Friday, June 29, 2018

Assemoga Dyba and Maktok

Assalamualaikum..

Happy Birthday to Dyba and Bunda Azizah. Depa kongsi birth date yang sama on 27th Jun. Dyba memang banyak kena tarikh dengan I. Aurel anak bongsu Dyba same birthdate dengan Bapak 4th April and Ciksu Adik Dyba sama birthdate dengan I on 12th October. So Dyba memang ingat la tarikh-tarikh semua ni. Hehe. Peramah kan I semua menda nak citer. I kalau nervous memang suka la peramah macam-macam. Lepas tu nanti citer menda tergantung. Lepas tu semua menda nak citer at one time. Tu maksudnya I tengah nervous. Korang tau tak, haritu kan masa I dengan Dyba turun dekat bawah, nak pergi klinik ada la satu Singh ni macam nak scam I tau? Tetiba je dia cakap I muka bertuah. ‘Miss, you have a lucky face. U gonna have 3 good news on 26th June. One is money, one is good health and one is promotion. There’s two person 1 man and 1 women jealous on you. You like to help people, you are kind hearted. U easy to angry but after 5 minutes you cool down’. Zap zap zap ambik tarikh lahir la apa lah tambah tolak semua, lepas tu dia bagi I kertas. Suruh pick bunga apa lepas tu simpan kertas tu dalam purse dia. Lepas dia kira total number birthdate and apa number dalam kepala I from 1-9 and entah macam mana number tu sama dengan yang dia tulis yang dia suruh letak dalam purse I so I pon impressed la. Tatau apa trick dia pakai. Lepas tu suruh pick 101, 202 dengan 303 land I pick la 202 sebab paling tengah, blakang dia suruh I letak amount tu dalam purse dia. Kepundeeeeeeek! I nak kena scam ke apeni? Naseb I pandai sikit, I cakap I nak pergi klinik and come later to bagi dia duit.

Lepas tu mulalah nak termuntah sebab klinik takde pintu belakang. Nak tak nak kena jugak lalu depan dia so I call kawan lelaki I, mintak menyamar jadi husband, so masa lalu depan dia I tunjuk ‘That’s my husband’. Keras kepala I jalan. Kalau tak setel RM202.00 kena pau. Tapi dalam pada nak elak bayar RM202.00 kena pulak bayar harga satu tray kecik Mee Hun, Mee Goreng and Mee Kuah for RM620.00 Dah namanya takde rezeki kan? Yang selamat dalam purse pon boleh jadik milik orang lain. Anywaysssss hidup kena diteruskan walaupon pelbagai dugaan melanda. Most important semua orang yang I sayang selamat, sihat and masih hidup bertongkat langit yang sama dengan I. Alhamdulillah…. Adoi, banyaknya entry yang I hutang ni. Entry John mai beraya last week, entry Open House and Birthday Ameena anak Farah last week, entry Open House Office I dengan gambar-gambar Dyba punya bunga and balloons and latest #dybacelebration pulak. Nanti I masukkan la one by one. Sekarang ni I busy menyelamatkan dunia. Kadang-kadang masuk office terfikir, amenda aku buat hari ni busy dari pagi sampai ke petang sebab tau-tau dah balik je, lepas tu penat. Hahahahaha. Ni sambil buat entry, sambil makan Cherry. Now beli buah pon senang. Dah la murah. Cherry ni harga dia RM80 je sekilo. Tu pon nak kena share jugak. But meanwhile…..



Happy 30th birthday untuk Dyba. Happy dia dapat banyak bunga and dapat balloons as well. Kaksu hutang Dyba birthday prezen Ok? Nanti bila barang sampai baru Kaksu bagi. Ada readers comment cakap kenapa Kaksu paling excited. Jawapan : Entah, Kaksu memang easy to get excited. Hehe.


Ada readers tanya, gambar cantik ambik kat studio ke? Jawapan : Izzy punya camera and ambik background putih, dia adjust lighting so nampak la cantik gambar. Izzy ni dia semua menda boleh buat. I agak dia lelaki yang terperangkap dalam badan pempuan. Apapa pon kitorang memang harapkan dia je untuk buat apapa. Ada dia, rasa la selamat. Lagipon dia pandai and semua menda dia tau. Vote Izzy untuk jadik Menteri FGV. Hahahaha.  TQ @event4u untuk flower bouquet yang tetap cantik walaupon order last minute. Order satu untuk Dyba, satu untuk Bunda Azizah. Untuk Bunda, later balik kerja I beli Chocolate Cake Boston dekat Secret Recipe (sebab Shein suka, padahal birthday orang lain kena beli kek yang favorite dia). So balik tu dengan berlengah ketiak becak semua sebab pakai baju kurung modern dari pagi sampai ke petang, kita bagi Maktok happy pulak. Dia baru balik dari Melaka tu, check in dekat Equatorial Melaka dengan Bapak 3D2N. Lepas tu bagitau Sazli, dia takde apapa pon buat untuk birthday dia. Skali I balik, bawak bunga and kek, happy la dia…. Best tau buat orang rasa happy on their birthday… Rasa macam satu kepuasan. Happy to see both Dyba and Mak Azizah happy.




Time ambik gambar semua ni si Shein tido. Penat baru balik dari sekolah so takde la amek gambar dengan dia. Kalau ada dia pon, heart attack la Mama beliau. Hahahahahaha. Tau kan Shein kalau nak ajak bergambar, susah benau. Lain dengan Mama dia. Mama dia, tengah makan pon asal camera tala je pose. Hahahahahaha. Sawan camera. Alhamdulillah both Birthday Girls happy haritu. Syukur al-hamdulillah… Untuk Dyba and Bunda Azizah, semoga bahagia dunia dan akhirat, dalam lindungan Allah selalu. InsyaAllah…. A very Happy Birthday for both of you. Semoga ada kesempatan untuk celebrate birthday sama-sama for many more years to come. InsyaAllah……

-eNd-

No comments: