Assalamualaikum..
Salam Jumaat
semua. Sempena dengan Hari Jumaat ni, apa kata kejap-kejap lagi bila ada kawan
lelaki nak ke Masjid, kirim la some amount for sedekah. OK? Lepas
tu, kalau boleh jadikkan amalan. Jumaat je, sedekah pada Masjid and kirim pada
kawan lelaki. Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “Tidaklah
harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi
maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada
dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah, melainkan ia
akan diangkat darjatnya oleh Allah.” (HR Muslim dan Tirmidzi). Rasanya macam dah
banyak kali I cakap pasal sedekah kan? I tau ramai yang jenis rasa
teragak-ragak untuk keluarkan duit untuk bersedekah but trust me, dengan
bersedekahlah rezeki kita akan bertambah. Nanti Allah akan bagi berganda-ganda.
Lepas tu, buat checklist every month. Bulan ni dah ada sedekah? If dah,
Alhamdulillah. Lepas tu upgrade pulak one more thing, sehari buat 1 kebaikan.
Takyah banyak, satu pon cukup. Contoh : Tolong hold kan pintu untuk orang yang
nak keluar, bagi way pada kereta lain yang bagi signal nak masuk tanpa rasa
bengang makian babi berkandang, senyum pada cleaner and tanya kabar mereka,
buang sampah yang terkeluar dari tong atau paling senang, senyum pada random
people. If tak start lagi, boleh start now. Bila kita senyum ni, sebenarnya
boleh avoid kita dari sifat sombong. Actually I pon kata Sazli ada je kekadang
muka sombong tu kah kah kah. But I try untuk tunjuk muka manis each time.
Maafkan lah I, sebab kadang-kadang kita face a long day, period pulak nanti
mood swing or maybe tengah lapar or craving for sugar. Tu pon boleh buat muka I
masam. Anyway, cerita pasal sedekah but nak share gambar makanan. Aci tak?
Ni Nasi Lemak yang Kak
Siti buat. Officemate I. Sambal dia makin lama makin sedap. Kadang-kadang I
order dari dia untuk belanja office breakfast. Mintak Dyba ambikkan. Cakap kat
dia ‘Dyba letak 2 sudu nasi ok?’
Lepas tu dia melawan ‘2 sudu je ke Kaksu?
Mana cukup?’ Lepas tu I tak balas apa. Pandang dia je dengan pandangan mata
helang. Terus dia cakap Ok. Hahahaha. Tau takot.
Macam biasa, kena la pair
dengan Mee Goreng wife En Zul Hanif. Dyba pulak goreng keropok kembang from
Terengganu. Sedapnya!!
This one I beli dekat
Bisou. Craving for sugar. Lemon Vanilla ke apa entah. Sedapnya!! I beli dekat
Avenue K. I kurang gula dalam darah. Doktor cakap kena tambah sugar. Patut
makan la sugar baik, but I choose gula jahat macam cupcake ni. Takpe.
Self-reward.
TQ Nape belikan Pulut
Mangga. Patut I share dengan Dyba tapi masa makan, I hilang ingatan. Termakan
sampai habes. Sorry Dyba. Hahahahahaha.
Air Mangga Suraya
Seafood. Sedapnyaaa! Kata Dyba air ni rasa carrot. Memandai je. I rasa ok je.
Milo Ice Kepal ni harga
dia RM5.00 I beli dekat area rumah I bila balik kerja. Korang kalau tingin,
boleh waze Permai Court Ampang. Gerai tu ada dekat depan Permai Court. Makanan
lain macam Jagung Rebus, Laksa, Otak-otak, Nasi Lemak pon ada. Eh, semua lah
ada. Mak Bapak je yang takde.
So amacam, terliur ke tak? Kalau terliur padan muka.
Wahahahahaha. Dulu Sazli pernah cakap dosa kalau I share gambar makanan dalam
blog kalau ada orang terliur. Ada la rasa bersalah, tapi sekejap je.
HAHAHAHAHA. Dulu selalu la I update dalam FB album Yummy Pummy lepas tu I
terasa sebab ada yang menyampai kata I suka tayang makanan. Terus I stop. Dah
tetua ni, sensitive lebih sikit. Hehehe. Korang lunch makan apa? Kalau makan
sedap, ingatkah Dinda disini. Ok? Okbye!
-eNd-
No comments:
Post a Comment