM350.00 jugak. Tengok lah nanti kalau merajin, I repair jugak la iPad yang lagi 1 tu. Sakit jiwa pulak tengok menda rosak tak di repair. BTW nah, I share address Mondis ni. Yang Ampang Point, kedai dia dekat Level 1, depan Hokkaido Cheese Tart. OK?

Mondis
272, Ground Floor, Wisma Mutiara Genting,
Jalan Genting Kelang, Taman Ayer Panas, 53200 Kuala Lumpur
No Phone : 03-6732 6449 


Shein excited nampak Si Adrieyl haritu dekat Sekolah. Ya Allah debabnya engko Shein.

Wednesday, November 7, 2018

Costume Party and Diwali Assembly

Assalamualaikum..

Minggu ni Shein cuti sekolah seminggu Ya Allaaaaaaaaaaaaaah rasa macam puas sangat tido. Kunci jam 6.00am, pukul 6.20am baru bangun. Time Shein sekolah jangan harap la nak bangun lambat. Tak bangun 5.30am, alamatnya Shein pergi sekolah makan kaki je la. Dah la seteressss hari-hari fikir nak masak apa. Ni minggu depan back to normal routine la. Huwaaaaaaa. But the best thing is, now kitorang anak beranak memang akan tido awal la. 10.00pm - 10.30pm dah melesap sampai Hongkong. Shein now kalau nak tido, S E M U A kena tido berpelukan sekali. Lepas 'I Love You Mama, I Love You Abah, everyone please close your eyes'. Sazli dalam pada nak acah-acah tido sebab Shein marah pegang handphone terus gol. Hahahahaha. But better la macam ni, rasa macam dapat solid sleeping hours. TQ to you Shein. Tapi masalahnya I, kalau cuti sekolah pon akan tido awal, berjaga awal sebab dah macam routine. Hahaha. Ongtue sangat dah ni. BTW last week Shein ada Costume Party and Diwali Assembly dekat sekolah. Sapa lagi yang excited lebih kalau bukan Mama beliau? Hahahaha. Macam untuk Costume Party tu, Shein cakap dia nak jadik Ghost. I plan nak pakaikan dia baju Dracula, tapi takde pulak time tu dekat Jom Fiesta. Yang ada costume skeleton je, boring pulak. Nak jadik King segala mala King pon costume sold out sebab last week I agak banyak International School buat Costume Party sempena Halloween. Pilih punya pilih, ada la baju Joker dari cerita Batman and ngam pulak dengan size Shein so I ambik yang tu je la. Harga sewa RM100.00 but deposit kena RM150.00 so total RM250.00, after pulang baju deposit dapat la balik RM150.00 tu. Kira OK la kan? Shein sure suka ni. Pagi tu masa nak pakaikan dia, saspen jugak sebab dia cakap 'I want Superman!' (Dah pulak semalam cakap nak ghost klcsodpsmkcdnasudsjkdak!!!) But bila Sazli tunjuk poster Joker, Shein happy pulak and ask for face painting. Naseb la memang I dah standby brush and water color semua. Shein's face is by Mr. Abah! Tu pon dia mintak color his hair warna green, but I tipu sunat hair later at school we color. Naseb Shein OK.


Muka tu guna water color, yang bibir and mata tu I guna my make ups. Takot la Shein allergic ke apa. All by Huda Beauty kemain ko Shein.

Tuesday, October 30, 2018

Jogging With Shein at KLCC Park

Assalamualaikum..


Ahad haritu I plan nak bawak Shein beriadah jogging sikit sambil mengurangkan berat badan beliau yang debab tu dekat Tasik Titiwangsa. Memula plan nak pergi dengan Nik je tapi tetiba sakit hati pulak exercise berdua so I paksa Simaa ikut. Dia tu debab sama naik dengan Shein, kena kuruskan badan jugak tu. Simaa time tu tengah buat Cekodok (tak abes-abes makan) so I cakap ‘Siap sekarang, kitorang datang jemput’. HAHAHAHA. Takde pilihan Simaa kena la ikut sekali. Si Nik pulak orang dah cakap nak bersukan beria pakai cantik-cantik dah kena salin baju jugak. Naseb la rumah kitorang jarak tak jauh and nak ke Titiwangsa tu pon satu jalan. I dalam kepala dah plan, lepas jogging ni nak pergi Suraya Seafood la, nak makan Sup Ekor, Air Mangga dengan Pulut Mangga. Lepas jogging takde la rasa bersalah sangat nak makan hahahahaha. Sekali bila sampai Tasik Titiwangsa, close for renovation pulak. Cis! Simaa dengan Nik dah semangat nak naik basikal. Dorang cakap, I sorang je jogging lepas tu dorang follow la dari belakang naik basikal. Banyak punya cantik! I cakap kat dorang ‘Nampaknya tak boleh la nak exercise harini. TERPAKSA la makan je dekat Kampung Baru’. HAHAHAHAHA. Time tu pulak cuaca tak berapa nak cerah tapi Shein dah nagging nak main dekat Playground so the nearest recreation park is KLCC. Memang kuat betul jodoh I dengan KLCC ni so zaaaaaap terus kitorang ke KLCC. Sini pon actually ada renovation jugak but takde la tutup semua. Shein sampai-sampai je terus cakap ‘Mama, run runnnn!’ Si Shein memang takde masalah nak lari. I agak 5 km pon dia OK cuma bila penat dia merengek la. Pesen lari pulak is main kejar-kejar so kalau dengan Shein memang extra penat la. Kata Simaa lepas ni kalau nak buat fitness tak payah pergi gym, ajak je Shein pergi Playground lepas tu main lari-lari. Memang berpeluh lencun. Simaa cakap ‘Shein ni badan dia padat la, berat!’ Memang gigil-gigil si Nik dengan Simaa dukung Shein melayan panjat-panjat dekat Playground. Padan muka hahahahahahaha.



Siap jogging dapat 1 half round = 1.5km Shein nak main dekat ‘Buai Laju-laju’ pulak. Nak tunggu turn punya lama last-last dapat jugak. Si Shein suruh tolak laju-laju, kalau jatuh ni memang macam Nangka busuk.

Monday, October 22, 2018

Kisah Stationary Shein (^__^)

Assalamualaikum..

