Assalamualaikum..
I cita-cita tinggi dengan Intan. Konon nak pergi
Melaka kenduri Ross berdua je kitorang. Kata Intan, nanti boleh bawak kereta
tukar-tukar kalau Kaksu penat drive cecece. Kata Sazli, Snow White tu tak
berapa OK. Kena service dulu and make sure semua OK baru dia bagi. OK la, gigih
Jumaat tu I pergi service kereta naii Uber 2x RM50.00 kena pui! Sekali Lim
Tayar cakap absorber kena tukar sebab dah jem dedua yang depan ni. Lepas tu
Brake Pad ada lagi 40%, service biasa campur labor cost cong ceng cong ceng alexander
total dalam RM4k++ kah kah kah amek ko! I tak pandai apa sangat so kira OK je
semua masa Mechanic tu cakap. Call Sazli tak jawab-jawab. Adoi la. Lepas I dah
sampai office balik baru dapat cakap dengan Sazli. Kata Sazli try service dekat
Workshop yang Bapak biasa pergi sebab dekat Lim Tayar charge absorber sahaja
RM3,700.00 HOI MAHAL NAK MAMPOS. Naseb baik Sazli selamatkan I sebab harini
Bapak buat dekat Workshop dia cuma RM2,800.00 je total semua spare parts. Beza
berapa tu? Banyak kan? Bapak ada cakap menda entah, yang I paham absorber je.
Kata dia kalau I lanyak jugak sebulan bawak kereta ni dengan alignment tayar
pon kacau. I tak faham sangat pasal kereta. Yang I tau bawak, isi minyak, cuci
kalau tak tahan sangat dah sebab kotor. Tu je. Lagi satu, I memang expert dalam
melanggar divider kalau parking kepala kedepan sebab tak pandai agak. Haritu
baru repair keliling kan? Seminggu je kereta I cantik, lepas tu selamat dah
terkopek cat dia dekat depan I teeeeerlanggar divider masa nak parking. Tapi
al-hamdulillah I dilahirkan sangat kretif so I dah tutup yang cat tertanggal tu
guna nail polish putih OMG bangga sangat I ok? So now tak de nampak sangat dah
cat terkopek tu cuma texture dia kasar la. Nail Polish kan? Hahahaha. Haritu
Bapak tanya ‘Lepas repair Su ada langgar
apapa tak?’ Dengan bangga I jawab ‘Of
coz la ada Bapak’. Bapak cakap ‘Ok
la, fair’. Hahahahah malas nak layan I la tu. I rasa lepas ni I kena pakai
kereta yang ada sensor/camera keliling lepas tu dia boleh parking sendiri and
dia boleh cakap parking tu muat ke tak untuk I masuk. Baru senang hidup I. Dulu
lagi kesian. Side parking kan? Kedepan kebelakang 10 kali last-last kat situ
jugak, tak gerak-gerak. Yang I expert is parking bontot la, tu pon sebab ada
sensor belakang.
Naseb
baik la pergi dengan Sazli sekali, kalau tak memang tak merasa la makan Keria
Gula Melaka Limbongan ni. Kalau I dengan Intan je, keluar rumah 8.00am, siap
makan 12.30pm dah balik KL dah. Takde singgah. Kencing pon takyah. Bahahahah.
Since kereta tak sempat siap, so Sazli cakap takper
lah dia pergi sekali bawak kereta dia. Shein pon ikut. Tak caya la tu I nak
bawak kereta dia lepas I langgar divider dekat Pusrawi tu. Hahahahha. So
kitorang keluar rumah dalam 10.30am and sampai Melaka pukul 2.00pm engkaaaaau. Ada
accident kot? Entah I tak sure sebab sempadan N9 I dah selamat sampai Hongkong.
Jaga-jaga dah sampai Melaka dah. Nak dekat 4 jam KL-Melaka. Ni kalau I yang
drive ni taktau lah macam mana. Mau Intan terjun kereta je sebab stressed.
