Wednesday, April 4, 2018

Terengganu Material Kain Pasang by Kak Neen. Cantik dan Murah!

Assalamualaikum..

Last 2 weeks, I ada beli kain pasang dengan Neena Anuar yang dia ambik direct dari Terengganu. Kain jenis Soft Cotton. Ada yang half printed, ada yang full printed. Yang half printed, 2 meter tu printed and lagi 2 meter kosong. Yang kain kosong tu jenis dull satin. Dia potong 2 meter-2 meter. Bidang 45. Sekian dimaklumkan I punya je 6 pasang kot? Tu pon dah meroyan rambang mata memilih sebab SEMUA CANTIK and harga MURAH! Untuk half printed tu RM65.00 sepasang, Full Printed RM75.00 and Vietnam Silk pulak RM88.00 selamat I rembat lagi sepasang kah kah kah. Ni Neena nak pergi balik Terengganu Sabtu ni untuk collect kain pasang tapi dia cakap Vietnam Silk dia tak ambik this time so nenenenene I je dapat. Jangan jeleeeeeeeeeeeeeeees. Kain pasang yang I beli dari Neena selamat dah I buat Baju Kurung Kedah Modern dengan Kebaya Kembang Pendek tu. Sesuai dengan konsep diri ini yang taknak seksa berbaju ikut body tapi masih anggun bergaya, gittewwww. Selamat dah I buat baju and nak tunggu musim raya je sebab nak pakai waktu Open Houses. Raya tak lagi, puasa pon tak lagi tapi baju dah siap. Hahahaha. Adoi la masalah pempuan. Selesa sangat pakai Baju Kurung Kedah sebab kan loose, and kalau nak pakai pergi office pon boleh. Ni ada yang tak menyempat raya I dah rasmi dulu ni. Hahahahahaha. Berbaloi tau beli dekat Neena sebab harga dah la murah lepas tu design semua cantik-cantik. I tengok gambar yang I letak ni, rasa macam I nak order lagi 10 helai. Serious. Neena ni orangnya teliti, so bab quality korang jangan risau sebab Neena akan check one by one semua kain-kain tu ada tak yang rosak ke apa ke sebelum deliver. Neena akan pergi Terengganu pada 7 April (Sabtu ni) and kalau korang nak order, boleh order terus dengan dia. Meanwhile meh cuci mata dulu tengok kain-kain pasang yang korang boleh order dari Neena.  I tak letak semua sebab banyak sangat. Korang kalau nak tengok, boleh check out dekat IG Neena ok? Nanti I letak link dekat end of this entry.


Soft Cotton Half Printed Merah. Cantiknya! Yang ni RM65.00



Yang Hitam tu kalau buat Kurung Kedah Modern sweet je.


Half Printed ala-ala songket. Yang ni RM65.00 jugak


Ada a few design. Semua cantik-cantik. Soft color dia alahai sweet like a candy.


Yang ni Full Printed. RM75.00 sepasang.


More design of full printed


Yang ni penggemar candy color sure meroyan nak pilih.


Nak buat baju printed, kain kosong pon boleh. Macam I, Baju Kebaya Kembang tu yang kosong I buat baju, printed I buat kain.


Semua pon cantik. Auuuummmmm!!

Amacam, sewel dah ke belum semua orang? Hahahahaha. I dah sewel dah. Haritu dah ambik berpasang-pasang tak bermakna kali ni I nak diam je. No way man! Cantik-cantik kot? I dah beli and I rasa kain dia lembut and berkualiti. Tachiu Neena! Korang kalau nak, kena book terus dengan Neena sebab dia tak simpan stock tau? Sapa order, dia order, collect and dia deliver. Neena pon takde la pergi sebulan sekali ke Terengganu so better grab this chance now. Semua kain ni Neena dapat dari Supplier dia so maybe warna dia takde 100% sama but I can guarantee semua pon cantik-cantik sebab I sendiri dah tengok. Booking period berakhir sehingga 6th April 2018 pukul 5.00pm. Nanti 7hb tu Neena akan collect je. Malas dah dia nak pening-pening kepala. Hahahahaha. Kalau dia baik hati, MAYBE dia akan buat Live Update tapi kata Neena dia tak promise sebab line dekat sana sentut. Puas nak carik signal. Untuk more design boleh check out dekat Instagram Neena Anuar. Call/WhatsApp 019-3769459 untuk sebarang pertanyaan Ok? Selamat Menyoping dan Menyewel. Hahahhahaha.

Oh lupa nak cakap. Since kain pasang ni bidang 45 and dah potong siap-siap 2mx2m. Untuk yang bersize comel, korang boleh je beli kain pasang ni. Nanti bahagian kain, mintak tailor sambung dengan kain lain. Tak nampak pon sebab dah tutup dengan baju. Ok? Okbye!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...