Shein kan... Sekarang dah ada homework tau? I pulak hari-hari bukak bag sekolah dia macam berdebar-debar. Apa lah kerja sekolah ko dapat ni Shein........??? Sebab usually, kerja sekolah dia memang I la lagi banyak buat dari dia. HAHAHAHAH. I tolong la dia sebab ada yang dia kena gunting-gunting and lekat. Dah kalau macam tu, Shein buat sendiri memang la bahaya sebab deal with scissor kan? Macam last week kena buat Family Tree kan? Ko ghaser budak 5 tahun pandai ke nak buat Family Tree kalau kita tak assist? So siapa yang seteressssssss lebih kalau bukan Mama beliau? I cakap kat Kaklong. 'Kak, sampai bila aku nak kena buat homework Shein ni?' Kaklong cakap, sampai la dia pandai sendiri. Makan la lagi 2 tahun. WHY????????? Why me??? Hahahahah. I dulu masa Darjah 1 tak ingat pulak Mak or Arwah Ayah buat homework sama-sama. Tapi I rasa dulu homework I macam senang je tadek pulak kena lukis Family Tree. I ingat I je face problem ni, rupanya De I pon sama. Dia dengan Amsyar. Sampai gaduh-gaduh la. I cerita dekat Ain, Ain cakap Kaklong dia pon sama buatkan Adi homework. Macam I, kalau gunting-gunting tu I buatla. Lepas tu bagitau Shein macam mana dia kena buat. Si Shein pulak I tengok kalau dekat sekolah elok je handwriting, tapi dengan I Subhanallah bughuk ghupernyaaaa!! Kekadang nak terkeluar anak tekak I cakap 'CAPITAAAAAAAAAAAAAL SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS'. Si Shein nak jugak s kecik, H besar la. Sesuka hati dia je nak tulis rojak-rojak. Kalau I ajar dia, eh balik dia pulak ajar kita cakap 'Wrong Mama, Salah!!' Sesambil slap my hand T______T. Memang gaduh-gaduh I dengan dia hahahahahah. Fikir balik kelakar pulak. Naseb ada Abah beliau yang menjadi penenang. Dia sabar sikit nak mengajar Shein. I kurang sabar sebab dalam kepala fikir, 'Jap lagi kena basuh kain, lipat kain, esok nak masak apa, eh Ikan dah defrost ke, baju esok aku tak iron lagi'. Mana la tak stressed. Menda banyak dalam kepala nak fikir dah tu ewaaaah tambah satu task lagi nak kena buat homework Shein. Mati muda la nampaknya I sebab stressed hahahahahha.


Ni Shein buatkan I card Birthday. Cantik je dia lukis. Ada heart shape kaler merah. You sayang I kan Shein? I know. 

Thursday, October 11, 2018

Shein and School

Assalamualaikum..

Dah sebulan lebih dah Shein start sekolah dekat Sayfol International School. Alhamdulillah makin lama makin senang nak handle Shein and my sleeping time pon dah sama dengan Shein. Sama naik tido before 10.00pm sebab memang penat a bit since Shein masuk sekolah ni. Kena la bertabah macam ni masak hari-hari sampai la dia masuk Year 3. Paling lewat 5.00am I kena bangun masak. Dah lebih kurang macam bulan puasa. Kekadang berlanggar-langgar bontot pagi tu dengan Sazli and Shein sebab kelam kabut nak cepat hahahaha. I happy tengok progress dia dekat sini. Homework once a week ada Shein dapat dengan Mama sekali involve. Sebab Shein tak boleh nak handle sendiri lagi but I enjoy. Lagi enjoy bila Shein woke up every day cakap nak pergi school. I memang tak sangka giler yang Shein boleh bangun awal pagi macam ni. Seriously. 6.45am kitorang dah keluar rumah and by 6.00am Shein dah boleh bangun. Duluuuuuu 9.00am pon belum tentu dia nak bangun. I am impressed with our performance Shein. Superb! Hi-5! Actually bila Shein sekolah ni pon I jadik lebih disiplin, seriously. 5.00am nak taknak kena bangun. Alarm tak boleh nak snooze lama-lama. House chores tak boleh delay. Kain kena cuci 3x seminggu. Bila dah kering, kena lipat terus. Everyday rumah bersih, siap masak terus sapu lantai dapur. Ada la 2x seminggu yang I tak sempat nak basuh kuali direct lepas siap masak sebab menu mencabar macam masak gulai ke or yang renyah-rengah sikit. I punya cita-cita now is I nak handle Shein 100%. Maksudnya mandikan and siapkan dia pon I nak buat. Now Sazli yang buat. I rasa I boleh kalau I tak  make-up or I bangun 4.00am tapi kesian pulak, ko dah kenapa 4.00am dah nak bangun? Hahahaha.


Year 1 menang lawan Tarik Tali dengan Year 2. Shein mungkin ada menyumbang kepada kemenangan sebab dia kan kuat makan? Hahaha. Dorang memang ada macam-macam activities. Kalau datang 9.00am – 9.30am tu seronok tengok dorang tengah buat outside activities. Mama proud of you Shein.. Senang dia nak berkawan and takde problem nak berkawan with new friends.

Thursday, October 4, 2018

Drama Shein Potong Rambut

Assalamualaikum..

Dah masuk 4 hari ni, I dah rasa macam tak berapa terkejut sangat dah dengan Shein punya rambut. Selama ni tengok dia rambut kenteng panjang tetiba ni dah jadik pendek huwaaaaaa moody la I satu malam. Surprisingly Sazli OK pulak. I ingat dia yang akan down. Kata Sazli takper la, sekolah kan? Kena la rambut pendek. Macam Sekolah Shein, takde masalah pon nak rambut yang macam Shein tu tapi kawan-kawan Shein la dok cakap rambut panjang tu girls. Boy kena rambut pendek.. Patut la Shein dari last week cakap kat Mama Abah nak ‘I want to cut my hair’. So Isnin haritu dengan hati yang merintih kesedihan (especially Mama) we say goodbye to his curly long hair. Huwaaaaaa sedih giler sangat rasa. Lepas je potong rambut, terus nampak Shein makin debab. Bulatnya ko Shein!! Tu la, sapa suruh kuat makan hahahaha. Nampak muka dia innocent sangat. Kang kejap-kejap dia sentuh kepala dia lepas tu cakap ‘No more hair Mama’. Sekejap kang tengok cermin senyum-senyum. Perangai Mama sangat. Hahahaha. Macam I, I tetiba rasa like he is different person. Sazli banyak kali cakap ‘Rambut je pendek, tapi perangai sama lagi’. Hehe. To be frank, I rasa tak biasa tengok dia short hair. Nanti la biar panjang sikit, I nak potong different style. Sebab this style macam a bit too short. I nak dia buat haircut macam Max Kenton dalam Real Steel. Yang macam tu handsome lah! Rambut Shein pulak jenis ‘hidup’, thick and curly. Memang cantik sangat. If la dia suka bun rambut lagi handsome. Tapi Shein tak suka bun rambut. Kata rockstar apa barang bun rambut? Kalau lelaki bun rambut perrrrghhhh bapak la stylo. Pakai kemeja sinsing sampai siku butang bukak sampai no 2, seluar fit atas buku lali kasut Pedro OMG handsomenyaaa. I can imagine. I sama macam Ellis, beli baju anak lepas tu pejam mata imagine and terus cakap ‘handsomenya kalau Shein and Umar pakai ni’. Saiko giler. Hahaha. Ikut I la kan, Shein baju memang banyak putih tapi disebabkan dia ni jenis ‘cermat’ sangat pakai baju putih so tak dapat la I nak pakaikan selalu. Kemeja putih + denim jeans. Perrrrghhhh! 


