Thursday, June 28, 2018

What's Cookin' at Kampung

Assalamualaikum..

Sorry la dah 2 hari diam tak update blog lepas tu ada je yang email tanya ‘Kaksu ok ke? Kenapa senyap tak update blog?’ Hahahahaha rinde lettew dekat I. I memang busy these two days sebab jadik Mak Pengantin. Office I buat Open House so Selasa tu sebok la arrange semua macam kek, foods and taktau la busy apa kehulu-kehilir buang masa and semalam dari pagi jejak ke petang busy macamkan Open House Office tu, I yang punya. Sazli suka la membahan I. Dia cakap dekat Atig semua, ‘Su tu aku call pagi-pagi cakap busy. Ingatkan ada meeting ke, rupanya busy prepare open house’. EH biarlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Busy jugak tu. Hahahaha. Tanya la opis mana-mana, siapa penggerak majlis makan-makan, majlis sukan, majlis dinner semua kalau bukan Secretary. Please OK? I pon penting jugak dalam menggerakkan Syarikat. Kalau I jadik Menteri dalam Malaysia ni probably I Menteri Kebudayaan dan Makan. Hahahahaha. Ada ke Menteri Makan? Takpe kalau takde, kita boleh wujudkan. Malaysia ni semua menda boleh jadik. Malas nak komen apa la kang nanti red flag pulak Blog I yang mediocre ni. Ok sambung berangan. Nanti mana-mana tentera or polis yang debab-debab I takde bising cakap suruh exercise semua. Lepas tu I akan jumpa Boss dorang and cakap mana yang BMI tinggi tu masuk department kebudayaan sebab mana larat nak kerja tangkap orang. Lari tak kuat. So masuk Bahagian Kebudayaan je. Tingat dulu masa zaman office dekat Balai Felda, kitorang selalu la makan dekat McD Setiawangsa. Time tu ada Arwah Kak Tonah and zaman Intan kulit kaler gold, rambut rebonding tapi depan kenteng sikit (sebab rambut baru tumbuh). Selalu la nampak Abang Pol (Abang Polis) naik motor ronda kan? Lepas tu Intan cakap ‘Kaksu, kenapa polis tu debab?’ I cakap ‘Oh, tu Polis bahagian Kebudayaan. Debab pon takpe.’ Hahahaha. Harini I share apa yang I makan masa kat kampung. Entry lain banyak dalam draf taktau mana nak citer dulu sudahnya aku citer pasal makanan. Hahahaha.



Roti Jala made by Kaklong. Cantik dia buat. Sedap ni kalau makan dengan sardine.





Cicah Kuah Kari Ayam. Peeeerrrrghhhhhhh. Kaklong buat Kari sedap! Letak kerisik kasik kuah pekat. 


Ni I buat Burito’s masa dekat KL, tapau bawak balik Jengka. 


Isi Ayam banyak sangat tak digunakan, lepas tu Kaklong buat macam ni. Laku keras!


Ikan Kembong and Ikan Kerisi ni I yang nak macam ni. Bukan hanget tapi I letak bawang merah + bawang putih + kunyit + serai + lada besar + halia + asam jawa lepas tu lumur dekat Ikan and goreng. Sedap!


Sambal Gesek/Sambal Ketuk. Favorite Sazli ni. Makan ni sahaja takyah lauk lain pon layan.


For Shein kita buat masak lemak tauhu kering + suhun


Nasi Goreng Bodoh yang tak berapa bodoh sebab ada carrots


Makan kat kampung is always meriah like this.

Malam Raya Kedua kitorang buat BBQ. Memang every year pon macam tu and untuk this year, SEDAP GILER BBQ KAMBENG and kitorang pon dah hebat dah. Biasa buat BBQ busy dari pagi but this time relax je, start 5.30pm lepas tu boleh makan puas-puas sebelum tetamu sampai. Dapur pon tak besepah sangat. Zairie and CT pon ada datang dari KL. Lepas tu impressed tengok Sazli buat Char Kway Teow. Hahahahaha. Padahal bukan susah pon sebab sos dia tu Abang Long dah siap masak, tinggal nanti tumis udang and masukkan sos dia tu, kway teow, taugeh and kucai. Tengoklah kalau merajin MAYBE I akan share, kalau tak goodbye. I penat ni. Sakit-sakit badan. Nak kena pergi relax massage, spa semua. I nak spa yang ala Bali. Yang mahal. Taknak Manjakaki. Lepas tu kena makesure spa tu tak urut sampai bogel. Dah ada dah pengalaman dulu sekali, boleh baca dekat sini. Hahahahaha. Okbye!

-eNd-

3 comments:

Unknown said...

kak su.. isi ayam tu kak long buat cam na? share plsss

Unknown said...

Kak su.. isi ayam tu kak long goreng letak ape? share plsss

Norhidayah Mohd Kaharuddin said...

kaksu, bagi bahan utk perap kambing sekali boleh?