Tuesday, March 20, 2018

Satay Madura

Assalamualaikum.. 

Dah lama tak makan Satay Madura. Last rasanya 18 tahun lepas. Hahahaha exaggerate giler kalau bercerita sama level dengan Makcik Bawang eeeeuwww. Dah a few days I cakap dengan Sazli tinginnya nak makan Satay Madura. Abang Indonesia yang meniaga dekat Flat Ampang belakang ni tak sure ada jual lagi ke tak sebab memang dah lama tak pergi. Nanti la bebila balik awal dari kerja I nak try pergi, kan sekarang sebok jogging (cecece) so sampai Ampang pon dah 7.00pm++ mana nak sempat. But haritu masa tengok anak Kakyang dekat Bukit Antarabangsa dapat jugak makan Satay Madura ni. I pesan Along suruh beli dekat kedai Indon bawah Ukay Perdana sana tu tapi dia semacam kurang kick sebab kurang masam and kurang pedas. Actually nak sedap kalo, dia punya kuah kena letak sekali lepas tu makannya pon ada cara jugak. Masukkan satay tu dalam mangkuk, lepas tu makan dengan sudu. Scoop sekali dengan kuah dia, peeeerrrrrghhhh. Kata Sazli, yang ni macam kurang kick. Dia rasa macam tak puas. Dia kata la. Dalam pada tak puas, 10 cucuk ada jugak tu aku tengok. Hahahahaha. Satay Madura ni lain dengan Satay Malaysia. Satay Malaysia pon sedap jugak, tapi I suka Satay Madura lagi. Macam Nasi dia, bungkus dengan daun pisang yang macam Lontong Jawa tu. Tau? Yang lain lebih kurang Satay Malaysia jugak. Ada kuah kacang and makan dengan raw bawang. Yang dekat restoran komersial Indonesia macam Warong Penyet etc tu I tak pernah try lagi, so taktau macam mana rasanya. Sapa pernah try?


 Satay Madura. Ayam lapanposen, kambeng singget harga dia untuk secucuk. Kata Along, tukang jual ni eksyen sikit. Mintak pedas and limau lebih dia jeling. Hahaha. Eksyen la tu Satay dia sedap. Korek biji mata baru tau.


Wuuuuu sedapnyaaaaaaaa

I macam dah lama tak makan Nasi Ayam Penyet. Rasanya sebulan ada kot? Semenjak tengah berusaha nak turunkan berat badan ni. Makan pon control je semua. But sesekali on weekend ada la jugak cheat day I. Lepas tu I upload gambar makanan dalam IG ada je yang komen tanya pasal progress diet. Kentot la. Potong je tau? I pon manusia biasa, ada masa meroyan nak makan beria. Actually macam Satay ni lagi la banyak calories dia + dengan nasik lagi, but kalau tingin, boleh makan secucuk dua. Jangan pulak makan selapan belas cucuk pulak. Ok?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...