Right after potong rambut. Lainnya muka Shein. I masukkan dalam IG story and received hundred messages. Ada yang cakap handsome, ada yang ask why and cakap sayangnya. Maka I pon sebak hahahaha. Siti lagi la, dapat je tengok gambar terus call I and cakap ‘Wei, kenapa potong rambut anak aaaaaaku’ Huwaaa ko jangan tambah kesedihan aku la Siti!

Thursday, September 20, 2018

Bento Shein - Please Jangan Boring

Assalamualaikum..

Hi, boring ke kalau I selalu update pasal Bento Shein? Ke tak boring? Kalau boring pon I tak kira, I nak update jugak sebab I suka. Korang takde pilihan so kena baca jugak hahahahaha. Dah la bekas Bento Shein 1 je. Takde variety la. Ingat weekend ni nak beli lagi 4 baru meriah Bento Shein tapi mana nak sumbat? I suka la yang Shein punya Bento set ni sebab dia ada 3 compartment, ada sudu garpu and ada bekas sup as well. Shein pon suka tau? Excited dia kalau nampak I letak dalam Lunch Bag dia + every day I pack dia foods memang habes semua! Sayur semua pon dia makan. Alhamdulillah. No wonder now Shein D E B A B. Sedap peluk dia time tido. I malam tadi terfikir, berapa lama je lagi dapat tido sama dengan dia. Don’t grow up too fast baby boy. Pejam celik dia dah masuk sekolah, nanti tetiba dah masuk Kolej pulak lepas tu eh dah nak kawen. Huwaaaaaaaaaa. Anyway, korang ada jumpa tak any Online Shop yang jual Bento Set? Kalau ada leave dekat comment or tag je I dekat IG OK? I nak yang size dia muat-muat masuk dalam Lunch Bag Shein lebih kurang dalam 7x7 inch macam tu. Basic design pon takpe sebab nak comel-comel kesian pulak dekat Shein sebab nanti terhapus la imej dia sebagai Abang Kawasan Ampang. Dah la Sazli suka pakaikan bedak capok-capok. Tak macho dah anak I tau? Dekat IG selalu la I dapat DM cakap I rajin prepare for Shein makanan. Actually semua ni selain dari rajin ialah it’s compulsory for Year 1 and Year 2 student. Breakfast and Lunch memang kena bawak dari rumah sebab dorang tak makan dekat Café lagi. Too small maybe. Makan dengan kawan-kawan and Cikgu dekat their own area. So I buat untuk 2 tahun la InsyaAllah. I cita-cita anak nak 4 tapi macam tak sempat je ni. So baby No 2 and No 3 kena back to back la nampaknya (cita-cita kena tinggi) hahahaha.


Selasa I bekalkan Shein sup kosong (dalam bekas bulat tu). Lepas tu goreng ayam, telur dadar, salad dengan cherry tomatoes with Chinese Pear.

Friday, September 14, 2018

Pasal Shein and Bento Shein

Assalamualaikum..

Dah 2 minggu dah Shein sekolah. So far so good. Al-hamdulillah. Nampak dia happy dekat school. Bangun pagi pon ceria je. Masa hari kedua and ketiga ada la dia sebut ‘No School, No New Friend, No Cikgu’ tapi lepas tu dah takde dah. Dia pulak yang remind I jangan lupa Lunch Bag dia. Lepas tu mandi semua happy. Bila dah sampai parking, suruh I lari cepat-cepat sebab dia cakap Zombie is coming. Kena pergi School. Ada this one day, I pusing la 2 kali sebab susah nak cari parking lepas tu Shein tanya nak pergi mana, dia nak go to school. Budak kelas dia ada macam-macam bangsa. Sama macam dekat BBI dulu. Ada Korean, Nepalese, Middle East, Caucasian etc. Cikgu kelas nama Miss Dave. Setiap kali balik, excited la cerita dekat I pasal sekolah dia. Tadi main ball dengan kawan-kawan lepas tu bagitau makanan yang I masak nice. Kekadang complain pedas, kekadang cakap grapes sour and ask for more Mango. Joyah sangat Shein sekarang. Dah la debab. Every day I buatkan bekal breakfast and lunch memang habes. Shein OK je. Tak memilih makan kot? Tak pon dia kuat makan. Tak pon dia akan habeskan semua makanan sebab Miss Dave suruh ke, I tak sure. But kalau nampak habes tu I bersyukur sangat. Sayur pon dia makan. Tengok dia debab, I know dia cukup makan but he’s so huggable tau? Sedap peluk. I hari-hari tido berpelukan dengan dia. Kita dua memang becinta hehe. Now siang memang dia dah Free Diapers. Last week masa dia nak tido, I nak pakaikan diapers dia taknak. Huwaaa sedih jugak rasa anak I dah Free Diapers. Shein cita-cita tinggi sangat tau? Nak Free Diapers at night tapi padahal kalau pakai diapers, bangun pagi lencun kot? Hahahaha. Ada haritu I pakaikan jugak, bangun pagi dia rasa ada diapers, marah la dia suruh bukak. Ya Allah bujang dah anak I. Kalau dia poopoo dalam toilet dah pandai nak lock the door eh? Kemain. Ni Maktok, Baba, Abah beratur luar toilet takot dia terkunci. Padahal member dekat dalam elok je happy do big business. 


Last week Friday I bekalkan dia Breakfast Sandwich, lepas tu Lunch soup ayam with cherry tomatoes, ikan bilis, telur dadar dengan orange (Dia request nak orange).


