Wednesday, February 21, 2018

What's Cookin'? - Ikan Tenggiri Kicap Pedas + Sawi Goreng + Tempe Goreng

Assalamualaikum..

Last day dekat Bangi, for lunch I masak apa yang tinggal je. Sayur ada, tempe ada, ikan tenggiri ada so dapat la complete meal for lunch. Kitorang duduk sana 4D3N beras 5kg beli 2 kali ok? Banyak makan semua ni, bela saka ke memasing? Keeeerrrrghhh (Bunyi hantu). Hahaha. Lepas tu beli bahan basah + bahan kering sampai RM800++ banyak giler. Taktau la sebab kitorang tak pandai budget or apa dia. Tapi puas makan la, worth it. Lauk pon takde yang membazir, abes je semua makan. Telur beli sesarang abes lepas tu tambah lagi 12 biji poooon all gone. Bawang pon 2 kali beli. I masak memang pakai banyak bawang. Selagi ada jenis, semua kena guna and beli. Naseb ada bawang putih, bawang merah and bawang besar je. Kalau ada bawang oren, bawang biru, bawang hijau pon I yakin, semua I nak guna for cook. Tu dulu masa Arwah Ayah ada, kalau Hari Raya, memang dia beli bawang seguni terus. Takde dah sekilo dua hahaha. I tengok Adamdidam masak letak bawang 2 biji kecik alahai giler tak puas hati. Dah tumbuk semua, perencah tu jadik la sesudu je. Merana jiwa I tengok. Hahaha. Cili Atig beli banyak giler, seplastik ada balance so Kak Cici la bawak balik. Kalau still got time dekat sana, cili hijau tu boleh hiris-hiris tumis dengan bawang lepas tu campur dengan air asam jawa and tabur dengan ikan bilis goreng pon sedap! I tingat dulu ada makan macam tu dekat rumah Maklong I dekat Serom 8. Masak simple je tapi sedap. Biasa makan makanan dekat rumah orang memang semua sedap je, kan? BTW, Bangi punya pasal, badan I naik giler. So now tengah usaha nak dapatkan berat badan asal but schedule makan-makan boleh tahan for this week. I harap hati I kental tengok semua makanan sedap tu. Doakan I berjaya.


Tempe goreng ni makanan orang jawa. Tempe tu I salut dengan tepung goreng KFC. Bancuh batter dia pekat-pekat sikit. Lawan dengan Sambal Kicap. Cenggini! 

Tempe goreng ni punya pasal, CT ajak Zairi pindah sebelah rumah I. Kata dia, nanti I masak, I hulur dekat dia sepinggan. Yerla tu, kang aku bagi makanan, ko simpan lepas tu ko minum shake. Yang gemok sorang-sorang ialah aku. Hahaha.


Sawi goreng + tauhu lembut. Tumis macam biasa je perencah, takde yang fancy. Tauhu tu goreng dulu sekejap bagi dia keras.


Combination lauk ni memang kena. Yang Ikan Tenggiri tu I masak Kicap Pedas. Blender bawang merah, bawang putih, serai, halia, kunyit hidup, lada besar and cili padi lepas tu tumis dulu rempah 3 sekawan and masukkan cili blender. Dah pecah minyak masukkan sos tiram, kicap manis, gula and garam sikit je. Dah tu masukkan ikan tenggiri goreng (garam+kunyit 3/4 cook) and last sekali  masukkan cili hijau belah dengan tomato. Siap! 


Tempe nak sedap potong nipis-nipis sikit. Batter tu jangan cair sangat. Goreng rangup-rangup.


Selera Adrieyl makan. Dia makan Chicken Soup + Veggies.


Si Shein pon nak makan sendiri. Kekah ayam guna tangan je. Fork and Spoon hanya sebagai hiasan. Haha.

Nanti I share gambar kitorang dekat sana pulak eh? I biasalah kalau tengok dalam Gallery banyak gambar makanan, yang tu dulu I share. Sebab rasa paling penting ialah M A K A N A N. Yang lain peram je. Sudahnya tak update. Nampak sangat becinta dengan makanan more. Hahahaha. Shein makan takde masalah, lagi pulak kerjanya mandi kolam je so perut memang lapar if mandi kolam. Dia dalam kolam, I suap nasi setel sepinggan. Tak cukup mintak eggs pulak. So I buat scramble eggs makan dengan roti setel 4 keping.  Shein ni memang tau debab. Selera je kalau tengok dia makan. Naseb la jenis tak picky. Apa pon bedal. Cuma I perasan, dia kurang gemar yang masam-masam. Sama macam Abah dia la. Nak makan laju, kasik je kuah kari or soup, time suap makan tu pon boleh gaduh. Shein boleh je feed himself tapi I la semak tengok sepah-sepah dekat lantai. Dah, meh Mama kau je suap. Kekadang dia suap sampai kembong-kembong pipi. Kecik macam ni comel la debab Shein. Nanti dah remaja jangan nak debab sangat. Ok?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...