Tuesday, April 3, 2018

Selamat Pengantin Baru Ross dan Syukur

Assalamualaikum..

SELAMAT PENGANTIN BARU ROSS AND SYUKUR! Akhirnya Ross kawen jugak. Sekarang tinggallah Intan sorang. Tu yang dia dah gelabah tetek tu. Hahaha. Selama ni dia buat Ross la sebagai Kayu Pengukur. Sikit-sikit, ‘Takpe, Ross tak kawen lagi. Intan selamat’. Tu masa discus pasal nak pergi Melaka wedding Ross nanti Intan tetiba macam sedih je. Takper Intan, the best is yet to come. Nanti kang tetiba je Intan jumpa jodoh Intan yang paling terbaaaaaaaaaaaik sekali. Handsome, kaya, Dato’ pulak tu, kelakar semua. Time tu Intan sure rasa berbaloi menunggu lama jodoh Intan. Tapi Kaya, Dato’, Kelakar tu Kaksu rasa InsyaAllah boleh dapat tapi handsome tu mungkin susah sikit laaaaaaa. Maybe dia pendek sikit. Tapi OK apa? Intan pendek, bakal suami tak berapa tinggi nanti comel je la nampak time bersanding. Renek je macam pokok puding. Hehe. Guraaaaau ok Intan? Intan jangan sedih. Kaksu yakin, jodoh Intan dah makin dekat dah ni. Sikit je lagi. Kaksu rasa, tahun ni jugak Intan kawen lepas tu pregnant anak kembar, potong Kaksu terus ada dua anak. So jangan sedih OK? Kaksu and semua pembaca blog Chooyaya doakan Intan jumpa jodoh Intan dalam masa terdekat TAPI dengan syarat jangan sambung Master. Kaksu kalau tau Intan sambung Master, Kaksu tarik semua balik doa-doa Kaksu. Sedut balik! Hahahahahaha. Eh, ni padahal nak citer pasal wedding Ros dengan Syukur, tetiba cerita Intan overshadow pulak. Adeh. Anyway wedding Ross dekat Melaka. Bukit Katil rasanya tapi Melaka yang dekat area-area town sana. I pergi dengan Intan, Sazli and Shein. Keluar rumah 10.00am++ sampai pukul 2.00pm sebab ada accident ke apa, tak sure. Yang I ingat sebelum membuta is masa sempadan Negeri Sembilan lepas tu jaga-jaga dah dekat Melaka lepas tu lapaaaaaaaaaar. OMG Melaka banyak giler Traffic Light. Seteressssssss – bak kata CT. Naseb la Sazli yang drive, kalau I yang drive mau bekandang dah babi keluar time ni. Hahahaha.


Elok sampai tu waktu Ross nak bersanding. Just nice. Siti jadik Pengapit. I kenal Siti ni, kawan baik Ross.




Cantik Baju Ross, baju pon cantik jugak. Ross ni lembut orangnya. I tak suka makan dengan Ross sebab dia makan alahai 18 jam. terkuis-kuis. Letak mee dalam sudu, lepas tu mana terkeluar kuis-kuis. Nak tunggu masuk mulut je dah berapa minute. Hahahaha. I pandang Intan, Intan pandang I lepas tu tunjuk jam.


Sedap-sedap tau lauk dekat rumah Ross. I makan banyak. Ayam Masak merah sedap! Intan makan 2 jenis nasi. Memula Nasi Minyak, lepas tu Nasi Putih. Hahaha.


Some of office mate and ex-office mate yang ada. Yang tak kenal pon ada jugak. Ingat tak Fiezul Abang Bomba? Tu dia datang dengan wife dia. Ha, complete dah ni geng menari kitorang. Semua ada. Kecik pon ada! Kecik yang pakai baju kuning ang-ang tu. Now dia tak kerja dah.


Dari Kanan : Najwa, Diana, Syira, Siti Nohaliza and Intan. Naj dulu practical dekat office kitorang lepas tu now masuk company lain tadi sama building lah. Syira pulak now kerja dengan MAB. Ex Suraya Dancer jugak ni. Yang takde Dyba, Gee dengan Safuan. Hahahaha. Kalau semua ada zaaaaaaaaaaaaaaappp terus kitorang je buat tarian kipas depan Ross. Live lagi. Lepas tu Ross tak tahan, dia sekali masuk menari. Dulu masa menari, Intan dengan I sebok nak duduk depan/tengah. Ross tenang-tenang je. But bila tengok balik gambar OMG Ross you la paling banyak duduk depan!


Tak sempat jumpa dengan Sarah, dia gerak awal. Kalau la tak jem, boleh jumpa dengan you BB.


Ni twin Sarah. Adam and Adyan. Now Sarah pregnant anak ketiga. Ishk, tengok nasik minyak tu rasa macam terliur pulak. Sedapnyaaaaa masak Kurma. Kurma ke kurmak? Ke kurkek?


Bukti Sazli and Shein ada dekat wedding Ross. Lepak dalam bilik pengantin sebab ada aircond. Sikit lagi nak tido. Hahahaha.


Kitorang duduk lama jugak dekat rumah Ross sebab kata Sazli, duduk lama sikit kasik berbaloi pergi rumah 'Edry Hashim'. Hahaha. Sazli cakap Ross ni kalau dia lelaki, muka dia macam Edry Hashim la. Kalau I cakap dekat Ross nanti dia kata 'Abang Saz ni memang tau dari dulu cakap Ross Edry Hashim'. Ketawa sambil tutup mulut. Ross ni lurus orangnya. Lemah lembut. Tingat dulu masa dekat Balai kitorang nak makan McD. Bebudak ni suka la tukar-tukar nama McD jadik Makudu lepas tu Intan cakap 'Ross, kitorang nak makan Makudu, you nak ikut tak?' Lepas tu si Ross jawab 'Boleh jugak, Ross tak pernah lagi makan dekat Makudu. Boleh cuba'. HAHAHAHAH. Dia ingat Makudu tu restoran baru, padahal McD! Adoi budak baik sorang ni... Kawen dah dia... Tahniah Ross! Kaksu really happy for you. Although kita tak selalu jumpa sebab you dah masuk company/dept lain but you are really important to Kaksu tau? Biarlah tak jumpa selalu asalkan you ada. I appreciate my friendship with you. Teringat pulak dekat arwah Kak Tonah. Kalau dia ada, mesti dia pon happy Ross dah kawen. I macam ternampak-nampak Kak Tonah, Abang Saiful, Fakhira, Saif dengan Farhana datang wedding Ross. Now Kak Tonah dah takde. Kita rindu awak Kak Tonah, rindu nak dengar awak panggil 'Suraya'. Awak memang berani panggil nama penuh kita. Dia tau tu I tak suka orang panggil nama penuh I tapi tu la dia selalu buat. Biasa kalau dia panggil I nama penuh, I jeling sampai nak terkeluar bijik mata. Hahahaha. Untuk Ross, Kaksu doakan semoga Ross bahagia sampai ke akhir hayat dengan Syukur. Dalam rumah tangga kena ada tolak ansur, kena banyak bersabar...  Ok? Doa yang baik-baik InsyaAllah Ross dalam peliharaan Allah selalu. Selamat Pengantin Baru Ross!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...