Thursday, September 6, 2018

Shein Dah Masuk Sekolah!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 4 hari Shein start Term 1(Year 1) dekat Sayfol International School, Jalan Ampang (I LOVE AMPANG) hahahaha. So far dia survive and progress dia makin lama makin bagus la. Nak cerita more and review lebih sangat pasal Sayfol ni I pon tak boleh nak komen lebih lagi sebab baru 4 hari kan? Kalau 4 tahun lain citer la. Hehe. Raaaaamai yang ternanti-nantikan entry ni sebab nak tau info pasal sekolah baru Shein, kenapa Shein masuk Sayfol, apa yang best pasal Sayfol, pasal Fee's, pasal Bag Shein pon ada hahahahaha. Lepas tu suruh I upload hari-hari Bento Shein sebab nak ambik idea masak untuk anak-anak lepas tu tanya kenapa kena bawak bekal pergi sekolah, kenapa Shein pakai bedak, kenapa seluar sekejap pendek sekejap panjang eh macam-macam la. Mana yang I teringat, I akan jawab OK. If not, korang can always DM I dekat IG, email etc. InsyaAllah I akan balas selepas I selesai misi menyelamatkan dunia everyday (part time Power Rangers). OK? Now semua orang kena sayang I lebih sebab rajin layan blog readers. Yang tanya pasal rumah, ID Rumah, pasal batu Suzuka and semua-semua tu, nanti la kalau ada roh rajin, I akan jawab. Tapi rasanya memang all the time malas nampaknya hahahaha. Rumah is not my forte. Lagi-lagi dalam tempoh construction ni bukan I paham sangat. Yang pakar is Sazli. I minat nanti bahagian nak beli Peti Ais dengan Kitchen Cabinet lepas tu bab makan je. Now tengah giler makan BBQ Korea. Selang sehari pergi Koryo Won ni. Parah dah. Hujung bulan pergi kerja pakai sependa ni jawabnya. Hehe.


First day Shein at School. Isnin 3 September haritu. Baru 4 hari jeeee pon. So far so good. Both Shein and Mama survive. I lebih berdisiplin and everyday looking forward nak buatkan Bento Shein. Happy sangat sangat sangat sangat!

Monday, August 13, 2018

Anything For You Shein

Assalamualaikum..

Tak lama dah nak masuk December. By 12th December ni Shein dah 6 years old la. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Kan? Rasa macam baru je mabok mengandung kan Shein now ketiak dia pon dah pandai nak berbau hanget. Hahahahaha. Pagi-pagi I mintak nak cium ketiak, dia bagi pulak tu. Kang nanti tetiba dah nak sunat pulak lepas tu nak kawen dah. Huwaaaaaa. Don’t grow up too fast Shein. Tak puas lagi Mama nak manja-manja dengan Shein. Mama hope, we can be best friend forever. Kita boleh borak-borak pasal your crush, pasal sapa yang sakitkan hati you and all. Mama open and sporting. You know that. Macam Abah, dia agak conservative sikit but its OK son, you always have Mama to talk. You know that (^_^). Mama believe Abah love you even more, tapi dia man. He needs to be tough. Hati kena kental and of coz lebih tegas dengan Shein so that you also grow up jadik kuat and tough jugak macam Abah. Man, kena kuat. Jangan mudah mengalah, jangan manja sangat. But Abah sayang Shein habes dunia tau? Nanti bila Shein dah besar, boleh jaga Mama and kita boleh la keluar sama-sama berdua macam kita selalu buat. Teman Mama Medi and Pedi. Lepas tu pergi cuci rambut and kita boleh tengok movie sama-sama. Betul ni Shein. Mama memang nak Shein jadik kawan baik Mama FOREVER. Kita share problem and selalu kena heart to heart talk. Jangan ada apapa rahsia and kalau Shein ada apapa yang Shein tak suka Mama buat, you always can tell me. Ok? Mama dah boleh imagine nanti when we both grow old together bila kita jalan pegang-pegang tangan beli barang dapur or Mama teman Shein beli kasut bola. Best kan? Bestnya. Hope Allah panjangkan umur Mama and Shein so that kita boleh spend time sama-sama. Abah pon.


Anything for you Shein

Shein, thank you for the happiness and joy yang you dah brought for Mama and Abah. We are very lucky to have you. Rezeki Mama and Abah lebih murah bila Shein ada. Syukur Alhamdulillah. Hope Shein dapat maafkan Mama and Abah if we ever hurt your feeling sengaja atau tak sengaja. Deep down dalam hati Mama Abah, we love you so much and memang taknak you hurt pon but apapa kami buat bila bertegas, tercubit semua tu is for your own good. You sometime boleh tahan degilnya. Manja sangat. Nak ikut kepala dia je. But you know whatever it is, for you Son, Mama and Abah akan cuba fulfill apa yang Shein nak. Not to spoilt you, it just Mama and Abah nak bagi Shein ada memory yang indah masa Shein kecik-kecik. Tak kisah la apa pandangan orang lain, but for US memang we both nak Shein happy. When you smile, excited over something, itulah kebahagian kami. Bila Shein cakap ‘Thank you Mama Abah’ memang rasa berbaloi sangat (Walaupon dah 2 weeks check in hotel sebab Shein nak stay at ‘hotelhouse’ hahahaha). Shein selalu cakap ‘Its Mama, Abah and Shein homeeeeeeeee’. Bahagia sangat rasa. Shein, when you can read this entry, tahulah kamu anakku yang Mama and Abah love you beyond anything else in the world, to the moon and back. You are my number 1 and will always be my number 1. Always…

-eNd-

Tuesday, August 7, 2018

Family Outing On Weekend - Part II (Edisi Emos)

Assalamualaikum..

