Thursday, June 21, 2018

Wooooi Sedapnya Inside Scoop!

Assalamualaikum..

Sapa pernah makan dekat Inside Scoop? I pon baru je try. Sedap weh! Ice-cream dia memang semua sedap-sedap. Tanyalah macam mana I tau semua sedap padahal baru je 2 kali try? HAHAHAHAHA. Sebab semalam masa nak pilih makan ice-cream mana I cakap 'I nak try dari hujung sini sampai hujung sana'. Lepas tu belinya 2 scoop je. Hahahahaha kongang! Sini ice-cream dia macam unik tau? Semalam kita try Onde-Onde dengan Milo Tabur Ice-cream. Ada jugak perisa durian, vanilla, pistachio, strawberry yogurt, kelapa, kopi and many more. Yang I rasa SEMUA sedap. Harga 1 scoop RM7.50 kot. Lebih kurang macam tu. But yang premium macam Pistachio and Durian kena add RM3.00/scoop. Yang durian tu serious rasa pure durian bukan durian tipu-tipu macam keropok durian+jagung tu. Meremang jugak nak makan. Onde-onde tu rasa macam pandan + santan + gula melaka MEMANG Sedap! I tanya Intan, sapa ajar dia makan Inside Scoop ni sebab kitorang dah 80 juta kali lalu dekat sini, tak pernahnya rasa nak try (Sebab it located hujung KLCC near tunnel menuju Avenue K tu). Kata Intan, sebab dia tengok dalam Eina Azman punya IG Story. Dia memang tau suka sangat terpengaruh dengan IG orang? Haritu beria makan Capsicum sebab terpengaruh dengan DJ Butterfly tu. Sabar je lah Intan. Tapi yang terpengaruh dengan Eina Azman pasal eskrem Inside Scoop ni I terbaik lah Intan! Harini kita try dia punya Salted Egg Yolk Waffle with Ice-Cream hooooooooi sedap giler! Dia punya waffle pon rangup, yet fluffy tapi idok pulak rasa macam too heavy. Just nice. Tak reti la nak explain macam mana but makan tengah panas + ice-cream hurmmmm Nikmat doniaaaaa!


Ni Harga dia RM17.80 makan share 4 orang Ok la. Takde la rasa bersalah sangat makan. Yang ni I ambik ice-cream Strawberry Cheesecake and memang ngam pair dengan waffle legam and Salted Egg Yolk Sauce ni. Highly recommended untuk yang baru nak try. Serious sedap!



Yang ni Onde-Onde dengan Milo Tabur

Intan ni dalam banyak-banyak dia rasa, boleh dia pilih Milo punya perisa. Hahahaha. Dah tu taknak ngaku cakap perisa coklat la apa la padahal Milo. Eh, tapi sedap jugak pon perisa Milo cumanya why Milo? Hahahahaha. Yang Onde-onde tu macam sedih je rupa dia kan? But flavor very strong. S E D A P. Cumanya kalau nak makan, makesure la tak kenyang sangat nanti tak enjoy pulak. Macam semalam kitorang baru siap makan dekat Dolly Dimsum order sampai penuh meja lepas tu makan pulak eskrem ni, rasa nak terbelahak pon ada. Today pulak makan waffle lepas makan dekat Food Court. Not too bad la sebab makan dekat Food Court takde beria mana. Nanti nak kena repeat ni sampai jemu. Oklah tu je nak citer pasal Ice Cream Inside Scoop. Yang I makan ni dekat KLCC. Tempat lain, I taktau ada dekat mana, pepandai la korang Google sendiri. Okbye!

The Inside Scoop
Concourse Floor (Near Nando's)
KLCC
03-21818735

-eNd-

1 comment:

miszz lidgez said...

selamat hari raya kak sue
update la blog banyak banyak.hilang mengantuk kt office

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...