Assalamualaikum..
Harini 20 April 2018 genap 36 tahun usia Sazli.
Alhamdulillah… Happy Birthday Papa!
Assemoga! Sayu je tengok dia pagi tadi bangun solat subuh lepas tu doa lama.
Apa la dia doa tu… Tak lama lepas tu Si Sheindong bangun mintak urut kaki maybe
krem. Dekat luar dengar dia cakap ‘Happy
Birthday Abah’. Sayu je rasa. Shein bab wish birthday dengan bab mintak
maaf ‘Sorry Abah….’ Memang win. Cair
hati siapa yang mendengarnya. Haha. Pagi ni nampaknya keadaan di rumah aman dan
tenteram takde pergaduhan antara kami bertiga hahaha. Both boys woke up early.
I pon pagi tadi dah setel kemas umah semua sebab malam ni nak gather dengan
Geng Kunyit, so taknak rushing sangat. Katanya nak potong kek for Sazli sesambil
meeting untuk Redang Vacation Isnin depan tapi I saspek meeting tak sampai 5
minutes, the rest merapu. Dapat pulak CT and Zairie laki bini selenga, tak
boleh buat apa la. Jenis explain beria walaupon sebenarnya kena bahan. Tapi
sebab lurus pembaris, so dedua tak paham antara kena bahan dengan time serious.
Last week I pergi KWSP nak handle thing sikit, lepas tu CT tanya ‘Ko pergi KWSP buat apa wei?’ Lepas tu I
jawab ‘Aku nak keluarkan duit acc kedua.
Beli handbag’. CT terus cakap suruh I ajar macam mana nak keluarkan KWSP
untuk beli handbag T_____T Adoi CT, ko ni nama je study dekat London tapi S E L
E N G A. Paham tak? Hahahaha. So, pagi tadi Sazli siap cepat pergi rumah Bapak.
Depa gather anak beranak semua makan Pulut Kuning sama-sama (I je takde sebab
kerja). Ya Allah sweetnya Bunda Azizah masakkan Pulut Kuning ada No 36 untuk
anak tunggal dia. Nanti Shein dah besar, dapat ke I buat yang sama untuk Shein?
Panjang ke umur kami anak beranak? Kata Sazli, dulu masa dia kecik-kecik Mak
selalu buat macam ni untuk dia and now umur 36 dapat lagi… Cantik Mak hias
pulut kuning ada merah/hijau. Nanti balik kerja lah baru I rasa.
Birthday
Boy. My husband, my best friend. Happy Birthday Papa! Assemoga.
Sazli
and Bapak. Hi Bapak. Pakai baju melayu macam tu simple pon handsome. (Biasa
kalau I cakap macam ni, cepat Bapak simpan dompet dia. Dia cakap bahaya).
Hahahaha
Sazli and Bunda. Sian Maktok harini kena jadi
Kuda main dengan Shein. Hahahaha. Sweet la Maktok buatkan Sazli pulut kuning.
Ni dapat makan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis ni, perrrrghhhh
Pulut
Kuning and makanan lain for breakfast by Maktok
Ni
kitorang makan dekat Las Carretas with Mr D and Shariffah the other day.
Shariffah cakap boleh celebrate early. Ok jugak. Sazli dia segan kalau orang
celebrate untuk dia. Tapi bini dia jenis beria, so dia kena redha.
Untuk birthday Saz kali ni seriously I tak tau nak
beli apa. Baju, kasut, Play Station, Perfume, Jersey, Nike Tiempo kasut bola
semua I pernah beli so bincang punya bincang dengan The Girls, Ezy cakap beli
iWatch Series 3. Sesuai dengan Abang Saz kata dia. Bebondong-bondong la
kitorang bertemakan Rombongan Cik Kiah ke Machine KLCC untuk beli iWatch ni.
Punya drama sampai ada incident orang merajuk balik office jalan kaki
(kahkahkah) finally iWatch dalam tangan. Machine cakap suruh ambik extend
warranty for 2 years + kalau screen pecah dapat new unit terus so Ok lah.
Tambah RM299.00 untuk warranty tapi yang tu I suruh Sazli bayar balik.
HAHAHAHHAHAHA. Redha je Sazli. Eh takper la, I kan Princess? Sazli cakap OK.
Hehe.
Rabu
balik kerja, macam biasa tak tahan dah nak tunggu Jumaat, I bagitau Sazli suruh
collect birthday prezen dia dalam kereta. Tak sempat balut apa pon. Bagi bodoh
macam tu je. Hehe.
Glad
he likes it! Alhamdulillah…
Harini ramai yang wish Sazli. On behalf of Sazli, I
nak ucapkan TQ untuk semua Abang-abang, kakak-kakak, family and friends yang
wish Sazli punya birthday. Intan, Dyba, Ezy pon wish jugak. Dorang memandai
deal dengan Sazli nak #sazlicelebration bertemakan warna
Gold + Black. Kemain. HAHAHAHAHA. Yerla, asyik Intan Celebration je so kasik
chance la dekat orang lain. Sazli tak suka prezen and surprises tapi I suka. So
dia kena la suka jugak. Papa, like it or not kena terima tau? Handsome dia
harini. Kemas je.. Suka I tengok. TQ Papa. TQ for everything. I doakan semoga
you dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan semuanya and bahagia dunia dan
akhirat. Mama and Shein sayang Papa. Kita kawan baik, grow old together sampai
bila-bila and sampai akhir hayat. I nak you happy. You banyak sangat sacrifice
thing untuk Shein and I. I yakin tak ramai orang boleh buat macam you buat.
Siapkan anak, hantar pergi sekolah and babysit Shein bila I busy menyelamatkan
dunia. I know you are loved by many. Especially kawan-kawan you. I bet they love you so much especially kawan-kawan SMTK. Imej rock star tak
melambangkan keganasan sebab Sazli punya favorite lagu karaoke ialah Langit
Ke-7 Shariffah Zarina (hahahaha) and current thing dia suka baca is pasal Justin
Bieber *slap forehead. Dah la sejenis gayat. Cable Car pon taknak naik. Lepas
tu kalau excited suka nak muntah. Hahahaha. Cute. Itulah husband I. Tegas tapi
boleh tolerate. Boleh tolak ansur. Tak perfect as a human but we accept each
other punya imperfection. Takpe. As we grow old, kita learn many things
sama-sama kan?
Anyway Papa, glad you like the iWatch. Nanti bulan 10 I nak handbag. Tak
kira. Happy Birthday Papa!
-eNd-
1 comment:
Tang lagu langit ke 7 , tak tahan aku nak gelak..hahahha...
Post a Comment