Life ni always ada naik dan turun. But apapa pon I always remember this simple quotes ‘Fikir Positive Yang Lain Akan Ikut’. True that. Tapi tak semudah tu kita nak positive sentiasa kan? Sure akan ada satu masa yang kita menung, fikir kenapa ujian ni kita dapat, kenapa Allah uji macam ni, kenapa kita, kenapa bukan orang lain and macam-macam jenis kenapa lagi. Tapi kan setiap manusia tu ujiannya berbeza-beza? Allah uji setakat mana yang kita mampu. I pon sama jugak kekadang rasa kenapa eh dulu aku tak belajar betul-betul kalau tak sekarang dah kerja Doktor agaknya (hahaha), kenapa tak start business cepat-cepat, kenapa tak kawen awal and ada 4 anak before 30 and many more lepas tu down. Sentiasa ada yang tak puas hati, padahal orang lain nampak  hidup kita sempurna and sapa tau, dalam diam orang adore life kita sedangkan kita kalau boleh nak more and more. Tamak. I pon sebenarnya ada rasa macam tu jugak kadang-kadang. Bukanlah tak bersyukur tapi rasa I can do better than this. I can have better than this. Macam-macam better than this la. But, bila-bila kita ada rasa perasaan macam tu, cuba compare life kita dengan orang yang lebih susah. Nanti kita akan insaf. Korang baca tak KRT dekat FB? I baca! Hahaha. Tergelak pulak tapi situ kekadang confession macam kelakar pon ada but also ada yang bila I baca rasa bersyukur. Dekat KRT tu ada yang tak kerja, suami pulak tak bagi nafkah, sudah tu pula kaki judi, kaki perempuan, kaki pukul, mulut longkang, kaki busuk eh macam-macam lagilah. Ada pulak yang cakap belanja tak cukup. Makan pon bercatu, baju pon tak berganti, rumah pulak tumpang saudara-mara, simpanan langsung tak ada, anak pon tak cukup makan. Kekadang dalam tangan itu lah ada RM15.00 nak belanja sampai hujung minggu sedangkan I, RM15.00 tu hari-hari bayar tol and parking je. Tak pernah risau tak cukup makan, tak pernah merasa susah yang maha hebat, apa nak makan dapat, makan pulak hari-hari sedap, hujung minggu suami bawa jalan-jalan, melayan anak dan wife boleh becantik-cantik jalan dekat mall tapi tengok cerita Tiada Cinta Sepertimu bila Bella dapat Handbag Chanel dari Hazran I pon rasa nak jugak kalau boleh, tak bersyukur tu apa yang dah ada sebab rasa apesal wanita lain boleh dapat handbag dari suami, kenapa I tak dapat (Sebab nak Chanel je hahahahaha). Tak bersyukur kan? Padahal I know Sazli tu work hard nak bagi anak dan isteri dia hidup senang. Setel semua bills, bayarkan lagi kereta, bagi lagi duit belanja, sediakan lagi tempat tinggal yang selesa. I betul-betul goyang tetek je tak bayar apapa. Eh jap, ada. I bayar Internet RM160.00 sebulan. Tu je. Hahahaha. Ya Allah, bersyukur sangat. Semoga Allah murahkan rezeki you Papa. I doa. InsyaAllah….


Sabtu pergi Pavilion, Ahad Sazli ajak pergi The Garden sebab nak beli selipar dia dekat Adidas. Dia kena pakai selipar yang tapak lembut sebab dia ada sakit kaki/tumit. Suka la I sebab memang jarang-jarang tu dapat pergi area Midvalley. Parking dah la sejenis hazab. Nak valet pon tak boleh sebab full. Setengah jam jugak la memusing carik parking.

Monday, August 6, 2018

Family Outing On Weekend

Assalamualaikum
Shein now kan memang kaki meladi la. (Tau ke Meladi tu apa). Kata Abah, sama macam Mama la. Eh, yer ker? Heeeeeeee. Lepas tu kan kalau dia tersepak apapa lepas tu dia sakit nanti dia over ok? Padahal sikit je tapi dia punya drama. ‘Aduh aduh aduh sakeeeeeet’. Hahahaha. Yang ni ikut Abah la sebab Mama jenis strong tahan sakit. Jarang la nak merengek apapa. Macam Sazli lain, dia manja. Demam pon mengerang geram nak lempang. Hahaha. Now weekend usually kita akan bawak Shein keluar la sebab kalau tak nanti gerak sikit nak buang sampah pon ‘Mama, Shein follow Ok?’ Hahaha. Ambik selipar terus yang tak tahan tu padahal nak buang sampah je pon. Tu Abah beliau kalah. Kesian dekat Shein kalau tak pergi mana-mana. Takpon nanti dia ajak pergi outside or Car.  Lesgo to Car Mama! Ni ha last week punya outing la yang dia sebok ajak ‘Hotel House’ sebab keluar dari Pavilion dia nampak hotel baru sebelah Pullman tu, lepas tu dia cakap ‘Mama, we go Hotel House ok? I want sleep, shower and swimming at Hotel House. It’s awesome Mama!’ Ajak pergi hotel. Bila tanya ada duit ke tak, dia cakap Abah Money. Selamat. Hahahahaha. Seminggu jugak la hari-hari tanya pasal Hotel House. Baru weekend lepas dapat bawak pergi check in. Suka la Shein. Dah tu, sebelum balik pepandai buat perjanjian nak pergi Hotel House lagi weekend ni ewaaaaaaaaaah banyak cantik muka? But now pon Shein dah banyak boleh tolerate. Toys pon usually dia nak yang murah-murah je macam Ultraman dekat Toys’ R Us tu baru RM35.00 sekor. Yang mahal tu biasanya yang Abah Shein yang nak. Hehe. So sebelum makan, pergi dulu Toys R Us biar dia pilih nak apa. Takyah risau sangat dah sekarang sebab kalau dia nak menda apapa merapu nanti Sazli cakap ‘That’s for Baby Shein’. So dia akan OK. Lepas tu baru la makan and kalau Mama Abah ada menda nak carik, dia dah takde masalah apa. Sabtu Ahad lepas Shein puas la berjalan. Sabtu bawak pergi Pavilion makan dekat Kyochon and Ahad pergi The Garden pulak. Puas hati Mama. Eh tak. Shein. Haha.


Semenjak ada Shein, jarang dah duduk depan. Sazli la driver. Mama and Shein Boss la. Hikhik. Tengok tu Blanket Shein yang biru tu, dah 2 minggu dia berkepit dengan yang tu je. Dia ada dua blanket actually. 1 brown, 1 blue. So pakai tukar-tukar but nak menukar tu memang a big problem la. Kekadang dia nanges sampai menggigil. ‘Why you do that Mama, why?’(Bila I tunjuk kat dia, blanket dah wet sebab I basuh).

Monday, July 23, 2018

Day Out With Shein

Assalamualaikum..