Hahahahahahha. Intan duduk depan, dia jadik co-pilot la tak boleh tido. Teman
Sazli drive. I dengan Shein tido berpelukan dekat belakang best je kena
aircond. Dengar la sipi-sipi Intan cakap pasal jodoh dengan Sazli tapi I
memilih untuk sambung tido. Masa OTW balik Melaka-KL dorang main dengar lagu
hiphop dengan rap. Kemain Sazli imej Rock tapi tau lagu rap. Dok berborak la dia
dengan Intan pasal Tupac la, Papa Bear la, B.I.G la, Notorious la. Lepas tu I dengar
Intan cakap ‘Ye Abang Saz, Intan tau
Tupac mati kena bunuh’. Lepas tu Sazli cakap ‘Sapa lagi eh Rapper yang Intan tau?’ Sorang-sorang nama keluar
lepas tu I tak tahan terus menyampuk. ‘Kaksu
tau……..!! Waghihhhhhhhh! Duit den betingkek-tingkek, duit den betigkek-tingkek’.
HAHAHAHHAHAH Nak jugak! Eh betul apa? Waghih pon Rapper jugak. I support
Malaysian Product Ok?
Puas I nak mengingat Papa Bear. Tadi Google, Rapper
Father Bear…. Rapper Happy Bear.. Takde result. Rupanya Papa Bear OMG
Selenganya I. Happy Bear yang tak tahan tu.
Seksa
nak mendapatkan Keria ni. Sejam I beratur dengan berpanas. Naseb la Intan
datang hantar payung. Sorang dapat beli 20 ketul je. I pon taktau la kenapa I
begitu gigih beratur. Peluh dalam baju menitis-nitis wei, seriously.
Ni
sementara nak tunggu keria siap masak. Tu yang buat lambat. Sazli geleng kepala
je tengok kegigihan I. Ok apa Papa? I beli beratur lama-lama, U jugak dapat
makan. Kira macam pengorbanan I la. Shein, Intan and Sazli bahagia duduk dalam
aircond. Untunglaaaaaaaaaaaaa.
Berpanas
pon takpe, janji Shein enjoy makan.
Siap urusan Kuih Keria, Sazli ajak tengok Coconut
Shake. I cakap, I taknak dah queue. Suruh Intan. Intan ofcoz la taknak. Dia
makan nak la, nama nak beratur haraaaaaaam. Takde sapa nak beratur, so kitorang
gerak la balik KL. Pon jem jugak. Tu yang I tido dalam kereta. Sedar-sedar dah
dekat PD chu’olls. Kah kah kah. Ni konon nak drive dengan Intan tu? Drive je
dekat 8 jam. Memang penat giler la. Kata Sazli dia mengenangkan Si Ross je.
Kalau tak, takde der dia nak pergi Melaka day-trip macam ni. Lepas tu Sazli
cakap dekat Intan ‘Ko Intan kalau nak
kawen, jangan buat kenduri dekat Melaka. Jem!’ Hahahahahah. Maka Intan,
jangan la kawen dengan Orang Melaka kalau tak harapan la Kaksu nak datang
wedding Intan. But seriously Melaka punya jem, I dunno what to say. Tapi sini
foods dia = HEAVEN!
Kata
Sazli, ‘Mama belanja I makan Menate.
Penat I drive’. OK Papa. No Problem. Sampai KL terus kita makan steak.
Lepas makan, balik rumah terus mandi. Dengan
berbaju kurung pagi jejak ke malam tak cool jugak. Kitorang sampai umah dalam
10.30pm macam tu kot? It was a tiring day walaupon yang drive tu Sazli tapi I
penat la jugak. Penat tido. Hahahahaha. Sebenarnya kalau nak ke Melaka memang kena
expect this la. Silapnya I rasa kitorang tak keluar 8-9am kalau tak maybe la
tak sepenat ni. Tapi kalau level jem sama jugak, tak kisah la keluar pukul
berapa pon. Kan? Anyway, TQ Sazli sebab drive kitorang ke Melaka. Allah tu
susun elok/cantik je. Kalau tak sebab Snow White tak sempat tukar absorber
mesti I dengan Intan je berdua pergi Melaka. I pulak kaki tido. Especially bila
drive. Cepat sangat mengantuk. I kalau mengantuk, memang cubit la lengan sampai
lebam pon eeeeeeh tetap dia terlelap jugak. Suka telelap time bawak kereta.
Bahaya la. Kan?
Okla. Tu je nak citer. Bye.
*macam cilake je ending. kah kah kah.
-eNd-
No comments:
Post a Comment