Monday, April 23, 2018

From Terengganu With Love

Assalamualaikum

Alhamdulillah I dah sampai Kuala Terengganu dalam pukul 10.30pm waktu Malaysia (bajet Terengganu oversea ke apa siap waktu Malaysia bagai) Hahaha. Woi apa jauh benar Tengganu ni? Kata Sazli dah macam nak balik kampung Tok dekat Kedah sana. Kitorang dari Jengka pon rasa jauh, yang Atig/Aliah/Zairi/Ct dari KL lagilah terasa jauhnya. Malam tadi sampai kitorang duduk dekat rumah airbnb dekat Chendering and lepas tu bangun awal-awal pagi pergi Jetty and naik boat pukul 9.30am macam tu terus ke Pulau Redang. Weh, lama giler I tak datang Tengganu. Rasanya last I pergi tahun 2010 kot masa sukan KSRF. Tingat makan Ikan Celop Tepung cicah kuah keropok perrrrghhhhh bapak sedap. This time around taktau la sempat ke tak nak makan ikang macam tu. Orang Tengganu panggil ikan tu ikang. Ye dop? I akan stay here sampai hari Rabu. Datang sini pon sebab kesian bebudak ni masuk term baru tak pergi holiday mana-mana pon. Padahal Shein je sorang yang tak pergi mana-mana dok drag tuduh Altaav and Adrieyl sekali. Ni ponteng la sehari sebab patut new term start Rabu ni. Awal-awal dah bad attendance ko Shein. Hahaha.


Sedapnya Sotong Celup Tepung


Nanti I share la lebih detail mana I stay, apa itinerary semua dekat Redang ni. Ok? Kitorang budget vacation je ni takde lavish pon. Atig cari package boat transfer, chalet, snorkeling, makan bagai dalam RM750.00 sekepala. Murah kan? Bayar banyak tu je for 3D2N package and lepas tu datang goyang tetek je duit apa semua takyah beria melainkan nanti nak main beach activity kot tetiba ada kuda terbang ke, tu lain citer. Yang confirm buat is hiking and snorkeling. Yang lain taktauuuu and I memang tak ambik tau. Ikut je apa yang Atig dah buat. Dia je agent kitorang dekat sini so apapa pon konsep dia trust your agent and redhaaaaa hahahahahha.

Nanti I dah dapat bertenang dekat sini, I will share gambar dekat dalam blog Ok? Yang penting kitorang punya swimming mask beli dekat Decathlon ada sorang satu so takyah dah berebut dengan Shein. Dia tu jenis beria. Padahal bukan la pandai sangat pon berenang, eh tapi dia dah boleh floating la wei, lupa I. Yang tak pandai berenang tu aku. Kah kah kah. I hope I tak la hitam balik dari laut ni. Actually I takde berapa suka laut tapi sebab dah namanya berjalan aku suka je. Janji keluar dari Ampang. Hahahhaha. Oklah, nanti petang-petang sikit kita borak lagi. Best jugak holiday time orang lain kerja. Hehe. Kepada yang bekerja, selamat bekerja. Majulah sukan untuk negara. Okbye!

-eNd-

3 comments:

missalongwani said...

nak jumpeeeeeeeeeeeeeeeee...hhuuhuhuuhhuh

tulip said...

I awal mei plan nak ke redang. Package 3d2n rm645 (food+hotel+snorkelling) kt Laguna Redang. Tp tgk review org, biasa mei ni packed ngan tourist. jgn bertemu punggung dah la masa snorkel. Haha.. enjoy ur trip & cant wait for pics of the island n tips travel.

aziekz said...

Nt singgah kemamang yea😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...