Ada weekend haritu I keluar berdua dengan Shein. Kitorang makan, tengok movie and buat Manicure. I jer la buat, Shein teman je haha. Redha je anak jantan teman Mama do girl thing. Sazli jumpa Azrul and visit baby baru lahir Hadry and Linda dekat Bangi. Sesekali memang Sazli ada keluar sendiri tanpa I dengan Shein. Me time dia. Biarlah dia nak buat apa. Now nak main bola pon tak boleh. Kena rest sekejap sebab kaki dia tengah sakit. Kalau dalam bahasa perubatan sebut Plantar Fascia Rupture. Last time dah ada buat minor surgery but now sakit pulak dekat bahagian lain. Dah gemok tu kot Papa? Kena exercise balik. Nanti lepas kaki dah OK, better la ON balik sports activity. Dulu masa ada John rajin jugak dia join run semua. Ni John dah takde dekat KL, geng pon dah takde last-last seluar running dia dah jadik hak milik I. HAHAHAHA. Kalau Seluar sukan, kitorang sama size je. Tapi Sazli selalu la cakap kalau I pakai seluar dia, nanti seluar dia koyak (dia bajet dia lagi kurus dari I what de???) Ada tak sesapa yang sakit sama macam Sazli? Kalau ada korang boleh la share experience eh? Now Sazli memang kerap la ke Gleneagles buat physio semua. Now pon dia pakai padding khas untuk letak dalam kasut bagi kaki dia tak pressure sangat and every night dia akan roll kaki dia dengan botol air yang dia letak dalam tempat beku. Kata Sazli banyak improve semenjak dia buat macam tu. Dia buat, Shein pon naaaaaak jugak buat. Kata dia, kaki dia ‘sakey’. Yerla tu. Shein now macam busy body sikit. Tak nampak Abah dia nanti dia jerit la ‘Abah, where are you? What are you doing?’ Dengar Mama and Abah borak nanti sebok nak menyampuk. Bila tak paham kita cakap melayu 100% nanti dia tanya ‘What’s going on Mama Abah?’ Bila kita cakap dia busy body, nanti dia cakap kita pulak yang busy body. Hahahaha. Haritu I tanya dia ‘Shein where are you? What are you doing?’ Dia balas ‘Why so busy body Mama?’ T_____T


Ni time queue nak beli ticket. Bagi Shein asal tengok movie je ialah tengok Didi and Friends. Lepas beli ticket ajak beli popcorn. I'm so hungry Mama. Yer la tu. Dia kalau dah makan pon, asal nampak makanan cakap hungry. Drama lebih.

Tuesday, May 15, 2018

Shein and Moon

Assalamualaikum..

Dah lama tak citer pasal Shein. Today nak citer pasal Shein la. Tapi dalam kepala dok tingat kain dari Team building + existing one yang dah melimpah keluar dari bakul tak basuh lagi OMG stressed. I taktau la masalah I dengan kain ni bila akan selesai hahahah. InsyaAllah rumah siap nanti, I ingat nak beli dryer la. Senang sikit. Siap basuh, keringkan terus lepas tu kain rangup lipat time panas-panas bestnyaaaaaa. Tak pon nak pasang ampai 10 kaki terus dari depan jejak ke belakang baru senang nak sidai kain. Now nak sidai kain, space sangat limited. Nak beli dryer tak tau mana nak letak. Lepas tu, bila dah lipat kain, nak susun pon semua dah terkeluar dari almari. Almari baju I tu dah 3-4 tahun kot tak muat. Bilik tetamu tu dah jadik pasaraya pakaian dah. Nanti I nak sort out semua, mana yang taknak, I taknak dah simpan. Simpan pon bukan pakai. Baju kerja lagilah sekian melambak. Kekadang ada yang pakai sekali je lepas tu dah goodbye forever. Adoooooi ko tengok, citer pasal baju dah berapa baris. Dah overshadow kisah Shein pon. HAHAHAHAHA. Anyways. malam semalam cita-cita nak basuh kain la kononnya, belakang Si Shein tak ada nap petang masa balik sekolah tu so Sazli cakap make sure Shein sleep early. Dah alang-alang Shein sleep early mama pon join la sekaki. Kata Si Bijak Shein masa nak ajak masuk bilik tido, 'I wanna go outside Mama. I want to watch TV. Watch Football', Ewaaaaah.... Macam pandai sangat nak tengok bola kan? Dia main petik je tu. Dia tau kalau Sazli stay up late tengok bola, so dia pon cakap nak tengok bola. Kadang-kadang bila I dekat rumah je dengan Shein, I masuk bilik dah ngantuk, dia Ok je duduk dekat hall sorang-sorang layan TV and iPad. Siap tutupkan I pintu bilik, tutupkan lampu, bagi selimut and wish good nite and cakap 'Mama, don;t cry. Ok? I'm outside'. Awwwwwww besar dah tu anak Mama. Dah boleh put Mama to the bed siap pesan jangan nanges, dia dekat luar. Betul ni kata Ain, tak lama lagi, Kaksu akan lebih manja dengan Shein dari Shein manja dengan Kaksu. I tot so (^-^) *konon comel la?


Ni waktu tengok The Avengers last week dekat KLCC

Friday, March 30, 2018

Pasal S H E I N

Assalamualaikum..

Nak citer sikit pasal Shein. Dah lama tak cerita pasal dia punya progress kan? Asyik citer pasal makan and pasal gemok je. Hahahaha. Ikut tahun, this year Shein dah 6 years old and tahun depan dah darjah 1. Ya Allah, besar sangat dah Shein ni, rasa macam baru je bersalinkan Shein tetiba dah nak masuk darjah 1 tahun depan rupanya. Untuk baby yang born tahun 2012 dah kena register untuk Sekolah Kebangsaan kan? Lepas tu kena ada test ke apa entah, I pon tak sure. Dengar cerita macam tu la. Sebab dorang nak asingkan kelas etc. Last time I ada comment pasal asing-asing kelas and I rasa macam ada unsur discriminate seawal kids usia 7 tahun tapi ada banyak pro and contra dalam hal ni. Ada yang setuju and ada yang tak setuju.  Ada yang cakap elok la asing-asingkan pandai dengan pandai je so that nanti tak menganggu bebudak yang pandai yang cepat belajar sebab nak tunggu yang a bit slow to catch up with them. Nak guna perkataan ‘slow’ pon I tak sampai hati, macam mana la umur 7 tahun pon dah ada grade kan this kids pandai and slow. Taktau nak cakap la. Macam sound so stressed for the kids nowadays. Semua bebudak pon dah pandai-pandai and ramai la parents yang dah gelabah tetek takot anak mereka kurang pandai dari yang lain and sudahnya anak-anak darjah 1 dah stressed nak belajar siap dah ada tuition class OMG. Susah, kan? So for Shein dia akan continue dekat Building Blocks International for next year. Sampai bila, tengok dia punya progress macam mana. Dekat BBI guna IGCSE module. Apa itu IGSCE? IGCSE is the abbreviation of International General Certificate of Secondary Education. It is world most popular international certification for end of secondary school (equivalent to O-Level, UK GCSE, fifth form or year 11 in respective countries and schools), before one proceeds to Advanced Level (A-Level). Senang aku copy paste je kalau ada sapa tanya apa IGSCE tu. Hahaha.



