Tuesday, July 3, 2018

Open House KP and Visit Baby Hana

Assalamualaikum..

First Open House untuk tahun ni I pergi is rumah my Ex-Boss, En KP on 9 Syawal dekat Seremban. Kitorang ikut LEKAS and dekat Cheras tu memang hazab la sikit jem package sekali dengan hujan so memang berejam la baru nak sampai. Dalam kereta masa nak kill time borak la laki bini, 'Jom Mama kita fikir nama anak nak letak apa kalau dapat Baby girl'. Macam-macam nama keluar. Tapi aaaaada je yang tak kena. I suka nama Orkid, Sazli pon suka sekaaaaali Sazli cakap taknak sebab Orkid tu sama macam nama Makcik yang duduk setaman dengan dia dulu and kaki membawang, ok cancel. Sazli memang suka Suri, I cakap macam tu letak je Suriram or Surirumah. Hahahaha. Kata Sazli letak nama klasik macam nama-nama bunga ke lepas tu I bangkang yang arif! Oooo nama Abang nak Shein je international, sekali nama adik nak Fatimah, Rokiah, Zainab segala, mana adil.  I mewakili persatuan wanita-wanita cantik membangkang! Sila bertenang YB Ampang. Duduk... duduk... Hahaha. Borak punya borak, akhirnya sampai jugak Seremban. Al-hamdulillah... Hujan pulak rintik-rintik air bergelora. Sian Tuan Rumah sebab boleh tahan berlecak tapi I suka jugak hujan rintik-rintik macam ni sebab terus teringat lagu Memori Daun Pisang. Kitorang duduk lama jugak rumah En. KP sebab kata Sazli, dah alang-alang datang jauh kena duduk lama. Tetamu silih berganti nampaknya kitorang masih setia disini. Sazli banyak borak la dengan Kak Jue and Abang Baha. Borak pasal pengalaman dia duduk dekat hostel dulu macam mana. I dengar terus rasa seram and rasa macam Shein nanti sampai masuk U, ulang alik rumah je la. Duduk dengan Mama :D


With tetamu dari office baru En. KP. Semua ni familiar faces tapi I tak kenal pon semua kecuali Kak Jue, Dzarif and Fareez.  Tengok memasing berpayung.  I je kebal tak pakai payung sebab I water proof. Konsep kain sesuai la dengan banjir sebab senteng.



Kak Jue dulu satu office dengan I, now dah pindah ikut En Kp. Sedondon pulak kitorang pakai baju kaler cream. Masa nak datang sini time bersiap, Sazli cakap 'Mama pakai baju ni ke? Berapa RM beli? RM15.00 eh?' HAHAHAHAHA kejam giler statement. RM15.00 je dia cakap baju I. 


Sebelum balik, sempat bergambar lagi. Pooooon taktau sapa. Boss panggil, I datang je. Sejenis sawan camera main masuk je dalam gambar. Kenal tak, belakang kira.


Kak Jue, Durrah (Anak En KP) and Siti Nohaliza. Tengok, punya lambat balik sampai kerusi semua dah kosong. Hahaha.

OTW balik, singgah la tengok Baby Hana anak Apis and Hajar. Dah nak abes pantang baru ada kesempatan nak ziarah. Kata Sazli jalan boleh tahan jem, I tak sedar apa. Letak kepala dalam kereta tau-tau sampai Hongkong dah. Hahahaha. Shein pon sama naik tido. Nak dukung masuk umah Apis satu hal. Apis cakap 'Apa berat nau ko ni Shein?' Masuk 26kg maaaaaa. Kalau dia buat hal nak tido atas chest I, memang semput and penyet la tetek I hahahaha. Dalam kereta kekadang dia manja and clingy mintak 'Nokom Sleep' = Dukung Sleep tapi now I tak bagi dah. Make sure all the time kena duduk dalam car seat for safety. Datang rumah Apis, Mama Hajar hidang Mee Hoon Goreng makan dengan Cili Potong perrrrrrrrghhhhh dah la hujan macam ni memang layan la. Pelik betul, tak kenyang-kenyang ke aku ni? Hahahahaha. Memula ingat nak mintak Mee Goreng Mamak pulak tapi melampau kan datang rumah orang request nak makan macam restoran. Ko ingat apa?


Tido je Hana ni. Siang tido, malam jaga. Kata Apis, anak dia jetlag siang. Hahaha. Bongok.

I masa sampai-sampai jumpa Hajar tengok dia dengan rambut serabut terus gelakkan dia and cakap 'Hajar, welcome to the sleepless night'. HAHAHAHAHA. Hajar muka sikit lagi nak nanges. Hahahaha. I feel you bebeh. Now 30 hari baby macam confuse lagi siang and malam. Nanti lepas 2 bulan, InsyaAllah OK. Macam Hana ni, dia takde kembong apa. Macam Shein dulu colic wei, colicccccccccc memang berapa kali dah nanges depan Dr Adrian. Padahal susu badan 100%  tu tetap jugak beliau nak dramatic colic segala. Adeh. Jatuh reputasi Mama sebagai athlete sebab nanges sama naik dengan anak. Anyway, gambar I dengan baby buruk, malas nak share kat sini. 


Kalau nak letak, kena la letak ala-ala doll macam ni. Kah kah kah.

Balik dari rumah Apis, takde la jem sangat. Not too bad. I sambung la tido dalam kereta. Hujan-hujan macam ni apa laaaaaaaaaaaaaaagi? Kah kah kah. Sian Sazli drive sorang-sorang tapi dia OK je I tido. Suruh I rest. I, kalau I yang drive, semua orang tak boleh tido. Memang I marah la sebab rasa macam driver. Beza kan? Hehe. Alhamdulillah selesai acara untuk Sabtu, esok kita ke Bangi pulak. Farah sure tak sabar ni nak baca enry birthday Ameena. Kaaaaaaaan?

-eNd-

No comments: