Wednesday, June 20, 2018

Whats Up RAYA!

Assalamualaikum..

Tahun ni punya raya sikit punya payah nak ambik gambar dengan Shiendong korang tu. Tengah nak amik gambar boleh pulak dia nak sleep lah apa lah bergumpal dengan blanket yang bau tungkik tu. Sudahnya gambar family belah Sazli tak cantik, belah Pahang pon tak berapa cantik sebab hari dah petang, GoPro punya quality tak berapa nak ngam and Shein sebok nak berdukung belakang macam monkey. I frust taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaau? Gambar kitorang bertiga ada la yang Ok, tapi Ok Ok ayam je la. Si Sazli pulak time petang tu ikat Samping macam P Ramlee hahahahaha. Datang Shein, saaaaaaaaaaaaaaap ditariknya Samping abah beliau maka sekian terima kasih. Hari Raya Portrait ada yang muka Sazli and Shein je yang clear (pengorbanan seorang Ibu walaupon beliau cantik Siti Nohaliza haritu baju tema kaler BN tapi tak nampak muka – fine) and one more gambar Sazli je hensem, Mama dagu ada 2 and Shein mata pejam tapi sebab pintu pagar cantik, awan pon cantik, ketiak pon wangi maka aura meriah masih teserlah dildalam gambar. Hahahahaha. Adoooooooi ko ni kan Shein?? Esok dia dah besar I nak tunjuk pada dia gambar yang dia dah rosakkan lepas tu memang aku tunjal. Setereeeessssssssssssssssssss. But tu la, kalau anak baya-baya Shein ni bukan senang nak dapat a perfect photo pon. S U S A H. So redha je la dengan apa yang ada. I redha kalau muka I sorang cantik, muka orang lain senget-senget pon tak pe sebab I princess. Hahahaha. Selalu tau kalau ambik gambar dengan bebudak ni pon beria pilih gambar mana yang cantik. I cakap ‘Masukkan lah dalam IG korang, Kaksu akan masuk yang Kaksu cantik je’. HAHAHAHA. Bengang je bebudak ni. Lepas tu bising cakap IG dorang bukan ada yang tengok pon. So? I dah la tak boleh kalau readers puji Intan ke, Dyba ke, Kaklong ke cantik nanti I jawab ‘K’. Kekadang I delete komen tu. HAHAHAHAH.


Kata Sazli, sesi bermaafan elok kalau sebelum Solat Raya. Afdol kata beliau. I kalau kat kampung GF, Sesi Bermaafan lepas solat raya. So, alang-alang tengah kepam tak mandi, kita bermaafan cara lain la. Meniarap terus dekat lantai. Moga-moga duit raya lebih la dapat lepas tu Sazli mahu belikan Chanel terus. Haritu I dah hasut dia cakap Chanel cantik semua. Semoga dapat pertimbangan. Amin… Hahaha




Dekat petang baru Mak Azizah decide nak makan Lodeh. Time tu I tengah bersilat siapkan Burito’s, naseb baik la Menantu Mak sorang ni pandai masak. Cecece. Takde hal Mak. Zaaaaaappp kitorang pukul 3.40pm ke KLCC beli Kek and beli barang nak buat Lodeh. I sangat bangga dengan diri I boleh masak dengan cepat. Sazli pon asyik puji kiss kiss kiss cakap sedap. Well itulah suamiku yang pandai ambik hati isteri. TQ Papa. Women do needs compliment sebab rasa dihargai. Hope Shein besar nanti jadi macam Abah supaya isterinya akan bahagia.

Anyways, gambar raya kemudian-kemudian la eh? Nanti I share semua yang Shein buat hal time ambik gambar tu. Untuk yang sudah masuk kerja, selamat bekerja diucapkan. I dah sampai KL on Monday sebab Tuesday Sazli kerja and harini I dah masuk kerja pon. Jalan punyalah lengang! Bahagia sangat I rasa. Nanti open house office dan kawan-kawan confirm back to back ni. I harap I tak gemok. Baju raya ukuran semua ngam-ngam je ni. Hahaha. Saja je beli ngam-ngam sebagai motivasi tak gemok. I tengok Baju Kurung Kedah now banyak yang cantik-cantik. Nanti nak try la pakai shawl macam Rozita Che Wan. Tengok sesuai tak dengan muka. Tingin nak pakai anting-anting dekat luar tu tapi kata Ain, macam orang Kampucia. Potong la dia tu. Setakat ni I dah bosan makan makanan raya but appetite tak berapa nak ada. Tadi je selera makan dekat Dolly Dimsum dengan The Girls. Tu nanti I update kemudian eh? Last but not least, SELAMAT HARI RAYA!

-eNd-

1 comment:

- dieyana - said...

selamat hari raya...