Kita bagi la gambar Shein sebagai selingan. Ni gambar last week dekat Eco Ardence Setia Alam punya football field. Ikut Abah dia. Sini best, boleh Shein kick the ball and exercise. Mama beliau pakai wrong outfit so duduk memerati je la tepi padang. Dia kan Princess?

Tuesday, March 20, 2018

Konsert Hora Horey Didi & Friends With Shein

Assalamualaikum..

Ahad haritu lepas check out from Royale Chulan, kitorang pergi KLCC nak tengok Konsert Hora Horey Didi & Friends. Shein sure excited ni sebab dia suka jugak Didi and dia kenal Didi. I memula saspen jugak sebab takot dia boring ke, sekali dia sukaaaaaaa. I beli ticket online so sampai sana, queue for print out the ticket balik je. Shein nampak je Poster terus cakap 'Jum Mama jum.. Didi and Friends. Jum Mama'. Dok heret tangan I. A few Bahasa words dia belajar dari Didi and Friends la macam count Satu, Dua, Tiga. Haritu I dengar Shein kira sampai Tujuh. Comel je dia pronounce. Now pon kalau apapa dia cakap 'Terima Kasih and Sama-sama'. Baba and Maktok la ajar dia cakap Bahasa Melayu. Banyak dah Shein boleh cakap sekarang ni. Boleh la borak dengan dia. Bahasa Melayu tu banyak pengaruh Utagha la. 'Mana?' paling obvious bunyi Kedah. Takpe. Slowly Shein, InsyaAllah lepas ni boleh borak-borak cakap Melayu pulak. Shein bukan taknak cakap Melayu but dia kan ada speech delay, so dekat Sekolah and borak-borak dengan kitorang banyak guna English. English lagi simple kan? Untuk Bahasa, slowly kita ajar but Shein catch up dah banyak jugak now. Banyak dia tau sebut dah. Alhamdulillah. TQ to Teacher's and Friend dekat BBI yang banyak helps Shein at school. Betul Mr D cakap, nanti at this one point, kita boleh nampak Shein punya progress akan lebih laju dari biasa. I pon nampak tu sekarang. Paling best sekarang dah lebih banyak two way communication Shein with people. Yang 1 way communication tu bukan sebab Shein tak paham, cuma dia buat perangai Sultan Melaka. Ikut kepala dia jeeeeee. Tapi ada masa, dia tewas dengan airmata wanita (aku ler tu). Bagus Shein. Jadik lelaki kena lebih sensitive pada perasaan wanita Ok? Especially yang manja and Pwincess macam Mama ni. Hahaha.


 Ya Allah, tinggi sangat dah ko ni Shein. Umur baru 5 tahun 3 bulan. Jangan nak tinggi sangat. Orang nampak Shein, usually akan cakap dia dah masuk sekolah rendah. Ikut keturunan Pakistan Baba la ni. Ruas besar-besar. Shein nanti Form 1 sure sama tinggi dengan Mama ni.

Tuesday, March 13, 2018

Shein, Rizky and Makaaaaaaaaaaaaaaaaan

Assalamualaikum..

Last 2 weeks I bawak Shein jumpa dengan Atok (GF) and main-main dengan Amsyar and Baby Khairy Rizky my 4 months YO nephew dekat Klang rumah De. Happy la Shein bila cakap nak jumpa dengan Amsyar tapi Amsyar pulak demam. Melepek je. So takde main sangat dengan Amsyar. Dia banyak menggentel Baby Rizky je. Shein ni asal nampak Baby, dia akan mintak izin nak kiss. Ada gaya abang-abang dah tapi bila tanya nak adik ke, dia cakap 'No!' Lepas tu geleng-geleng kepala sampai nak langgar dinding. Hahahah punya taknak. Usually dengan Baby dia lembut je. Nanti dia pegang tangan, belek-belek pipi. I tengok macam dia tengah belek Ikan pon ada. Amsyar dulu kalau nampak Baby dia cakap 'Ulat'. Kan Baby dia macam bergerak menggeliat macam ulat? Ulat pon boleh jugak. Hahahaha. Tak boleh la imagine macam mana kalau Shein ada adik nanti. I ingat nanti nak dapat anak kembar sorang laki sorang pempuan. Senang dapat sepasang terus. Takyah beranak banyak-banyak kali. Citer macam menda senang je. Ko fikir mengandung tu apa? Boleh request nak anak laki ke pempuan ke kembar ke? Hahahahah. Tapi tadi borak dengan Intan pasal pregnancy lepas tu rasa macam adooooi nak kena mabok lagi ni. Acane ni? Dah la nanti kena makan Nasi Kudu. Huwaaaaaaaa hahahahhaha. Intan puulak, cara dia phobia nak pregnant macamkan dia pernah pregnant. BF pon takde, lagi cakap banyak.



Shein and Rizky. Peha sama naik.

Monday, March 12, 2018

Weekend With Shein

Assalamualaikum..

