Thursday, July 5, 2018

Makan Dimsum Lepas Raya

Assalamualaikum..

Harini kita citer pasal makan la pulak. Padahal entry open house melambak ni. Seteresssssss hahahaha. Actually Dolly Dimsum ni kitorang makan masa a first week masuk kerja after raya. Sebab tu Dyba and Izzah takde. Dorang masuk kerja balik lambat, beria benar beraya haha. This time ada Kaklong, Intan dengan Izzy je. Susah sangat now nak dapat complete berenam sebab Intan exam week, Izzy asyik busy outstation sebab dia kan sebenarnya lelaki terperangkap dalam badan perempuan? Dapat kumpul sama pon InsyaAllah next week la kot? Minggu depan #assemoga Kaklong warna tema Intan yang decide. Ikut warna baju apa yang dia pakai, nampak dia yang kurus.  Konsep dia biar dia sorang cantik. Macam tu la ye Tuan Puan sekalian, perangai Intan ni. I kasik dia 2 tahun je. Kalau by next year dia tak kawen, memang I paksa je dia kawen dengan sesapa. Bini no 2 orang kaya ke hahahahahahaha. Sapa suruh susah sangat. Ada je yang tak berkenan di mata dia. Ada la I kenen-kenenkan dia dengan kawan I. Tapi ada sorang kawan I tu cakap 'Eh, gambar yang ni nampak chubby pulak'. Marah betul Intan. Dia cakap kenapa kalau nak berkawan mesti nak kurus je? Abes orang debab tak boleh kawen? Ehhhh tidak la macam tu. But lelaki biasa la, mesti la yang pertama nak tengok rupa paras jugak. Bila orang suruh diet, cakap banyak menda lain nak fikir. Bila bagi gambar masa dia kurus dia cakap 'Tak sangka Intan dulu kurus'. HAHAHAHAHA. Kata Intan, dia banyak lagi menda lain nak fikir selain nak kuruskan badan. Ikut suka hati nkolah Intan. Malas I nak bebel. Anyway, jom tengok apa kitorang makan. Banyak benar order, habes pulak tu. Dah bosan makan Lemang, Rendang semua. I pon perut ni upset je rasa sebab banyak sangat makan spice and Open Houses. Matilah gemok.


Tak pernah pulak order yang ni. Ni first time order. Thai Style Prawn nama dia. RM9.00



Kitorang kalau datang, sure carik Adi Putra ni. Nama sebenar dia taktau tapi memang panggil Adi Putra. Dia ni sepatutnya jadik pelakon tapi taktau kenapa jadik waiter. Kata dia, dia duduk dekat Taman Rowther Gombak, dah dekat tu dengan rumah Intan. Intan pon tersipu-sipu malu. Hahahahaha.


Izzy and Kaklong.


Intan and Siti Nohaliza. 


Kaklong pose cantik
Hasilnyaaaaaaaa haha


Crystal Prawn Dumpling RM8.50


Wajib order. Ehh Custard Bun. RM7.00


Eat your heart out peeps. Sedap nak mampos!


Prawn Cheong Fun. RM11.00


Salted Egg Fried Rice. RM18.00


Szechuan Dumpling RM8.50


Siew Mai RM6.80


Yam Croquette RM8.00
Intan sebut krokueti. Pon boleh Intan.Confident.


Padahal perut macam dah nak meletup, tetaaaaaap dessert Inside Scoop


I punya favorite Onde-Onde

Ramai yang cakap, masa puasa turun 3kg, first week raya dah naik 4kg kira +1kg la dari berat asal. Hahahaha. Padan mukeeeer! Termasuk lah I. Hehe. Tapi biasalah raya gain weight. But worried not sebab tu berat air je. Nanti abes musim raya exercise and jaga la balik portion makan OK? Konsep dia sekarang live your life to the fullest je. Jangan nak seksa diri bukan-bukan. Raya kan? Lepas tu diet la balik. InsyaAllah akan dapat normal weight. Yang penting determination nak atau taknak je. Ada kesungguhan semua menda Ok. Macam I, Raya ni maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakan je la. Nanti malam takyah dah makan. Eat lotsa fruit kasik berak and minum plain water. Enjoy je makan. OK? Takyah beria nak diet. Nanti lepas raya sarung balik House of Corset, setel.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...