Friday, March 9, 2018

Huda Glory Kembali Mengganas

Assalamualaikum..
Huda memang paling suka buat I punya diet failed. Dia suka feed I dengan kuih sedap-sedap yang jenis kalau makan, tak cukup sekeping/seketul and mesti mau berketul-ketul takpon abeskan aje sekali hadap. Haritu dia bagi I makan Tart Nenas dia sampai I makan tak boleh berenti Ok? Satu balang gone tak sampai setengah hari. Berebut lagi dengan Sazli. Lepas tu tadi dia bagi I Marble Nutella Cake. I makan dengan Dyba, Intan, Izzah dalam masa less than 5 minutes, abes setengah bekas. Banyak tu makan. Ada sorang 5-6 pcs. Intan je cakap dia makan 2 padahal dia kira lepas dua, dua lagi. Walaupon dah banyak kali tetap 'Intan makan 2 eh?' YERLAAAAA. Hahahaha. Ya Allah amenda sedap sangat kek ko ni Huda? Letak sependa ke apa? Hahahaha. Rasa manis dia just nice. Ngam-ngam je. Dah la lembut. Takde peroi apa, memang sedap! Kepada Kaklong diucapkan jangan la sedih melihat kami semua makan cake sedap ni dalam Instastory and WhatsApp sebab Kek Huda ni lagi sedap eh dari Kedai Kopi Favorite aku? Yang kat sana tu macam heavy sikit. Tapi yang Huda punya ni alahaaaaai ko dah kenapa sedap sangat Huda? Butter cake je pon. Hesh! Kaklong cuti harini sebab Kakyang bersalin bedah harini dekat Pusrawi. Tambah lagi sorang cucu I menjadikkan I nenek kepada 3 orang cucu. Perrrrghhhh!! Dah bercucu dah I OMG. Meanwhile meh tengok Kek-kek Huda yang dia buat sekarang.


Marble Nutella 7"x7" RM35.00



Congo Bar 9"x9" RM55.00


Kek Sarang Semut 8"x8" RM40.00


Kek Pisang Moist 8"x8" RM30.00


Pandan Butter Cake 7"x7" RM35.00


Brownies 9"x9" RM50.00


I up lagi satu Marble Nutella (Saja carik pasal)

Nanti I nak rasa yang Orange Butter Cake pulak la. Kata Watie yang tu pon sedap jugak. Nanti I mintak Huda buatkan I. Untuk yang baru baca blog ni and tertengok kek-kek Huda ni jangan risau pasal rasa sebab tak pernah mengecewakan. I ni PAKKAL la tengah nak control sugar, kalau tak memang I mintak Huda SEMUA yang I ada post dekat sini. But semua yang ada ni, SEMUAAAA I dah rasa. Tu Kek Pisang Moist tu memang I peratikan ajer. Teringat kelembapan kek tu macam mana. Si Shein pon suka jugak makan. Hadooooooi. Huda tu memang, dia hari-hari masuk gym memanglah kurus. Yang gemok sapa? Tak lain tak bukan I la. Pada yang nak order boleh direct terus Call/WhatsApp Huda dekat 019-7165687 Ok? Huda now duduk dekat Setia Alam. Ke Bukit Jelutong eh? Hahahaha. So orang belah-belah sana la paaaaaaaaaaaling senang nak jumpa Huda. KL ni ada hari yang Huda datang for delivery. Bagus jugak. Kalau dulu dia duduk TTDI, if dia tak FREE nak delivery I sanggup datang sana. Dekat kan? Check IG Huda_Glory dekat sini. Budak ni jenis pemalas nak update gambar. Geram je.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...