Ya Allah seksanya rumah I takde air. Shein 2 hari tak sekolah. Dah la rumah kitorang takde air, rumah Baba and Maktok pon takde jugak (tapi depa ada air tanki so at least takde la terputus terus bekalan air macam kitorang). Jadiknya hukum dia memang mandi 3-4 gayung je la. I dari Rabu kot dah bermasalah dengan air? So Khamis/Jumaat kita mandi dengan Drinking Water sama level dengan Michael Jackson. Sabtu-Ahad check in hotel. 1 Carton Drinking Water RM10.00 dapat la dua kali mandi. Masuk hari Jumaat harga dah increase jadik RM16.00 1 Carton. Nak taknak kena beli jugak la dah kalau tak, takkan nak mengkambeng pulak. Mengkambeng tau apa? Hahaha. Kata Bapak 'Hang bukan suka mandi pon, pasai apa ayaq takdak ni hang macam affected sangat?' Kentut betul. Hahaha. I tak suka mandi kalau weekend je laaaaaaaaaaaa. Actually masa Sabtu tu, ada air sekejap sampai pukul 12.00pm so sempat la I basuh kain 3 trip. Legaaaaaaaa. I memang becinta dengan kain. Basuh, sidai, lipat and susun. Memang becintaaaaaaaaaa. I hope one day ada la sesiapa reka mesin lipat kain yang mobile bukan industrial punya size. Memang aku beli 18 la sebab nak balas dendam. Hahaha. Bongok. Jumaat - Ahad Sazli ke Utara sebab nak visit family Arwah Kash and visit kubur arwah as well. Lepas tu dia visit jugak Cikgu Halim and Teacher Aishah - Cikgu kesayangan dia masa dia dekat SMT Kulim dulu. Dia pergi dengan Apit and John. I memang cakap pada Sazli, biar I dengan Shein tinggal dekat KL. I nak visit dia ke Utara this time berkualiti sebab I taknak dia nanti jadik serabut bila I ada dengan Shein. Paham-paham la angin Shein, bukan selamanya baik. Biar dia ada peace of mind. Biar dia reminiscing back memory dia dekat sana and have his own sweet time. I nak dia happy. I still tak boleh lupa macam mana keadaan Sazli waktu dapat berita Arwah Kash meninggal and I betul-betul nak dia spend quality time dengan Apit and John this time. I hope untuk depa semua, biarlah aktiviti perjumpaan macam ni berpanjangan. Appreciate each other selagi ada nyawa. If anything happen, kita tau yang kita hargai masing-masing.


Sabtu petang sebelum check in hotel, I bawak Shein pergi KLCC Park. Ajak teman I jogging. Tak pepasal Shein masuk dalam ini cerita. Sian Shein. Tapi dia Ok je. Happy main kejar-kejar dengan Mama.

Friday, February 9, 2018

How We Spend Our Thaipusam Leave

Assalamualaikum..

Last week cuti Thaipusam kitorang bawak Shein keluar lunch. I tanya dia nak makan apa and dia cakap ‘I want shiken Mama’. Ok nak makan chicken kita pergi Kyochon la. Situ memang Shein punya favorite. So kitorang bawak Shein pergi Pavilion. Queue lebih kurang dalam 15 minutes macam tu then only dapat tempat duduk. Shein punya mood agak baik masa harini, Alhamdulillah. Cuma masa sampai tu, dia suruh Abah dia pegang handbag Mama sebab dia nak mintak piggy back – you so heavy. Hahaha. Selalu kalau mintak dukung I, Shein akan cakap macam tu. I dengan heels naik escalator dukung dia. Naseb la dia ok lepas I cakap daaaah and turunkan dia, ask him to walk. Shein ni kekadang auta lebih. Mintak dukung tunjuk kaki ‘sakey = sakit’. Boleh je. Kalau mintak dia ambikkan air pon, half way nak sampai dapur eh tetiba boleh pulak sakit kaki. Haritu dia nampak Sazli sakit kaki sebab Sazli dok mengerang dia tanya Sazli ‘Abah, are you sakey?’ Hahahahaha. Dia kalau Abah or Mama sakit, memang very concern. Tengah mengamuk pon lepas tu I cakap I sakit he will stop. Tapi I taknak la guna trick tu nak kasik dia bertenang sebab macam tipu pulak. Cuma bila I senggugut and pegang perut baring dalam bilik, Shein datang and kiss dekat perut. Alahai anak…. J Sejuk hati Mama. Tapi bila dia buat perangai yang dia sendiri taktau apa dia nak, lepas tu tantrum kecik besau je I tengok dia. Haha. Shein ni kekadang susah jugak nak bermuzakarah. Ikut kepala dia je. Cuma bagusnya Shein ni, lepas dia tantrum usually dia akan rasa bersalah lepas tu mintak maaf. Lepas dah ok nanti dia punya peramah lain macam. Kejap Mama, kejap Abah. Bila kita buat tak layan cakap ‘Showie Mama, hug me’. Mana aci…………….!!


Ni before foods sampai. Mata melekat dekat iPad. Memang tak berkenan perangai Shein ni tapi kalau dekat kedai  makan, untuk ketenangan boleh la bagi dia iPad.


Tuesday, December 26, 2017

Cekodok Pisang + Cucur Bilis + Shein and Adrieyl

Assalamualaikum..

Hujung tahun ni ramai eh yang sambung cuti? I takde bawak Shein pergi mana-mana lagi so far. Plan weekend ni nak spend time dengan ongkaya Aliah and Atiq pergi Holiday House memana sebab Altaav dah rindu Shein and jeles Shein ada best-friend lain hahaha. Lepas tu minggu depannya pulak baru outing dengan Adrieyl’s family maybe ke Melaka menggemukkan badan. Tak naik kapalterbang pun (selamat). Semua driving distance je. Harap jangan la jem beria sangat cuti-cuti sekolah ni. Malas nak mengadap jem walaupon I takde fungsi apapa pon kalau jem ke tak. Kerjanya membuta dekat seat belakang dengan Shein kah kah kah tapi duduk dalam kereta lama-lama pon penat jugak ok? Nanti balik nak kena basuh baju lagi. Lepas tu sidai, lepas tu kering kena lipat lepas tu kena susun. Haish! Baju baju baju!I memang becinta la rasa kalau involve kain/baju ni. Memang bermasalah betul. I tak suka basuh baju dekat dobi sebab nanti baju jadik warna gelap lepas tu nanti dia akan shrink. I don’t like. Minggu ni kitorang takde pergi mana-mana. FINALLY setelah sekian lama, weekend ada dekat KL. So on Saturday tu bawak Shein keluar dengan Adrieyl’s family pergi lunch dekat Bellamy makan ikan bakar and lepas tu ke MyTown. Ingatkan nak bagi Shein main robot yang dekat Level 2 tu, tapi dah tukar dengan mainan lain. Pun ok jugak. Siap tu, kitorang makan dekat Street Churos and lepas tu ikut CT beli fresh milk dekat Village Grocer and Si Shein pon sama naik nak shopping. Sejenis perangai apa yang dia kenal barang tu, semua letak dalam trolley. Haritu dia letak fresh milk, orange, strawberry, vitagen, banana and some toys. Sudahnya banana je I bayar kah kah kah. Naseb member tak perasan. This time ok sikit, haritu segala mala bawang, tomato, ginger dia belasah suruh I beli. E! Bukan nak makan pon.



Pisang yang Shein ambik tu macam dah riped so terus I buat cekodok pisang. Pisang tu ada dalam 6 biji. I letak tepung sikit and gula dalam sesudu sebab pisang tu tak manis macam pisang emas + secubit garam kasik lemak. Sedap wei!